Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

8 Gambar Aneh Hasil Lukisan Si Kecil

Published

on

Kanak-kanak memang gemar menconteng. Kadang kala entah apa yang dilukis oleh mereka, kita sendiri pun tak tahu. Melukis atau menconteng ni umpama bermain sambil belajar untuk mereka. 

Tapi, bila mereka dah mula lukis benda-benda creepy macam ni, rasanya ibu bapa atau penjaga dah kena buat sesuatu kot. 

Berikut merupakan gambar-gambar aneh hasil lukisan daripada kanak-kanak.

creepy-children-drawings-1-57ff844a09d4d__700

creepy-children-drawings-17-57ff84665c78f__700 creepy-children-drawings-55-580a0aab616b0__700

creepy-children-drawings-15-57ff846144e15__700

creepy-children-drawings-14-57ff845f696d7__700

creepy-children-drawings-21-57ff84706f0d7__700

creepy-children-drawings-33-580a13dde3a8a__700

creepy-children-drawings-12-57ff84576e9f3__700Lukisan di atas ini ditujukan kepada seorang babysitter yang ditugaskan untuk menjaga seorang kanak-kanak lelaki.

creepy-children-drawings-25-57ff847b3697f__700 creepy-children-drawings-18-57ff846897cc3__700

Sumber: Bored Panda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelik Tapi Benar

[Video] Fenomena Aneh Hujan Setempat Hanya 5 Meter Di Indonesia

Published

on

By

Satu fenomena aneh berlaku di Binjai Sumatera Utara di mana hujan hanya turun di satu tempat seluas 5 meter saja. Kejadian ini berlaku betul-betul di Pasar Kaget, jalan Ahmad Yani Binjai telah mencuri perhatian ramai.

Tengok ni.

Difahamkan, kejadian seperti ini pernah berlaku pada dua tahun lepas di Tebet, Jakarta Selatan. Kejadian yang berlaku di sebuah rumah berukuran 5×5 meter itu merupakan suatu fenomena yang agak ganjil kerana hujan tersebut turun pada satu tempoh yang agak lama, kira-kira 6 jam.

Fenomena seperti ini juga dikatakan jarang-jarang berlaku.

Tengok ni.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Restoran Ni Sangat Sesuai Untuk Orang Yang Forever Alone

Published

on

By

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Obesity Research & Clinical Practice mendapati seseorang yang sering makan berseorangan lebih cenderung mempunyai diabetes.

Tidak hairan jika sebilangan restoran mula mencari cara yang berkesan untuk pelanggan yang datang bersendirian. Salah satunya ialah dengan menyediakan teddy bear besar.

Tengok ni.

Video yang dimuat naik menerusi laman Twitter itu menerima pelbagai reaksi netizen. Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 7 juta tontonan.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] Niat Nak Bergurau, Ditampar Pengantin Lelaki Di Majlis Perkahwinan

Published

on

By

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi saat terindah dalam hidup bertukar sedih atau mungkin malu buat pengantin perempuan ini apabila ditampar suaminya ketika cuba bergurau untuk menyuapkan kek. Setiap orang ada tahap kesabaran sendiri, tetapi menampar tangan isteri semasa majlis perkahwinan anda sesuatu yang tak boleh diterima. 

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Pelik! Ada Orang Fobia Dengan Nombor 13

Published

on

By

Selalu kita dengar orang fobia dengan tinggi, binatang atau corak polka dot. Tapi, jangan tak tahu ada juga orang yang fobia dengan nombor. Sebagai contoh fobia kepada nombor 13. Dan fobia ini dikenali sebagai triskaidekaphobia.

Mereka yang ada fobia ini takut segala-galanya yang berkaitan dengan 13. Takut tinggal dekat rumah yang level 13, mereka akan cuba untuk avoid duduk di row 13 dalam kapal terbang dan yang paling teruk mereka akan cuba skip untuk baca pada muka surat 13. Semuanya berkaitan dengan 13.

Antara orang yang mengalami fobia ini adalah penulis buku terkenal Stephen King. Dan sebuah syarikat penerbangan yang dikenali Ryan air tidak meletakkan baris nombor 13 pada kerusi di dalam kapal terbang. Perghhh extreme betul!

Sumber: time.com

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Meniaga Tanpa Permit, Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Didenda RM850

Published

on

By

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun telah didenda pegawai penguatkuasa kerana menjual lemonade tanpa permit berhampiran festival muzik di kawasan rumahnya yang terletak di timur London.

Pegawai penguatkuasa yang dianggap terlalu bersemangat menjalankan tugas itu telah mendapat kecaman ramai.

Menerusi laporan Daily Mail, kanak-kanak yang didenda RM850 (£150) itu pulang ke rumah dalam keadaan sedih.

Andre Spicer, ayah kepada kanak-kanak itu terkejut apabila melihat anaknya pulang ke rumah sambil menangis berkata “saya telah melakukan perkara yang tidak baik”.

Difahamkan, Majlis Tower Hamlets telah berjanji untuk membatalkan denda tersebut dan mereka memohon maaf atas insiden tersebut.

Menurut Encik Spicer, yang juga seorang profesor di City University, anaknya itu bukanlah mahu mengaut keuntungan besar, ini hanyalah kanak-kanak berusia lima tahun yang cuba menjual lemonade.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Kajian Dapati, 75 Peratus Manusia Pura-Pura Main Phone Sebab Malas Nak Sembang

Published

on

By

Satu kajian daripada Kapersky Lab menunjukkan 75% daripada responden nya hanya berpura-pura bermain dengan telefon bimbit masing-masing kerana ingin mengelakkan perbualan.

Daripada kajian itu juga, 34% daripada mereka tidak boleh menghiburkan diri sendiri tanpa telefon bimbit masing-masing dan 12% daripadanya risau jika telefon bimbit mereka rosak dan tidak boleh ‘berpura-pura sibuk’.

Jadi korang jenis yang mana satu? Berpura-pura sibuk dengan telefon bimbit, atau suka berbual?

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Minyak Wangi Bau Manusia Untuk Mereka Yang Lonely Atau LDR

Published

on

By

Selalunya minyak wangi atau perfume ni bau yang manis-manis atau lembut. Untuk lelaki pula mungkin bau yang agak keras bersesuaian dengan sifat maskulin. Tapi, sekarang ni ada lagi ciptaan yang paling pelik.

Seorang artis yang menjalani hubungan jarak jauh dengan suaminya telah menjalankan satu projek iaitu mencipta perfume berasakan bau badan manusia. Awalnya, dia menicpta bau badan suaminya berdasarkan 3 bau. Bau badan suaminya selepas work out, bau badan selepas kerja dan bau sebelum mereka tidur.

Lepas itu, ramai yang request untuk buat bau badan kekasih mereka juga. Sebenarnya, projek ini hanya lah sekadar suka-suka dan dia sendiri tidak menyangka ramai yang meminati projek ini.

Haaa.., Korang yang mengalami long distance relationship ni boleh lah buat bau badan laki atau isteri korang. Kalau agak rindu, bau lah perfume tu. Tapi, kalau bau badan tu busuk masih panggil minyak wangi ke?

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Sumber: Mashable

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Video Kecoh Tetamu Gaduh Besar Dengan Kakitangan Hotel

Published

on

By

Setiap pasangan mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna. Tak kisahlah sama majlis kecil-kecilan atau besar-besaran.

Tapi baru-baru ada satu insiden berlaku di sebuah majlis perkahwinan di India yang mana tetamu mengamuk dan bergaduh besar dengan kakitangan hotel di Janakpuri.

Video riot part 1.

Insiden ini dikatakan berpunca dari tidak ketidakpuasan hati mereka dengan makananan yang disajikan hingga bertindak merosakkan harta benda milik hotel.

Kakitangan hotel tidal berdiam diri dan cuba menghalang mereka, malangnya mereka dipukul oleh para tetamu yang hadir.

Beberapa tetamu yang mabuk juga disyaki pergi ke dapur untuk memecahkan pinggan-mangkuk.

Video riot part 2.

Polis kemudian dipanggil dan segera menahan dua tetamu dan seorang kakitangan hotel yang disyaki.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes serangan dan kerosakkan harta benda persendirian. Bukti dari video yang dirakam juga  kini sedang diperiksa untuk mengenal pasti suspek.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

“Saya Suka Buat Benda-Benda Pelik”, Lelaki Ini Buat Kerja Gila Pecah Rekod Dunia

Published

on

By

Tahukah anda, dua tahun lepas terdapat seorang remaja lelaki dari Nepal yang bernama Raja Thapa pernah mencipta rekod dunia dengan  memasukkan 138 batang pensil ke dalam mulutnya.

Bukan itu saja, Thapa juga pernah memuatkan 32 batang lilin yang terbakar ke dalam mulutnya tanpa cedera.

“Saya suka buat benda-benda pelik. Setelah menonton beberapa rakaman video pelik, saya merasa tertarik untuk mencuba cara yang sama untuk menghiburkan orang ramai”.

Thapa juga merancang untuk memecahkan rekod dunia yang lagi aneh di masa akan datang.

Tengok ni.

p/s: Jangan tiru aksi ini.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Obses Bau Kasut, Lelaki Ini Dah Curi Lebih Dari 70 Pasang Kasut

Published

on

By

Di Jepun, seorang lelaki ditangkap selepas didapati mencuri lebih dari 70 pasang kasut.

Yang peliknya, kasut-kasut itu dicuri semata-mata untuk dihidu bukan dijual.

Makoto Endo, 40, ditangkap kerana dia disyaki terbabit dalam banyak kecurian kasut yang dilaporkan di daerah Tochigi dan Saitama.

Menurut laporan, Polis yang menggeledah rumahnya menjumpai sejumlah kasut yang disimpan rapi di dalam kotak.

Ketika di soal-siasat, Endo memberitahu yang dia ketagih menghidu bau kasut untuk kepuasan seksualnya. Tak kisahlah sama ada kasut perempuan mahupun lelaki. Lagi berbau dan lusuh kasut tu, lagi dia suka. Scary kan?

Sumber: Japan Times

Continue Reading

Trending