Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Antara Filem Malaysia Yang Sedang Ditayangkan Di Luar Negara

Published

on

Tahun ini industri filem Malaysia agak meriah. Bukan setakat berlawan jumlah kutipan tetapi juga dengan beberapa filem yang berjaya melepasi sempadan negara.

Menurut twitter @FilemKita, ada 2 filem terbitan anak tempatan yang sedang ditayangkan di luar negara.

Filem animasi terbitan KRU Studio bertajuk Wheely sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Brazil. Filem yang menampilkan Johan dan juga Lisa Surihani sebagai teraju utama itu mula ditayangkan di sana sejak 6 September yang lalu.

Filem kedua yang sedang ditayangkan di luar negara ialah Rise Of The Legend. Kisah mengenai pemain badminton negara, Lee Chong Wei mula ditayangkan di pawagam negara China sejak 7 September yang lalu.

Tahniah kepada semua penguasaha filem negara. Semoga kejayaan-kejayaan ini akan membawa nama industri perfileman Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Sumber: Twitter @FilemKita

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending