Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

10 Negara Paling Gembira Tahun 2018

Published

on

Selepas menduduki tempat kelima tahun lepas, kini Finland melonjak empat tempat ke tempat pertama menangani Norway yang berada di kedudukan teratas untuk negara paling gembira tahun lepas.

Senarai untuk tahun ini dikuasai negara Nordik termasuk Finland, Norway, Denmark, Switzerland, Belanda, Kanada, New Zealand, Sweden dan Australia.

BACA: 10 Negara Paling Gembira Di Dunia Tahun 2017

Menerusi laporan BH, Burundi berada di senarai terbawah dalam indeks kegembiraan dunia dan warga Amerika menjadi semakin tidak gembira walaupun negara mereka semakin kaya.

Amerika Syarikat jatuh pada kedudukan ke-18 berbanding 14 tahun lalu. Britain berada pada kedudukan ke-19 dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kedudukan ke-20. – Reuters.

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info

Siapa Kata Cabut Uban Boleh Tumbuh Lagi Banyak Kena Baca Ni

Published

on

By

Pasti ramai dikalangan anda yang takut nak cabut uban sebab takut ia akan tumbuh dengan lebih banyak. Betul atau tidak?

Tahukah anda semua itu ada mitos semata-mata. Rambut berwarna putih atau uban itu terhasil kerana adanya perubahan warna dari pigmen rambut yang dikenali sebagai melanin.

Bukan itu sahaja, perubahan warna rambut juga terjadi akibat kurangnya oksigen yang diterima batang rambut. Batang rambut menerima sari-sari makanan dari ujung-ujung pembuluh darah dan zat yang dihisap tersebut kekurangan oksigen. Itulah sebabnya mengapa susunan rambut menjadi tidak sihat, kemudiannya mempengaruhi melanin rambut dan terjadilah uban.

Jadi, boleh cabut uban tu tapi cabut jangan sampai botak pula.

Sumber: meetdoctor

Continue Reading

Info

Popcorn Beach, Patut Ada Dalam Bucket List Travel Anda!

Published

on

By

Jika anda bercadang untuk pergi bercuti dalam masa terdekat ni, apa kata masukkan Popcorn Beach dalam senarai lokasi yang patut anda lawati.

Popcorn beach bertempat di Fuerteventura iaitu pulau kedua terbesar di Kepulauan Canary Sepanyol sememangnya terkenal dengan pantai pasirnya yang putih. Tetapi tak ramai yang tahu bahawa pulau ini mempunyai satu tarikan yang paling unik di dunia, iaitu pasir di pantai tersebut kelihatan seperti popcorn.

Tempat menakjubkan ini kelihatan seperti diliputi dengan jutaan popcorn putih. Betul-betul unik.

Tengok ni.

Tapi popcorn ni boleh tengok jelah, tak boleh makan. Hehe!

Continue Reading

Info

Perkara Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Haiwan Yang Paling Comel Ini

Published

on

By

Kucing adalah salah satu haiwan yang paling cute di alam semesta! Semua orang pun mesti setujukan?

Walaupun korang sukakan kucing tapi mungkin ada beberapa perkara yang korang tidak tahu pasal haiwan ini. Jom kita tengok apa yang menarik!

1. Korang tahu tak kucing boleh minum air laut?

Specialnya kucing ini kalau korang nak tahu, kucing mempunyai buah pinggang yang boleh mengasingkan garam daripada air laut sekaligus membolehkan mereka meminum air laut. Kalau kucing dan manusia sama sama sesat di lautan, peluang untuk kucing survive adalah lebih tinggi berbanding dengan manusia. Wowww!

2. Tahu tak korang Kucing boleh mendengar ikan lumba-lumba

Kalau korang nak tahu, Ikan lumba-lumba menggunakan gelombang ultrasonik untuk berkomunikasi. So basically Kucing mampu mendengar bunyi ultrasonik itu. Secara teorinya, kucing boleh mendengar apa yang dibualkan oleh ikan lumba-lumba. Menarik bukan? Power tak power kemampuan kucing ni.

3. Lagi banyak kita berinteraksi dengan kucing, lagi banyaklah dia akan berinteraksi dengan kita

Kalau korang ada bela kucing dirumah, cuba try eksperimen ni bila korang balik kerja nanti “ try bercakap” dengannya. Borak dengan kucing korang macam korang borak dengan kawan. Ceritalah apa yang berlaku di office tadi, luahkan perasaan korang yang terpendam tu. Try Praktikkan dalam seminggu dua. Korang mesti akan perasan kucing korang akan lebih banyak “meow”. Si comel pun ada luahan hati yang diorang nak share dengan kita juga. Hehehe

4. Kucing memang habiskan masa selama 16 hingga 20 jam sehari untuk tidur

Kucing memang haiwan yang paling kuat tidur. Atleast 20 jam sehari.Thats why la kalau korang perasan, diorang akan tidur sepanjang masa especially during day time. Ini kerana kucing perlu menyimpan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti mereka pada waktu malam contoh macam memburu ke, bermain dan menjadi aktif. Siapa Seronok jadi kucing? Haha semua orang nak jadi kucing rasanya.

5. Fakta Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

Based on Guinness World Records , kucing berusia 26 tahun bernama Corduroy merupakan kucing domestik yang tertua di dunia yang masih hidup. Jangka hayat kucing usually hingga ke 16 tahun je..normally la. And actually mengikut rekod, kucing tertua yang pernah wujud bernama Creme Puff dan kucing tersebut berusia 38 tahun 3 hari. Panjang betul usia kucing ni kan.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber:

1. Iluminasi

2. beautifulnara

Continue Reading

Info

Fungsi Baru WhatsApp, Menghalang Anda Dari Dimasukkan Ke Dalam Group Tanpa Kebenaran

Published

on

By

Majoriti pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk berkomunikasi. Dengan adanya WhatsApp Group memudahkan lagi untuk pengguna bersembang secara berkumpulan.

Akan tetapi ada sesetengah individu yang menggunakan ciri tersebut untuk menarik individu lain menyertai WhatsApp group tanpa persetujuan.

Dalam usaha menjaga privasi pengguna, WhatsApp melalui WhatsApp Beta mula menawarkan fungsi baru yang memerlukan kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana WhatsApp Group.

Group chat invitation akan tamat tempoh jika anda tidak membalasnya dalam masa 72 jam.

Anda tidak akan menerima dua group chat invitation dari WhatsApp group yang sama serentak dan tak lama lagi pengguna iOS boleh mengaktifkan ciri baru ini.

Sumber

Continue Reading

Info

Kajian Ini Buktikan Coklat Boleh Meningkatkan Kecerdasan Otak

Published

on

By

Sebut je pasal coklat, mesti terbayang coklat mencair dalam mulut. Siapa je yang tak suka coklat kan? Tambah-tambah kalau ada kacang dalam coklat tu. Perghhh! Lagi sedap. Tapi, ramai orang cakap makan coklat ni tak bagus. Betul ke?

Namun, ada satu kajian yang terkandung dalam jurnal bertajuk Appetite menunjukkan siapa yang makan coklat sekurang-kurangnya seminggu sekali boleh meningkatkan kecerdasan memori dan kemahiran berfikir.

Salah seorang pengkaji, Merril Elias, diorang telah menjalankan kajian ni terhadap 1000 orang responden di New York, Amerika Syarikat. Kajian ni dibuat untuk cari hubungan antara fungsi otak dengan darah manusia.

Dan hasilnya, coklat mempengaruhi fungsi otak seperti mempunyi daya ingatan yang kuat. Bukan tu je, kalau korang makan coklat korang boleh melakukan dua kerja dalam satu masa contohnya, bercakap sambil memandu kereta. Makna kata, walaupun kita bercakap tapi kita still boleh focus dengan pemanduan kita.

Sumber: Washington post

Continue Reading

Info

Solekan Tebal Boleh Ganggu Kesihatan Mental

Published

on

By

Gambar hiasan.

Menurut kajian yang dijalankan, memakai solekan tebal boleh mengganggu kesihatan mental.

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial, memakai solekan tebal membuatkan individu kurang keyakinan diri.

Hasil kajian yang dijalankan terhadap pelajar Universiti di Scotland yang gemar bersolek dan tidak bersolek mendapati, responden yang gemar memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri sendiri.

Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan rasa rendah diri dan rasa buruk tanpa solekan.

Sumber: Hanasuva

Continue Reading

Info

[Video] Catat Pecutan 13.48 Saat, Budak 7 Tahun Kanak-Kanak Terpantas Dunia

Published

on

By

Blaze berusia tujuh tahun digelar sebagai Usain Bolt ‘junior’ selepas dia mencatat masa kelajuan 13.48 saat ketika saingan 100 meter di Florida, Amerika Syarikat.

Tengok ni.

Rekod terbaru ini telah mengatasi rekod sebelumnya dengan masa 14.59 saat menerusi acara sama pada tahun lalu.

Melihat pada catatan masa itu, Blaze juga berkemungkinan kanak-kanak terpantas dunia.

Untuk rekod, bekas pelari Jamaica, Usain Bolt, 32, masih memegang rekod sebagai manusia terpantas dunia dengan catatatan masa 9.58 saat untuk acara pecut 100 meter.

Continue Reading

Info

Kenderaan Dihantar Ke Planet Marikh Rosak, NASA Perlu Hentikan Misi Eksplorasi Planet Itu

Published

on

By

Tahukah anda, pada tahun 2004, NASA telah menghantar sebuah kenderaan ke planet Marikh untuk satu misi eksplorasi?

Kenderaan tersebut dinamakan Opportunity dan ia menggunakan tenaga solar untuk berfungsi. Namun, kenderaan tersebut tidak lagi berfungsi sejak 10 Jun tahun lalu sebelum disahkan rosak sepenuhnya.

Disebabkan itu, NASA perlu menghentikan misi eksplorasi di planet Marikh.

Menerusi satu sidang media, NASA telah mengumumkan punca kerosakan Oppy. Di mana ia gagal mengecas bateri solar kerana cahaya matahari tidak sampai di planet akibat ribut pasir yang berlaku pada tahun lalu.

Continue Reading

Info

Boleh Didenda RM500 Jika Halang Laluan, Pasang Khemah Di Depan Rumah

Published

on

By

Tahukah anda, memasang khemah di hadapan rumah sebenarnya merupakan satu kesalahan?

Gambar sekadar hiasan.

Mengikut Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, ia menjadi satu kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau halangan di kawasan awam.

Sekiranya disabit kesalahan, anda boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Jangan terkejut sekiranya majlis anda diserbu pihak berkuasa kerana kesalahan tersebut. Mungkin ada jiran yang membuat aduan ataupun pihak penguatkuasa rajin membuat rondaan.

Saja pesan, sebelum nak pasang khemah tu adalah lebih baik anda beritahu jiran-jiran terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Biasalah, bila dah ramai tetamu nanti ada lah yang block pintu pagar jiran. Secara tak langsung ia dah mengganggu ketenteraman awam.

Sumber: pandulaju

Continue Reading

Info

Video IGTV Akan Dipaparkan Terus Ke Feed Instagram Anda

Published

on

By

Imej – CHESNOT/GETTY 

Tak lama lagi video IGTV akan dipaparkan di feed Instagram. Anda hanya perlu menekan butang “watch full video” untuk melihat paparan penuh.

Apabila terdapat video IGTV terbaru dari seseorang yang anda follow, video tersebut akan dipaparkan terus ke timeline Instagram anda.

Nampaknya fungsi baru ini akan memudahkan anda menonton video berdurasi panjang yang di muat naik di IGTV tanpa perlu ke hab khusus.

Continue Reading

Trending