Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

travel

8 Tips Untuk Anda Travel Secara Solo

Published

on

Imej dari Freepik

Mesti ramai yang kat sini teringin nak travel secara solo tapi mempunyai masalah tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan. Di sini ada 8 tips untuk anda travel secara solo:

1. Rancang Perjalanan Lebih Awal

Sebelum melancong adakan beberapa perancangan terlebih dahulu. Dengan internet, ia menjadi lebih mudah untuk anda melakukan prebiu bagi destinasi yang berpotensi menjadi tempat perlancongan anda. Anda tidak semestinya perlu membuat pelan yang terperinci, memadai sekurang-kurangnya anda tahu di mana anda akan tinggal pada malam pertama perlancongan. Buatlah tempahan bilik sebelum anda berlepas. Disarankan anda membuat tempahan di rumah tetamu, hostel, B&B atau pekan kecil kerana kebiasaannya tempat sebegini menawarkan banyak kemudahan dan lebih mudah untuk berhubung dengan penduduk tempatan.

2. Mengetahui tahap kekuatan anda

Adakah anda seorang yang suka bergaul yang mana anda mudah untuk menyesuaikan diri dengan orang luar. Jika anda ingin melancong sendirian mungkin agak sukar jika anda tidak boleh berkomunikasi. Lebih memburukkan keadaan lagi jika tempat perlancongan anda penduduknya tidak begitu mesra atau anda tidak faham bahasa penduduk tempatan. Selain itu, tanyakan pada diri sendiri adakah anda seorang yang berdikari. Ini amat penting kerana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan sepanjang percutian, anda dapat memahami situasi dengan baik dan dapat mencari penyelesaian tanpa perlu bergantung harap pada orang lain.

3. Kekal Berhubung

Walaupun anda melancong berseorangan, pastikan anda sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain boleh melepaskan rindu, kekal berhubung dengan mereka adalah penting untuk memastikan mereka tahu tentang perkembangan dan keselamatan diri anda. Anda juga perlu ambil tahu tentang berita semasa seperti krisis di negeri anda. Anda juga perlu membuat penyelidikan tentang kemudahan internet di tempat penginapan percutian anda untuk memastikan anda tetap boleh berhubung dengan orang tersayang tidak kira di mana anda berada dan memastikan jadual percutian berjalan dengan lancar.

4. Mengemas Barang Dengan Bijak

Apabila melancong sendirian pastikan semua barangan keperluan anda yang penting berada dalam beg galas sekiranya bagasi anda hilang dalam perjalanan. Ini bermakna pakaian yang ingin ditukar lengkap, kasut, ubat-ubatan, kad pengenalan dan barang teknologi seperti telefon bimbit. Pisahkan wang tunai dan kad kredit anda pada tempat yang berbeza, jadi jika anda kehilangan salah satu anda masih mempunyai yang satu lagi. Sentiasa menyemak semula semua barang keperluan sebelum memulakan perjalanan. Selain itu, berpakaian mengikut keselesaan anda dan sentiasa mempunyai wang tunai kecemasan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

5. Mencari Kawan Baru

Melancong sendirian merupakan cara terbaik untuk anda menikmati kebebasan melakukan perkara sendirian, tetapi kadangkala anda mungkin akan berasa kesunyian. Cara yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa kesunyian itu adalah dengan bercampur dengan pelancong lain. Anda boleh bercakap dengan sesiapa sahaja atau sesiapa sahaja yang anda lihat mesra. Anda akan mendapati bahawa kebanyakan pelancong gembira apabila anda memulakan perbualan dengan mereka. Orang yang dipertengahan umur atau mempunyai rambut putih merupakan satu kelebihan di negara-negara asing kerana orang yang lebih tua akan dihormati dan cepat mesra.

6. Percaya Pada Gerak Hati Anda

Berjalan sendirian tidak semestinya lebih berbahaya daripada mengembara bersama rakan-rakan. Ia hanya memerlukan anda untuk berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling. Kebanyakan negara-negara asing tidak kesemuanya berbahaya dan berlaku ganas. Sentiasa mengikut gerak hati anda kerana ia dapat membantu menjaga keselamatan anda di sepanjang perjalanan. Jika perlu, anda boleh meminta bantuan orang sekeliling yang kelihatan boleh dipercayai. Jika sesuatu yang anda merasakan tidak kena, maka lebih baik anda tinggalkan.

7. Sentiasa Berwaspada

Salah satu daripada sebab mengapa orang memilih untuk melancong sendirian adalah kerana bagi mereka ia satu pengalaman yang menarik bertemu kawan baru, tetapi ini juga membuat anda lebih terdedah kepada bahaya. Tidak mengapa untuk bergaul, melancong dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan baru, tetapi anda tidak boleh meminta mereka untuk memegang duit anda. Sindiket penipuan sering berpura-pura menjadi orang yang baik dan boleh dipercayai di mata anda. Walau bagaimanapun anda perlu berfikiran terbuka kerana tidak semua orang seperti itu, namun perlu juga berwaspada untuk memastikan keselamatan anda.

8. Mendapatkan Rehat Yang Cukup

Bagi seorang yang sedang melancong, mendapatkan rehat yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan percutian berjalan lancar. Bagi mereka yang melancong sendirian anda boleh merancang masa perjalanan anda dan di mana anda memilih tempat untuk beristirehat. Kebiasaannya banyak destinasi perlancongan menyediakan hostel, rumah tetamu (guest house) atau pekan kecil untuk anda berisitirehat. Setelah mendapatkan rehat yang cukup barulah anda bertenaga semula untuk meneruskan perjalanan. Jika anda pernah terfikir untuk pergi melancong seorang diri secara seorang diri, maka teruskanlah niat baik itu. Ianya pasti akan menjadi pengalaman terhebat di dalam hidup anda.

Tidak semua orang mempunyai peluang begitu dan umur yang terbaik untuk melakukannya adalah jika anda dalam lingkungan umur 20-an. Dengan mengamalkan tips di atas pasti perjalanan anda akan menjadi lebih mudah dan lancar walaupun seorang diri.

Sumber – melancongkejepun.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending