Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Adakah Selamat Memandu Semasa Ribut Petir? Ini Tips Yang Perlu Anda Ikut

Published

on

Ketika ribut petir berlaku, masih terdapat pemandu-pemandu yang berada di atas jalan raya. Persoalannya, adakah ia selamat?

Info dari weather.com mengatakan, arus petir akan melalui bahagian luar kereta dan kebanyakan dari arus ini akan disalurkan terus ke bumi sekiranya kenderaan anda dipanah petir.

Namun tidak semua kenderaan mempunyai aspek keselamatan yang sama, seperti kereta yang tidak mempunyai bumbung atau dipanggil ‘convertibles’.

Sesetengah kenderaan juga tidak dihasilkan menggunakan besi dan menggunakan komposit seperti fiber karbon yang menghalang arus elektrik untuk mengalir.

Berikut beberapa tips pemanduan sewaktu ribut petir.

1. Alihkan kereta ke lokasi selamat seperti RnR, hentian bas atau sekiranya perlu, berhenti di lorong kecemasan

2. Pasang lampu kecemasan

3. Matikan enjin kereta.

4. Silangkan kedua belah tangan di atas peha bagi mengelakkan dari menyentuh elemen besi di kenderaan dan juga komponen elektrik seperti sistem radio.

5. Perhatikan sekeliling kereta dan pastikan tiada cetusan api (sekiranya kereta anda dipanah petir)

Walaupun mempunyai risiko kereta anda untuk dipanah petir, tetapi berteduh di dalam kereta adalah pilihan yang baik sekiranya anda tidak dapat berteduh di dalam bangunan.

Oleh: Capo Rod 

Info

Adik Haziq Disahkan Maut Dalam Serangan Tembakan. Al-Fatihah

Published

on

By

Muhammad Haqiz Mohd Tarmizi, 17, telah disahkan maut dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan pagi ini.

Haziq antara 50 mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 46, yang juga cedera dalam serangan tersebut.

Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Haziq dan semua mangsa yang terlibat.

Sumber: Awani

Continue Reading

Info

Cristiano Ronaldo Raih Tempat pertama Dalam Senarai World Fame 100

Published

on

By

Untuk tahun kedua berturut-turut, bintang Juventus, Cristiano Ronaldo raih tempat pertama dalam senarai World Fame 100 yang dikeluarkan ESPN baru-baru ini.

Senarai ini mengambil kira 3 ciri iaitu kekerapan carian di Google, wang yang diperoleh daripada penaja, serta jumlah pengikut di laman sosial.

Ronaldo raih carian paling banyak selepas cetus fenomena Julai lalu apabila mendedahkan dia akan meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juve dengan nilai 100 juta euro.

Pemenang Balon d’Or 5 kali itu juga terima 37 juta dolar wang daripada penaja selain memiliki seramai 148 juta pengikut di media sosial.

CR7 berjaya ketepikan bintang bola keranjang LA Lakers, Lebron James dan bintang bolasepak Barcelona, Lionel Messi, masing-masing duduki tempat kedua dan ketiga.

Tahun lalu, Ronaldo turut muncul atlet paling ‘famous’ ekoran berjaya bantu Real Madrid julang trofi Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ke-3 berturut-turut!

Orang ke alien dia ni? Hmm. Korang rasa boleh ke Ronaldo jadi atlet paling ‘famous’ untuk 3 tahun berturut-turut?

Oleh: Mohamad Karami

Continue Reading

Info

Tragedi Christchurch: Facebook, Twitter, Google Takkan Senyap Je?

Published

on

By

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand!


Foto: mangsa Christchurch

Yang paling tak sangka, kejadian tembak menembak itu disiarkan secara langsung di Facebook milik suspek!

Dengan kuasa viral, video itu turut tersebar di semua platform media sosial seluruh dunia dengan sekelip mata.

Susulan viralnya video itu, tiga syarikat media sosial, Facebook, Google dan Twitter dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana gagal mengesan dan menghentikan penyebaran rakaman video tragedi itu.

Foto: Mark Zuckerberg

Malah, kerajaan New Zealand juga minta ketiga-tiga CEO platform media sosial itu jelaskan bagaimana mereka mengawal kandungan siaran di platform media sosial masing-masing.

Foto: Mark Zuckerberg

Terdahulu beberapa syarikat di New Zealand turut tarik iklan mereka daripada Facebook susulan tragedi itu.

Banyak lagi syarikat dijangka melakukannya dalam usaha menjadikan Facebook dan pemilik platform media sosial lain lebih aktif bendung kandungan berunsur kebencian.

Foto: mangsa tragedi

Tragedi berdarah itu telah mengorbankan 50 nyawa dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Foto: remaja hilang

Ini termasuk tiga rakyat Malaysia yang masih dirawat di hospital dan seorang remaja rakyat Malaysia telah disahkan maut dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

BACA: Adik Haziq Disahkan Maut Dalam Serangan Tembakan. Al-Fatihah

Dalam keasyikan warganet menyanjung tinggi kuasa media sosial, platform-platform terbabit juga diharap sensitif dalam membendung unsur-unsur yang tidak baik. 

Oleh: Nurul Izzati

Continue Reading

Info

Pasti Tak Ramai Yang Tahu, Kura-Kura Suka Dibelai

Published

on

By

Kura kura merupakan haiwan peliharaan yang popular kerana mudah dibela.

Terdapat beberapa jenis atapun spesis kura kura yang sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan contohnya kura kura spesis Indian Star Tortoise ni.

Kalau nak mudah, belalah kura-kura yang jenis tak hidup dalam air, sebabnya yang hidup dalam air ni leceh sikit. Air cepat kotor dan kita kena selalu rajin tukar air. Anyway, kura kura memang haiwan yang sangat manja sebenarnya.

Indian Star Tortoise

Mereka adalah haiwan yang sangat tenang, non aggressive, sangat pemalu dan mempunyai sifat ‘solitary living’ (suka hidup bersendirian) namun kalau mereka sudah selesa dengan tuan yang menjaga dan persekitaran, sifat manja dan friendly mula ditonjolkan.

Tengok ni.

Sumber

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Info

Fakta Menarik Tentang Hamster Yang Anda Tak Tahu

Published

on

By

Hamster haiwan kecil yang sangat comel dan friendly. Pocket pets ini sangat popular untuk dibela sebab dikatakan lebih senang untuk dijaga berbanding haiwan yang lain. Jom kita tengok interesting facts about this cute little creature:

#1 Hamster dilahirkan Buta

Bayi hamster (pups) tidak boleh membuka mata mereka sehingga kira kira 2 minggu selepas kelahiran.

#2 Hamster adalah haiwan omnivore

Mesti korang fikir yang hamster ni vegetarian kan? Actually tidak, hamster juga makan serangga kecil dan cacing is a source of a great protein.

#3 Hamster boleh hidup hingga ke 4 tahun

Average life span diorang is 2 tahun but depends on species jugak.

#4 Hamster memang boleh simpan makan dalam mulut

Kalau hamster tak selesa nak makan kat satu tempat tu, dia akan kumpulkan makan yang banyak dalam mulut dan bawa ke tempat lain untuk enjoy the meal.

#5 Jenis jenis species hamster yang sering dibela oleh manusia

ROBOROVSKI HAMSTER

SYRIAN HAMSTER

CAMPBELL’S  DWARF

CHINESE  DAWRF HAMSTER

WINTER WHITE RUSSIAN DWARF HAMSTER

Sumber

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Info

Wanita Bekerja Lebih 55 Jam Seminggu Berisiko Menghidap Gejala Depresi

Published

on

By

Imej dari Freepik

Tahukah anda rutin bekerja lebih 55 jam seminggu ternyata mempengaruhi kesihatan mental seseorang.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Epidemologi & Kesihatan Masyarakat, wanita yang bekerja lebih masa berisiko tinggi diserang depresi atau kemurungan. Namun, lelaki bekerja kurang mengalami gejala kemurungan.       

Kajian yang dijalankan terhadap 11,215 responden lelaki dan 12,188 responden wanita mendapati wanita yang bekerja lebih dari 55 jam cenderung mempunyai kesihatan mental paling buruk berbanding wanita yang bekerja mengikut waktu kerja standard.

Tiada perbezaan dalam jumlah bilangan gejala depresi buat golongan lelaki yang bekerja sama ada kurang atau lebih masa berbanding waktu bekerja hari biasa atau yang bekerja pada hujung minggu.

Tetapi kerja di hujung minggu dikaitkan dengan lebih banyak gejala depresi di kalangan lelaki apabila persekitaran kerja diambil kira.

Bagi wanita pula, gejala kemurungan dikaitkan dengan bilangan hujung minggu mereka bekerja.

Sumber

Continue Reading

Info

Tak Dibenarkan Naik Kapal Terbang Sebab Seksi Sangat

Published

on

By

Emily O’Connor, 21, tidak dibenarkan menaiki pesawat Thomas Cook atas alasan memakai pakaian yang tidak sopan.

Gadis tersebut diberi pilihan sama ada mahu menutup badannya yang terdedah atau tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Berang dengan insiden itu, Emily bertindak memuat naik status di Twitter mengkritik perkhidmatan penerbangan tersebut kerana lambat membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun, permohonan maaf telah pun dibuat oleh jurucakap Thomas Cook. Dalam masa yang sama dia turut menjelaskan syarikat tersebut  mengamalkan polisi yang sama dengan syarikat lain. Semua penumpang, sama ada lelaki mahupun perempuan perlu mengikut polisi yang ditetapkan tanpa sebarang diskriminasi.

SUmber

Continue Reading

Info

Jangan Tersilap, Ini Antara Jenis-Jenis Topeng Muka Yang Wajib Anda Tahu

Published

on

By

Terdapat beberapa jenis topeng muka yang terdapat di pasaran. Namun setiap penggunaan topeng muka ini bergantung kepada keperluan si pemakai.

Pemilihan topeng muka adalah sangat penting. Berikut merupakan antara jenis-jenis topeng muka yang ada yang anda tahu.

1. Topeng Muka Jenis N95

Topeng muka jenis N95 adalah topeng yang mampu membantu melindungi diri daripada udara berjerebu atau ketika berhadapan dengan orang yang yang sakit.

Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara berjerebu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat.

Malah, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan penggunaan N95 terutama sekiranya bacaan IPU mencecah 101 ke atas. Fungsi topeng muka N95 berbeza berbanding topeng pembedahan, perubatan atau penjagaan pesakit.

2. Surgical Mask

Ia digunakan oleh pesakit untuk mengelakkan cecair kahak dan hingus pesakit tersebar ke udara ketika batuk. Tidak menjanjikan perlindungan 100% kepada pemakai yang sihat kerana udara masih lagi boleh masuk ke rongga-rongga yang ada di topeng tersebut jika tidak dipakai dengan kemas.

3. Topeng Muka Jenis N 100 dengan penapis

Mempunyai air filter di bahagian hadapan, yang berfungsi menapis udara di luar dan menghalang kemasukan partikel udara daripada memasuki rung dalam topeng.

Agak selesa dipakai kerana filter tersebut membenarkan udara di dalam topeng ke luar. Tidak sesuai dipakai oleh pesakit kerana masih membenarkan udara tercemar keluar daripada topeng tersbut.

Perlu diingatkan bahawa penggunaan topeng muka adalah pakai buang dan tidak boleh digunakan sekali lagi dan tidak boleh dikongsi.

4. Topeng muka dan suit khas ketika berlakunya pencemaran gas beracun.

Tahu tak, dengan memakai topeng muka biasa ia tidak melindungi anda dari kesan bahaya gas beracun.

Penggunaan topeng muka jenis N95, surgical mask atau N100 sememangya tidak berkesan untuk melindungi anda dari pencemaran jenis gas.

Sesiapa sahaja yang masuk ke kawasan yang tercemar dengan gas-gas toksik perlulah menggunakan topeng atau suit khas bagi melindungi diri dari gas-gas toksik.

Antara 10 jenis respirator yang ada . Tengok ni.

Sebaiknya elakkan diri dari melakukan aktiviti atau berada di kawasan yang tercemar dengan bahan kimia.

Sumber

  1. HMetro
  2. Dr. Hassan Basri
  3. Youtube

Continue Reading

Info

Haiwan Paling Sedih Dalam Dunia Mati

Published

on

By

Kalau kita nak tahu keadaan seseorang tu macam mana, kita akan tengok matanya because eyes don’t lie, sama juga seperti haiwan. Melihat matanya penuh kesedihan kerana penderitaan yang terlalu lama ditanggung oleh seekor gajah bernama (Flavia) ini sehingga digelar sebagai ‘haiwan paling sedih dalam dunia’.

Setelah dikurung lebih 4 dekad (40 tahun) akhirnya pada minggu lalu Flavia yang berusia 47 tahun itu mati di sebuah Zoo Cordoba di selatan Sepanyol. Dikatakan Flavia menghabiskan sisa hidupnya selama 43 tahun tinggal bersendirian dikandangnya. Usaha pihak zoo untuk memindahkan Flavia bersama gajah yang lain gagal. Kesihatan Flavia semakin teruk sejak beberapa bulan yang lalu, dikatakan menderita akibat tekanan kerana dikurung sendirian terlalu lama. Hmm poor creature.

Flavia dianggap sebagai ikon untuk bandar itu dan haiwan ini pastinya dirindui oleh orang ramai.

Sumber:

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Info

Marvel Bakal Terbitkan Filem Superhero Pertama Asia

Published

on

By

Comik Book

Marvel Studio mengumumkan, filem superhero Asia pertama iaitu Shang-Chi bakal diterbitkan.

Shang-Chi, superhero berketurunan China dan Amerika Syarikat merupakan antara watak superhero dalam komik Marvel.

Terbitan yang julung kali diterbitkan oleh Marvel itu juga akan menampilkan watak Asia sebagai teraju utama filem itu nanti.

Bagaimanapun, pilihan pelakon masih belum lagi diputuskan dan tarikh penggambaran juga masih belum didedahkan.

Destin Daniel Cretton telah dipilih sebagai pengarah filem ini berkenaan.

Sumber

Continue Reading

Trending