Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Anda Akan Didenda Jika Pasport Hilang Mahupun Rosak

Published

on

Anda akan didenda sekiranya pasport hilang mahupun rosak.

Individu yang hilang pasport buat pertama kali akan dikenakan denda sebanyak RM400. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

Bagi penggantian pasport untuk kali kedua, denda RM700 akan dikenakan.

Manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, akan didenda RM600.

Denda meningkat empat kali ganda sekiranya pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, menjadikan ia sebanyak RM1,200.

Sebelum ini, pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang penalti.

Perintah itu disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara, dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Sumber: Astro Awani

Info

Gila! Terbangkan Pesawat Sebanyak 856 Kali Tanpa Lesen

Published

on

By

Bayangkan, tanpa lesen lelaki yang berasal dari St. George, Queensland ini telah menerbangkan pesawat sebanyak 856 kali.

Lachlan Jones, 28, juga pernah menerbangkan pesawat untuk lima buah syarikat akuakultur antara tahun 2013 dan 2015.

Menurut laporan akhbar The Australian, Jones gagal mendapat lesen kerana dia pernah menjalani 23 kali peperiksaan teori untuk mendapatkan lesen, namun gagal. Dia hanya lulus tiga daripada tujuh peperiksaan wajib.

Selain dari menerbangkan pesawat secara berbahaya di Amerika Syarikat, dia juga dikatakan pernah melanggar wayar elektrik di Australia.

Difahamkan, demi mendapatkan lesen penerbangan, Jones sanggup pergi ke Amerika Syarikat. Di sana dia telah memperoleh lesen pesawat komersial dalam tempoh beberapa hari sahaja dengan hanya menjawab soalan kaji selidik mudah dan lulus dengan 70 markah.

Jones didenda AS$10,000 (RM41,922) untuk lima kesalahan menerbangkan pesawat tanpa lesen sah. Namun, hukuman penjara enam bulan memalsukan serta memberi maklumat tidak tepat kepada Penyiasat Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Sivil Australia (CASA) telah digugurkan.

Rujukan: Kosmo

Continue Reading

Info

Cuaca Panas Melampau, Payung Lengkap Dengan Kipas Dan Penyembur Air Dihasilkan

Published

on

By

Dek kerana cuaca panas melampau, Jepun telah menghasilkan sebuah payung yang lengkap dengan kipas dan penyembur air.

Payung Fanbrella ini telah dilancarkan sempena musim panas di Jepun yang boleh mencecah sehingga 41 darjah Celcius.

Kalau guna kipas pun masih tak membantu, anda boleh gunakan fungsi air semburan yang terdapat pada payung ini.

Cumanya, semburan air perlu dilakukan secara manual, manakala kipas pula bergerak dengan menggunakan kuasa bateri.

Payung Fanbreall ini dijual pada harga Yen 5980 yen (RM231).

Rujukan

Continue Reading

Info

Bapa Berdepan Hukuman Penjara Gara-Gara Buka Surat Anak

Published

on

By

Gara-gara membuka surat yang ditujukan kepada anak lelakinya berusia 10 tahun, seorang bapa berdepan hukuman penjara dua tahun kerana melanggar privasi anaknya dengan membuka surat berkenaan.

Kandungan surat yang dikirimkan oleh ibu saudara kanak-kanak itu, meminta agar anak buahnya itu memberi keterangan terhadap bapanya mengenai kes penderaan yang berlaku pada 2012 yang dikemukan terhadap defendan ibunya.

 Tindakan ibu saudara kanak-kanak itu menghina bapa budak tu menerusi surat yang dikirimkan digunakan defendan di mahkamah untuk membuktikan keluarga isterinya memaksa anaknya menjadi saksi untuk menentangnya.

Biarpun dakwaan ke atas bapa kanak-kanak itu dibebaskan, namun dia berdepan hukuman penjara dua tahun kerana melanggar privasi surat sulit.

Dalam pembelaannya, peguam bapa kanak-kanak itu mendakwa surat dibuka secara tak sengaja dan dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga, yang mana mereka berhak untuk melakukannya.

Pajabat Pendakwa meminta agar tertuduh dibebaskan atas alasan si bapa hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Bagaimanapun, tiada lagi keputusan yang dikeluarkan mahkamah.

Rujukan

Continue Reading

Info

Sah! Watak Batman Kini Milik Robert Pattinson

Published

on

By

Official dah! Robbert Pattinson sah akan melakonkan watak Wayne dan Batman.

Filem trilogi The Batman arahan Matt Reeves dijangka akan ditayangakn pada 25 Jun 2021.

Pra-penggambaran Warner Bros.-DC Comics  dijangka akan bermula musim panas ini. Tiada tarikh permulaan rasmi yang ditetapkan untuk penggambaran “The Batman, tulis Variety.

Menurut comicbook, trilogi baru ini tidak akan ada kaitan dengan versi Batman yang dilakonkan oleh Affleck sejak beberapa tahun yang lalu.

Continue Reading

Info

Cermin Hadapan Pesawat Retak, Pembantu Pilot Hampir Disedut Keluar

Published

on

By

Pesawat Airbus A380 milik China Southern Airlines berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila cermin hadapan pesawat setebal tiga lapis retak akibat ditimpa hujan batu hingga menyebabkan pembantu pilot hampir disedut keluar dari kokpit.

Foto: Twitter CockpitChatter

Menurut penumpang, berlaku pergolakan udara luar biasa ketika pesawat mendarat dan penumpang hanya mengetahui insiden yang berlaku selepas mereka mendarat.

Foto: Twitter CockpitChatter

Bagaimanapun, pesawat tersebut selamat mendarat Beijing. Seramai 29 daripada 119 penumpanhg dihantar ke hospital untuk menjalani peperiksaan.

Foto: Twitter CockpitChatter

Rujukan

Continue Reading

Info

4 Aktiviti Ni Boleh Masuk Dalam Checklist Anda Sempena Cuti Raya!

Published

on

By

Cuti sekolah sempena hari raya dah pun bermula.

Ramai yang akan pulang ke kampung untuk sambut raya bersama sanak-saudara, dan tak kurang juga yang merancang untuk pergi holiday.

Ni kami senaraikan beberapa lokasi yang boleh masuk dalam checklist anda kalau nak pergi bercuti tu.

Lost World of  Tambun, Perak

Lost World of  Tambun terletak di Ipoh, Perak. Ia merupakan destinasi percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik.

Pengunjung bukan sahaja boleh mandi-manda di Lost World Water Park, mereka juga boleh melawat atau mendekati haiwan yang terdapat di The World Petting Zoo atau bermain roller coaster di Lost World Amusement Park.

Kalau nak buat aktiviti glamping pun boleh. Tapak perkhemahan mewah berhadapan dengan kawasan tasik sambil berlatarkan gunang-ganang yang indah menghijau ada disediakan di sana.

Klik sini untuk ke Lost World of Tambun

Genting Skyway Cable Car, Pahang

Anda jenis suka tempat yang bersuhu rendah, apa kata ke Genting Highlands. Selain shopping anda juga boleh menaiki Awana SkyWay Gondola Cable Car untuk menikmati pemandangan hutan hujan yang sangat indah berusia 130 tahun.

Klik sini untuk ke Awana SkyWay Gondola Cable Car

Gardens By The Bay, Singapura

Gardens By The Bay merupakan salah satu tempat menarik yang patut anda lawati jika bercuti ke Singapura. Ia merupakan sebuah taman moden yang paling luas dan indah di negara itu.

Gardens By The Bay terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden.

Di sini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dengan landskap menarik, bangunan air terjun buatan manusia dan pokok buatan yang lengkap dengan lampu warna-warni ala-ala filem Avatar gitu.

Juga, jangan lepaskan peluang untuk melihat pertunjukan OCBC Garden Rhapsody iaitu pertunjukan cahaya dan muzik yang terdapat di kawasan Supertree Groove.

Klik sini untuk ke Gardens by the Bay

Universal Studios Japan

Foto: Never Ending Voyage

USJ merupakan taman tema terbesar di Osaka. Ia merupakan Taman Tema Universal pertama yang dibina di Asia.

Taman tema ini dipecahkan kepada sembilan zon iaitu Hollywood, New York, Minion Park, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, The Wizarding World of Harry Potter dan Universal Wonderland.

Foto: Adventure, Baby!

Tak kisahlah budak kecik ke, atau orang dewasa semua pun mesti excited bila pergi sini. Rugilah kalau pergi Osaka tak singgah USJ ni!

Klik untuk ke Universal Studio Japan

Alang-alang nak bercuti apa kata anda gunakan perkhidmatan Klook sempena promosi raya. Boleh dimuat turun sebagai aplikasi atau layari terus website Klook.

Dapatkan 5% diskaun dengan kod promo WAHRAYA5 (diskaun 5% sehingga RM35). Manakala bagi pembelian melebihi RM800 anda layak mendapatkan 8% diskaun dengan kod promo WAHRAYA8 (diskaun 8% sehingga RM 100) dan pastikan pembelian anda melalui aplikasi Klook dalam satu resit pembelian.

Dapatkan 8% diskaun bagi segala keperluan dan aktiviti travel sepanjang cuti raya. Untuk info lebih lanjut tentang promosi raya, klik di sini. First time guna Klook? Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak RM20 (dengan minimum pembelian RM40) dengan kod promo SYOK20.

Dengan Klook, semuanya di hujung jari anda. Harga dijamin terbaik, dah lah tak perlu penat beratur malahan dapat pula mata ganjaran bagi setiap pembelian (yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya). Syok kan?!

So, tunggu apa lagi. Jom rancang percutian anda bersama Klook sekarang. Syok nya, semua pun ada!

Continue Reading

Info

Isi Minyak Sambil Beramal Dengan Shell Dalam Kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’

Published

on

By

Kredit: Shell Malaysia

Nanti masa korang balik kampung time raya ni, apa kata sambil balik kampung tu sambil beramal? Korang tak payah susah-susah pun; pergi je isi minyak kenderaan korang kat Shell! Kenapa? Sebab Shell sekarang ni tengah buat kempen CSR bernama ‘Anda Beli, Kami Derma’.

Beli sambil menderma dengan Shell

Food Aid Foundation. Kredit: Hati.my

Kempen ni akan bermula pada 30 Mei sehingga 8 Jun 2019. Basically, Shell akan dermakan 1 sen bagi setiap liter minyak yang korang beli dan bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select kepada tiga pertubuhan amal berikut:

Bagi resit yang asal atau fotokopi di mana-mana stesyen minyak Shell untuk pilih pertubuhan mana yang korang nak bagi sumbangan.

Kredit: Wikipedia

Kalau korang buat bayaran menggunakan Mastercard, Mastercard akan memberi derma tambahan sebanyak 1 sen* bagi setiap liter minyak atau setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select.

Untuk info lanjut, klik https://go.Shell.com/2JrP8Kt.

Continue Reading

Info

Orang Ramai Mula Beli Fake Phone, Standby Jika Mereka Dirompak

Published

on

By

Nak elak dari dicederakan perompak, penduduk bandar Mexico mula membeli fake phone untuk diserahkan kepada penyamun.

Yelah, penyamun mana yang suka pulang dengan tangan kosong kan.

Mengikut data yang dikeluarkan baru-baru ini, purata 70 kes samun dilaporkan berlaku di ibu kota Mexico dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019.

Foto: Freepik

Penjenayah-penjenayah ini menyasarkan pejalan kaki, penumpang pengangkutan awam dan pemandu motosikal yang berada dalam kesesakan lalu lintas atau yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Kadar jenayah semakin meningkat di bandar ini dan keadaan menjadi sangat buruk sehinggakan orang ramai mula membeli fake phone untuk diserahkan kepada penyamun.

Foto sekadar hiasan.

Telefon pintar “dummies” dilaporkan dijual dalam lingkungan harga 300 hingga 500 peso Mexico (antara RM 65 hingga RM 110). Replika telefon pintar itu sangat mirip dengan telefon pintar sebenar.

Walau bagaimanapun, menyerahkan barangan palsu ketika penyamun memegang senjata api sangat berisiko. Sekiranya penyamun menyedari mereka ditipu, ada kemungkinan besar mereka akan menembak atau memukul mangsa. Itulah sebabnya sesetengah orang Mexico memilih untuk membeli telefon pintar sebenar tetapi murah lebih untuk diserahkan jika mereka dirompak.

Foto: Freepik

Telefon pintar dummies ni dah lama dah ada, sejak beberapa tahun yang lalu namun ia hanya dipamerkan kedai-kedai telefon pintar sahaja.

Orang ramai membeli telefon pintar dummies ini bukan sebab takut rugi, tetapi juga untuk melindungi data berharga mereka.

Rujukan

Continue Reading

Info

Pelik! Wanita Lahirkan Anak Kembar Berlainan Warna Kulit Dan Anak Mata

Published

on

By

Pelik tapi benar, seorang ibu kepada 4 orang anak dilaporkan telah melahirkan sepasang kembar yang berlainan warna kulit dan anak mata.

Sarah Jones, telah memberikan nama Malaysia kepada bayi perempuan berkulit cerah dan bermata biru, kembar lelakinya pula berkulit gelap dan mata perang diberi nama Malachi.

Melahirkan anak yang warna kulit berbeza bukanlah satu perkara yang pelik buatnya kerana dia sudah mempunyai anak berusia enam tahun berkulit gelap dan seorang lagi berusia dua tahun berkulit cerah.

Walaupun keempat-empat anak mereka berbeza, namun mereka boleh bergaul dengan baik.

Menurut pakar genetik Universiti Edinburg, Jim Wilson memberitahu warna kulit bergantung kepada variasi genetik dengan sekurang-kurangnya 20 warna kulit yang berbeza.

Difahamkan, fenomena ini jarang-jarang berlaku tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi bagi pasangan kembar seiras.

Continue Reading

Info

Jepun Tawarkan Insuran Buli Untuk Lindungi Murid Sekolah

Published

on

By

Di Jepun, insuran buli telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Yell.

Foto: Freepik

Berdasarkan kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan Budaya, Sukan dan Sains Jepun, terdapat 410,000 kes buli melibatkan murid sekolah di negara Matahari terbit itu.

BACA: Parents Di Korea Selatan Guna Perkhidmatan Ini, Elak Anak Daripada Dibuli

Yuran bulanan insuran buli itu ditawarkan pada harga AS$24 (RM100.50) dan ia merangkumi bantuan guaman dan juga yuran perubatan sekiranya mangsa mengalami kecederaan akibat dibuli.

Peguam juga akan membantu dari segi dokumentasi dan pengumpulan bukti.

Dengan adanya insuran ini, peguam syarikat akan meneruskan tuntutan undang-undang sekiranya anak-anak kepada pemilik insuran ini dibuli.

Jika perkhidmatan ini berjaya di Jepun, syarikat-syarikat lain dari seluruh dunia dijangka akan menawarkan perkhidmatan yang sama tak lama lagi.

Continue Reading

Trending