Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Kongsi Tips

4 Benda Kotor Yang Kita Lakukan Tanpa Sedar!

Published

on

Kami senaraikan benda-benda kotor yang anda lakukan setiap hari tanpa sedar bagi memastikan anda menjaga kebersihan diri.

1. Pakai Lipbalm Guna Jari

Kalau anda cuci tangan sebelum sapu lipbalm, ok! Tapi kalau sebaliknya, anda sebenarnya menyapu dan meletakkan kuman terus ke bibir anda.

2. Minum Dari Botol Atau Tin Minuman

Sebaiknya gunakanlah straw atau cuci dahulu tin atau botol minuman anda itu. Kalau malas nak cuci, apakata fikirkan perjalanan yang dilalui sebotol atau sekotak air sebelum ia sampai ke mulut anda tu. Hmm.

3. Menggunakan Telefon

Bilakah kali terakhir anda membersihkan telefon anda? Tak pernah? Pasti bila anda tahu yang telefon bimbit anda mempunyai 500 kali lebih bakteria dari tandas, mungkin anda akan bersihkan sekarang.

4. Berus Gigi Terdedah Dengan Kuman

Simpan berus gigi anda di dalam bekas atau  almari bagi mengelakkan ia terdedah dengan kuman dari tandas yang di flush.

Sumber: Cosmopolitan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsi Tips

Simbol-Simbol Pada Label Pakaian Yang Anda Perlu Tahu

Published

on

By

Pernah tak pakaian anda yang berwarna hitam menjadi luntur ataupun pakaian anda menjadi rosak dan reput walaupun baru beberapa kali sahaja digunakan. Ini disebabkan kerana penjagaan pakaian yang salah dan kalau anda perasan setiap fabrik telah disertakan dengan care label iaitu tentang cara-cara fabrik tersebut perlu dicuci.

Dan yang paling penting jangan anda campakkan semua ke dalam mesin basuh, langkah pertama adalah dengan melihat care label pada fabrik anda. Care label mempunyai simbol-simbol tertentu yang membolehkan kita menjaga fabrik tersebut agar lebih tahan lama dan tidak rosak bermula dari cara mencuci, merendam, seterika, hinggalah pada tahap menyimpannya.

Jom kita kenali setiap simbol-simbol yang terdapat pada “care label’ fabrik anda.

Suhu.

Cara mencuci.

Mengeringkan baju.

Menggosok atau menyeterika baju.

Dry clean atau mencuci kering baju.

Melunturkan atau memutihkan baju.

Continue Reading

Kongsi Tips

3 Sebab Utama Kenapa Rambut Anda Selalu Gugur

Published

on

By

Masalah keguguran rambut tidak mengenal jantina. Ia menjejas sekitar 35 juta lelaki dan 21 juta wanita di seluruh dunia.

Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya menghasilkan hormon testosteron. Hormon itu tidak memusnahkan folikel sebaliknya ia menghasilkan satu lagi hormon, iaitu Dihidrotestosteron (DHT) yang mengganggu kitaran folikel – punca rambut gugur.

1. JARANG CUCI RAMBUT ATAU TERLALU KERAP BASUH  

Jika rambut terlalu kerap dicuci ia menghapuskan lapisan minyak semula jadi bagi kulit kepala yang sihat. Jika terlalu jarang dicuci pula ia mungkin menyebabkan minyak bertompok pada bahagian folikel sehingga menghalang rambut daripada tumbuh.

2. WAX, GEL DAN PENYEMBUR RAMBUT BOLEH SEBABKAN RAMBUT GUGUR

Produk rambut seperti wax, gel dan spray rambut akan hanya menjadi masalah jika anda tidak mencuci rambut dengan betul setelah menggunakannya. Bahan plastik dan wax akan melekat pada kulit kepala dan menyebabkan pembukaan folikel tersumbat dan menjadi keras, sekaligus sukar untuk membersihkanny. So rajin-rajin la basuh rambut selepas penggunaan produk rambut ye..

3. PEWARNA DAN KERINTINGKAN RAMBUT PUNCA RAMBUT GUGUR

Pewarna rambut dan rawatan mengerintingkan rambut bagaimanapun boleh menjadi punca rambut gugur sekiranya bahan kimia yang digunakan kerap terkena pada kulit kepala, menyebabkan folikel dan kulit kepala gatal gatal.

Tips ni yang ramai orang tak tahu.

KERAP BERUS RAMBUT BOLEH KURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT

Memberus rambut boleh meningkatkan pengaliran darah kepada folikel supaya rambut tumbuh lebih baik. Rambut pun nak manja sebenarnya haha..

Ia juga membantu meratakan minyak semula jadi kulit kepala kepada hujung rambut, sekaligus membuatkannya kelihatan lebih lebat dan sihat. Gunakan berus yang bulunya semula jadi dan jangan melebih-lebih apabila memberus. Berus dengan lembut dua kali sehari dah memadai. So macam tu la tips untuk mengekalkan rambut yang sihat. Selamat mencuba!

Oleh: Fify Azmi

Sumber

Continue Reading

Kongsi Tips

Ini Antara Aplikasi Yang Wajib Ada Dalam Phone Anda

Published

on

By

Ni antara senarai aplikasi yang memudahkan pemanduan anda.

1. WAZE atau Google Maps

Di Malaysia, terlalu ramai yang menggunakan 2 aplikasi ini yang fungsinya bukan sahaja untuk menunjukkan jalan tetapi aplikasi ini akan memilih jalan alternatif terbaik untuk ke destinasi yang dituju.

2. MyEG

Tak perlu susah payah pergi kaunter sana sini untuk  bayar cukai & renew insurance kenderaan. Korang guna je MyEG. Nak cek saman PDRM & parking kt sini pun boleh.

Stanby tisu sekali ok? (menangis tengok banyak saman pulak)

3. BateriKu

Aplikasi ini sangat berguna terutama ketika anda mengalami masalah bateri kereta. Macam bateri kong, app ni mmg wajib korang simpan dalam fon. Bateri kong ni kita pun tak tahu bila ia akan berlaku kan?

4. Parking app

Sebenarnya parking app kat Malaysia ni ada banyak, dan kebanyakan app ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar Lembah Klang seperti  Flexi Parking, Smart Selangor, ParkEasy, JomParking & BayzParking. Tak perlu penat beratur panjang untuk bayar tiket parking dan paling best sekali ada diantara app itu korang boleh “chop parking” terus!

5. Prolintas / Plus App

App ini sesuai untuk korang yang menggunakan Lebuhraya PLUS, AKLEH, GUTHRIE, LKSA & Kajang Silk. Menerusi aplikasi ini anda boleh memantau keadaan trafik melalui CCTV, dapat tahu hotline mereka, dapat tahu nilai Tol berapa dan ada butang SOS! Yang mana anda boleh  “tekan” ketika kereta anda ada masalah seperti minyak habis mahupun kereta rosak. Jangan risau, anda tidak keseorangan bila ada aplikasi ini.

Semuanya hanya di hujung jari anda gituhh…

So cukup tak semua aplikasi ini? Kalau anda masih belum muat turun, sila duduk dan buat sekarang! Jangan lupa beli powerbank sekali. Ada banyak app tetapi telefon kong tak guna juga.

Oleh: Capo Rod

Continue Reading

Kongsi Tips

Cuba 6 Jenis Makanan Ini Untuk Atasi Kemurungan Ketika Putus Cinta

Published

on

By

Perpisahan dalam percintaan pastinya menyakitkan. Lebih-lebih lagi perhubungan telah terjalin sekian lama. Selain dari tidur, tengok movie serta melayan perasaan sambil mendengar lagu pilihan untuk menenangkan perasaan, tahu tak makanan juga boleh membantu untuk menstabilkan emosi serta membangkitkan mood anda?

Kat bawah ni ada 6 jenis makanan yang mungkin dapat membantu anda melalui saat-saat duka lara. Tak salah kalau cuba, mana tahu membantu.

1. Strawberry
Mempunyai vitamin C dan flavonoid (antioksidan). Selain menjadikan anda sihat ia juga mampu menenangkan saraf anda.

2. Kekacang
Badam, gajus, hazelnut, kacang tanah kaya dengan vitamin B. Ia mampu meningkatkan mood seseorang serta baik untuk kesihatan.

3. Pisang
Dapat meningkatkan mood anda.

4. Ikan
Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3, mampu mengatasi kemurungan.

5. Aiskrim
Aiskrim mampu membuatkan anda rasa tentang ketika dalam keadaan panas.

6. Teh
Selain dapat membantu andn tidur lena, teh juga mampu menenangkan anda.

Selamat mencuba!

Sumber

Continue Reading

Kongsi Tips

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mencuci Seluar Jeans

Published

on

By

Ikut tips di bawah bagi mengelakkan seluar jeans atau pakaian anda rosak:

1. Tidak Terbalikkan Jeans

Sebaiknya anda perlu cuci bahagian dalam ke luar kerana kaedah ini membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut. Lagi satu, pastikan anda zip dan butang semua sebelum meletakkan ke dalam mesin basuh, ok?

2. Sumbat Selagi Boleh

Jangan sumbat baju kotor anda dalam mesin basuh dengan banyak. Lagi banyak baju yang disumbat, lagi payah mesin tu nak cuci pakaian anda tu. Bila mesin terlalu penuh, zip mudah rosak dan jahitan benang juga akan tertanggal kerana tiada ruang yang secukupnya untuk baju-baju berpusing di dalam mesin itu.

3. Guna Mesin Pengering Terlalu Lama

Sekarang ni ramai yang menggunakan alat pengering untuk mengeringkan baju-baju yang dah dicuci. Tapi tahukah anda jeans anda boleh mengecut apabila ditinggalkan di dalam mesin pengering terlalu lama. Sebaiknya jangan keringkan jeans atau pakaian lain terlalu lama.

Biarkan pakaian yang masih lembab itu di ampaian dan biar ia kering dengan sendiri.

Continue Reading

Kongsi Tips

MakeUp Wanita Jepun vs Korea, Mana Yang Lebih Cantik?

Published

on

By

Seorang Youtuber kongsikan perbezaan solekan antara wanita Jepun dan Korea.

Daiya menjelaskan bahawa pilihan warna merupakan perbezaan yang paling ketara di antara kedua-dua negara tersebut. Warna-warna terang seperti oren, merah, merah jambu, keemasan dan coklat lebih popular di Korea.

Kebanyakan wanita Jepun pula lebih suka memakai solekan dengan warna merah jambu serta nude colours.

Untuk menunjukkan perbezaan, Daiya menggunakan bahagian kiri wajahnya dengan gaya solekan wanitaKorea, dan di sebelah kanan pula gaya solekan wanita Jepun.

Menurutnya, wanita dari Korea dan Jepun lebih gemar mengenakan solekan nipis supaya mereka kelihatan lebih natural.

Tengok video di bawah.

Continue Reading

Kongsi Tips

Nak Gambar Nampak Superb, Ikut Tips Lelaki Ni Edit Guna Lightroom

Published

on

By

Zaman sekarang ni semua benda dihujung jari. Nak cari lokasi guna Waze, nak order makan WhatsApp je, nak shopping pun online je, nak belajar edit gambar atau video pun boleh kat Twitter je.

Menerusi Twitter @hansvii_, Azim ada berkongsi tutorial video menggunakan aplikasi Lightroom untuk mengedit gambar.

Tutorial ni memang nampak mudah gila dan anda patut cuba!

Tengok ni.

Brader Azim ni siap share gambar original agar pengguna Twitter lain boleh cuba edit menggunakan gambar yang sama.

Sehingga kini, post tutorial video berguna daripada Azim telah mendapat lebih 3,451 retweet dan 5,7000 favourite.

Feedback daripada kawan-kawan di Twitter pun positif. Tak kurang juga yang berkongsi gambar yang telah diedit.

Apa yang pasti, gambar cantik tidak hanya bergantung kepada kualiti kamera sahaja tau. Rajin-rajinkanlah diri untuk belajar edit gambar guna aplikasi yang ada. Selamat mencuba!

Continue Reading

Kesihatan

Badan Kurus Kering Susah Nak Gemuk. Kenapa?

Published

on

By

Mesti anda ada family ataupun kawan yang jenis badannya kurus tapi kuat makan? Nak tahu kenapa? Ini sebab-sebabnya:

STRESS

Orang yang stress biasanya kurang nafsu makan. Hal inilah yang menyebabkan badan menjadi kurus dan susah gemuk.

SUKA TIDUR

Orang yang suka tidur lebih cendurung untuk kurus dan susah untuk gemuk. Jadi, kalau nak badan lebih berisi kurangkan aktiviti tidur anda.

KURANG BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti yang mneyihatkan badan, banyak manfaat yang diperolehi dari aktiviti bersukan. Namun sayangnya ramai yang malas untuk melakukan aktiviti ini.

KEKURANGAN NUTRISI

Penyebab lain tubuh kurus kering dan susah gemuk ialah kerana kekurangan kandungan nutrisi dalam tubuh badan. Nutrisi merupakan merupakan zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Kesan kekurangan nutrisi akan menyebabkan tubuh badan terganggu. Lebihkan makan sayur dan buah.

FAKTOR GENETIK

Penyebab badan kurus kering dan susah gemul yang terakhir ialah kerana faktor genetik. Jika anda merupakan salah seorang yang memiliki badan yang kurus kering kerana faktor keturunan ini anda harus menerimanya dengan redha dan hati yang terbuka. Biar kurus tapi sihat!

Continue Reading

Kongsi Tips

Bila Waktu Terbaik Nak Timbang Berat Badan

Published

on

By

Nak timbang berat badan pun ada waktu-waktunya. Bukan main timbang je.

Menurut satu kajian, waktu terbaik untuk timbang berat badang adalah pada setiap pagi pada jam atau waktu yang sama. Lebih-lebih lagi masa lepas buang air kecil, sebelum sarapan atau selepas bangun pagi.

Ada juga yang mencadangkan agar menimbang berat badan sekali seminggu sahaja. Oklah tu, tak lah stress bila tengok berat badan sendiri hari-hari. Ye dak?

Sumber: myliferia

Continue Reading

Kongsi Tips

Jangan Sesekali Buat #7 Benda Ni Ketika Berada Di Lapangan Terbang

Published

on

By

Ada beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pun tak lalu bang.

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya.

Apa lagi yang sudah siap di bungkus. Kalau barang-barang yang baru di beli sebaiknya anda bungkus sendiri supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control.

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group-group travel.

Biar lah check in asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tau apa yang ada dalam bag kawan tu. Kecuali travel buddies anda jenis boleh share spender dengan anda ok lah.

3. Jangan pernah biarkan backpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.

Boleh membuatkan anda kehilangan nyawa. Kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda.

Kalau anda lepas beg anda akan di curi. Kalau anda tak lepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir.

4. Jangan berbaik hati tawarkan ruang beg anda untuk orang di depan atau di sebelah anda yang mana beg terlebih had berat.

Kalau nak tolong sangat, beri duit adalah lebih baik demi keselamatan anda daripada beri ruang beg anda. Walau terlebih setengah kilo saja pun jangan lah bagi mereka checkin beg di bawah nama anda. Kalau setengah kilo tu semua ganja tak pasal-pasal masuk bawah akta 39B = mati.

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport.

Kalau ada orang mintak tolong suruh je dia letak di pondok polis, kaunter informasi atau mana-mana tempat yang selamat untuk bag dia. Yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu Maria Ozawa sekali pun tolong lah jangan pegang kan.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut.

Mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.

Kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau.

7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan

Bawa saja ke mana anda pergi walau ke tandas sekali pun, takut di masukkan benda-benda terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu.

Ada kisah benar tentang seorang pemuda yang mana beliau sekarang sudah arwah di tali gantung.

Semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa-gesa hendak masuk ke tandas (macam orang cirit) dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke tandas.

Kurang dari 5 minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcaseitu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah ke mana.

Kisah ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu. Kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis. Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sangat. Biar selfish bertempat.

Continue Reading

Trending