Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Bagaimana Lelaki Ini Boleh Hasilkan $1.5 Juta USD Dengan Hanya Mengelilingi Dunia

Published

on

Bagi sesetengah orang, impian mengelilingi dunia hanyalah cita-cita sahaja tetapi tidak bagi lelaki berusia 31 tahun ini. Johny Ward ketika ini sedang melakukan penjelajahan untuk menyaksikan setiap sudut di bumi ini. Percaya atau tidak, dengan hanya mengelilingi dunia, dia mampu menghasilkan wang sehingga berjuta-juta ringgit dan turut berjaya menemui kekasih hati yang menawan.

Ward dibesarkan tanpa ayah di Irlandia Utara. Dia hampir berputus asa apabila status kewangannya tidak mengizinkan untuk dia mencapai cita-citanya mengelilingi dunia. Tekad untuk tidak menjadikan masalah kewangan sebagai penghalang untuk merealisasikan impiannya, Ward berjaya menjelajah ke 152 negara dan memperolehi jutaan dolar hanya selama 3 tahun. Semua ini beliau lakukan melalui laptopnya sahaja.

Sebenarnya apa pekerjaan Johnny Ward ini? Pasti banyak yang tertanya-tanya bukan. Berikut adalah petikan wawancara beliau yang kami ambil dari laman web News.com.au.

Bila anda mula mengembara ke seluruh dunia dan bagaimana pula dengan perbelanjannya?

“Saya tinggal bersama adik dan ibu saya di sebuah kota kecil yang terletak di Kikeel. Kami tidak memiliki banyak wang dan rumah saya terlalu kecil. Dari situlah keinginan saya membuak-buak untuk mengelilingi dunia. Saya merupakan graduan dari Universiti Di Britain pada tahun 2006 dan jurusan yang saya ambil ketika itu ialah ekonomi dunia. Setelah menghabiskan pengajian, saya membeli tiket sehala (one way) untuk mengembara ke Thailand. Di sana, saya mengajar subjek Bahasa Inggeris demi menyara kehidupan.”

Bagaimana pula anda boleh menghasilkan wang hanya dengan mengelilingi dunia?

“Pada tahun 2010 yang lalu, saya telah membuka sebuah blog yang diberi nama onestep4ward.com setelah bekerja selama 12 bulan di salah sebuah syarikat di Australia, saya juga mula menabung dan mengumpulkan wang untuk membiayai perjalanan mengelilingi dunia. Kemudian pada tahun 2012, saya membuka sebuah syarikat media digital, Step4Ward Media, yang mengelola lebih dari 200 laman web di Internet, sosial media dan juga hal-hal yang berkaitan dengan SEO (Search Engine Optimazation).”

“Pendapatan yang saya perolehi sejak tahun 2012 berjumlah antara $13000 hingga $18000 untuk setiap bulan dan keuntungan harian pula mencecah $1400 USD. Saya juga menceburkan diri dalam pelaburan hartanah ketika ini dan baru sahaja memperoleh pendapatan tambahan sebanyak $100,000 USD. Jadi jumlah terkumpul pendapatan saya adalah sebanyak $1.5 juta USD.”

Apakah nasihat anda kepada mereka di luar sana yang ingin mengikuti jejak anda?

“Bagi saya ada 3 benda yang telah mengubah perjalanan hidup saya. Keputusan saya untuk berpindah ke Asia untuk mengajar Bahasa Inggeris telah membuka peluang kejayaan di depan mata saya dan pengalaman ini benar-benar membuka mata saya untuk menghargai erti kehidupan. Selain itu, saya juga membuat blog dan belajar bagaimana “online marketing” itu bekerja dan boleh membuat keuntungan melaluinya, serta mengambil peluang untuk belajar tentang SEO. Setelah mahir dalam bidang itu, saya mula membangunkan perusahaan media digital saya sendiri.”

“Yang kedua ialah pastinya semua orang boleh melakukan hal yang sama seperti saya. Yang ketiga jika anda ingin mengikut jejak langkah saya, anda haruslah mempunyai pengalaman dalam dunia blogging dan belajar tentang dunia blogging.”

Johnny juga turut bercadang ingin membuat kursus pada tahun hadapan  dan memberi tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jejak langkahnya dengan menghasilkan berjuta-juta ringgit dengan hanya mengelilingi dunia sahaja.

Bagi Johnny, apa yang beliau sangat gembira tentang kehidupannya sekarang ialah dia memiliki kebebasan untuk pergi ke mana sahaja tempat yang diingininya tanpa harus terikat dengan sesiapa dan tiada masalah untuk meminta waktu untuk cuti.

 

 

 

Untuk artikel penuh, anda boleh baca di laman web ini.

Sumber dari news.com.au

 

 

 

Inspirasi

Lihat Bagaimana Mereka Menyelamatkan Harimau Yang Terperangkap Dalam Telaga Sedalam 25 Kaki

Published

on

By

Demi menyelamatkan seekor anak harimau liar yang terperangkap dalam telaga sedalam 25 kaki, sekumpulan pasukan penyelamat hidupan liar terpaksa menurunkankan kandang untuk membantunya.

Difahamkan, ketika seorang petani dari kampung Pondvadi Lakhangaon di Machar, Maharashtra sedang menghidupkan motor pam dia menyedari terdapat seekor harimau di dalam telaga itu sebelum bertindak menghubungi pasukan penyelamat.

Menerusi video Newsflare, kelihatan sekumpulan pasukan penyelamat berusaha menurunkan kandang ke dalam telaga untuk membawa naik harimau bintang itu.

Pasukan penyelamat berkata anak harimau itu akan dijaga oleh pegawai Jabatan Hutan India untuk memastikan ia sihat sebelum dibebaskan semula.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Solidariti Untuk New Zealand

Published

on

By

Seluruh New Zealand berkabung hari ini selepas genap seminggu insiden tembakan rambang di dua masjid berlaku di Christchurch.

Foto: Berkabung

Solat Jumaat yang diadakan di Hagley Park hari ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan New Zealand.

Foto: solat jumaat Christchurch

Malah lebih mengharukan, rantaian manusia yang disertai oleh kira-kira 2,600 penduduk Christchurch telah diadakan untuk melindungi masyarakat Muslim menunaikan solat Jumaat.

Pada hari ini juga, buat pertama kalinya laungan Azan berkumandang di seluruh New Zealand sebagai tanda sokongan kepada umat Islam di negara itu.

Foto: laungan azan

Malah khutbah Jumaat turut disiarkan secara langsung di stesen radio dan TV New Zealand.

Namun, apa yang lebih membanggakan adalah sokongan yang ditunjukkan oleh kaum wanita di New Zealand melalui #headscarfforharmony.

Foto: #headscarfforharmony.

Mereka tanpa mengira usia telah mengenakan hijab sebagai tanda sokongan kepada wanita muslim.

Kempen itu yang digerakkan awal minggu lalu merupakan inisiatif seorang doktor.

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri negara itu, Jacinda Ardern turut hadir di luar perkarangan Masjid Al Noor sebagai tanda solidariti. 

Ternyata nilai kasih sayang dan keprihatinan yang ditonjolkan oleh masyarakat New Zealand terhadap insiden berdarah itu menjadi tauladan buat seluruh dunia.

Ia sekaligus membawa mesej kepada dunia bahawa keamanan adalah milik semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. 

#NewZealandberkabung#headscarfforharmony

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

Tragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis Viral

Published

on

By

Sejak tragedi serangan terhadap 2 masjid di Christchurch, Jumaat lalu ramai berkongsi dan menjadikan imej daun paku-pakis perak sebagai tanda solidariti terhadap mangsa yang terkorban.

Penulis pun tidak ketinggalan turut menjadikan daun ini sebagai gambar profil di akaun laman sosial.

Paku-pakis perak ini memang sinonim dan jadi antara ikon New Zealand jadi tak hairanlah ia dijadikan pilihan.

Memang sekali pandang kelihatan seperti daun biasa tapi selepas dibelek betul-betul ia sebenarnya ada maksud mendalam dan penuh makna yang membuatkan sesiapa yang mengamatinya tersentuh hati.

Rupa-rupanya imej daun itu diilhamkan oleh seorang kartunis Australia, Pat Campbell yang turut bersolidariti dengan mangsa tragedi serangan.

Kata Campbell, dia pernah datang ke Christchurch beberapa kali dan ada kawan di sana. Dia amat menyenangi kota itu jadi tragedi tersebut turut memberi kesan kepadanya lalu dia memutuskan melukis daun yang penuh simbolik itu sebagai tanda simpati.

Menurut Campbell lagi, dia pada mulanya melukis daun itu sebanyak 49 helai dan setiap satunya memaparkan kedudukan dan posisi muslim yang sedang solat dan berdoa.

Namun dia kemudian ditambah menjadi 50 helai selepas seorang lagi mangsa yang cedera parah akibat serangan tersebut disahkan maut.

Indah dan menarik sungguh apabila dah tahu cerita di sebalik rekaan daun ini.

Jika direnung lebih mendalam, ia juga tanda masih wujud semangat kemanusiaan dan kasih sayang yang murni dan tinggi merentas agama, bangsa dan negara.


*PS Kalau rajin nanti cubalah Google pula apa maksud dan kaitan daun paku-pakis perak kepada New Zealand khasnya menurut legenda kaum Maori

Oleh: KJ
Rujukan dan penghargaan: Twitter Pat Campbell & internet

Continue Reading

Inspirasi

Lihat Suasana Solat Jumaat Di Christchurch Lepas Seminggu Insiden Serangan

Published

on

By

Selepas seminggu insiden serangan di Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa, hari ini umat Islam kembali ke masjid untuk solat Jumaat.

Jika kebiasaannya masjid akan dipenuhi dengan hanya umat Islam lelaki, kali ini masjid berkenaan dipenuhi oleh segenap masyarakat yang berlainan agama. Mereka datang bukan sahaja untuk memberi sokongan pada mangsa insiden, malah ada yang datang secara sukarela dengan memakai hijab.

Mangsa insiden yang terselamat daripada tembakan juga hadir dengan berkerusi roda. Solat Jumaat dilakukan dengan menempatkan jemaah dalam satu kawasan, dan beribu pengunjung lain dalam satu kawasan berbeza.

Keadaan penuh rasa sayu dan sedih menyelubungi setiap yang hadir.  Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern juga hadir bersama mereka yang lain.

Kata Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda, kejadian yang berlaku minggu lalu menunjukkan keganasan bukan pada warna kulit, keganasan tidak mempunyai agama dan bangsa.

“Saya juga ingin berterima kasih pada rakan beragama Islam dan bukan Islam saya yang sudi hadir bersama hari ini”, kata Imam Gamal dalam petikan khutbah Jumaatnya.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Sifat Empati, Kasih Sayang Dan Hormat Menghormati Jacinda Wajar Dicontohi

Published

on

By

Insiden berdarah di Christchurch, minggu lalu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat seluruh masyarakat dunia terutamanya New Zealand.

Gelaran sebagai antara negara paling aman di dunia bagaikan diragut ekoran kejadian tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di bandar itu.

Tragedi itu telah mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang remaja rakyat Malaysia, Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi.

Namun, di sebalik kesedihan insiden berdarah itu, terserlah sisi seorang pemimpin yang amat berwibawa, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam mengendalikan hal itu.

Sebaik sahaja suspek kes itu ditangkap, beliau bersumpah tidak akan menyebut langsung nama pengganas yang menjadi punca kepada insiden itu.

Sebaliknya beliau menyeru masyarakat untuk mengingati kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

Quote: “Speak the names of those who were lost rather than the man who took them. He may seek notoriety, but we in New Zealand will give him nothing, not even his name.”

Selepas itu, keprihatinan Jacinda terus jadi buah mulut orang ramai apabila beliau tampil berselendang pada kepalanya ketika menziarahi keluarga mangsa sebagai tanda hormat kepada agama Islam.

Beliau juga berjanji bahawa kerajaan New Zealand akan tanggung segala kos pengebumian dan menjamin bantuan kewangan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

Selain itu, beliau juga menuntut penjelasan Facebook, Twitter dan Google bagaimana mereka mengendalikan platform media sosial itu ekoran tersebarnya video insiden itu secara meluas.

Ia sebagai usaha menjadikan Facebook dan pemilik platform media sosial lain lebih aktif dalam bendung kandungan berunsur kebencian.

Sebagai tanda solidariti terhadap insiden yang berlaku, Jacinda minta seluruh penduduk negara itu supaya bertafakur selama dua minit, Jumaat ini.

Malah, stesen televisyen dan radio nasional New Zealand pula akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat.

Terbaru, kurang seminggu tragedi itu berlaku, kerajaan itu telah mengharamkan penjualan senapang di negara itu berkuatakuasa serta-merta.

Sifat empati, kasih sayang dan hormat menghormati yang ditunjukkan oleh Jacinda wajar dicontohi oleh semua pihak dalam mengendalikan apa jua situasi yang dihadapi.

Terima kasih Jacinda Ardern!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

Barisan Pemimpin Dan Bekas Pemimpin Negara Titip Doa Buat Arwah Haziq

Published

on

By

Muhammad Haqiz Mohd Tarmizi, 17, telah disahkan meninggal dunia dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

Adik Haziq merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkorban dalam serangan yang berlaku tempoh hari.

Seluruh rakyat Malaysia amat berdukacita dengan perkhabaran sedih itu, rata-rata menitipkan doa buat arwah Haziq termasuk barisan pemimpin dan bekas pemimpin negara.

Continue Reading

Inspirasi

Baru Lepas Mandulkan Kucing, Pemilik Buat Kenduri Pulut Kuning

Published

on

By

Sesetengah daripada kita menganggap haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga.

Tahukah anda dengan kehadiran haiwan kesayangan ia dapat meningkatkan tahap kesihatan dan emosi seseorang.

Imej dari Freepik

Keletah dan gelagat mereka selalu buat kita terhibur. Walaupun kadangkala aksi mereka mengundang rasa marah tapi apabila ingat semula pasti tertawa kecil.

Biasalah bila dah sayang, ada yang sampai sanggup berhabis duit demi haiwan peliharaan mereka. Beli makanan berkhasiat, kadang-kala tinggalkan mereka di hotel kucing, selalu bawa jumpa veterinar dan spa serta macam-macam lagi. Yelah dah jadi macam ahli keluarga sendirikan mestilah dijaga sepenuh hati.

Baru-baru ini viral di Twitter, pemilik kepada tiga kucing membuat pulut kuning dengan rendang telur puyuh sempena kucing-kucingnya disunatkan atau dimandulkan. Comel sangat!

Tweet yang dimuat naik oleh @NiniNell mencuri perhatian ramai sehinggakan mendapat lebih 26,000 retweet dan 17,000 favourite. Rata-rata netizen terhibur dan memuji tindakan tuan punya kucing itu.

Ini antara respon daripada netizen.

Menerusi laporan Mstar, secara kebetulan majlis kesyukuran dibuat sempena tiga kucing Khairul Faizi dimandulkan. Jadi mereka sekeluarga memutuskan untuk meletakkan pelekat ‘majlis kesyukuran berkhatan’ supaya nampak cantik dan kreatif. Respect!

View this post on Instagram

Atlas. Arez. Achilles.

A post shared by JV (@jupiter_loves_venus) on

Jadi, sama-sama pupuk nilai kasih sayang dalam diri kita untuk saling mengasihi. Tidak kiralah terhadap manusia mahupun makhluk lain.

Continue Reading

Inspirasi

Terus ‘Mengajar’ Di Youtube, Biarpun Cikgu Hayati Telah Tiada. Terima kasih Cikgu!

Published

on

By

Cikgu mana yang tak nak lihat anak muridnya sukses. Pengorbanan dan keikhlasan seorang guru akan selalu dikenang tetapi kadang kala kita tak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh mereka ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

Dan itulah yang dilakukan oleh cikgu Hayati Aini Ahmad kepada pelajarnya walaupun selepas dia didiagnosis dengan peringkat 4 kanser payudara sejak dua tahun lepas.

Guru subjek Matematik Tambahan ini telah dijemput Ilahi baru-baru ini. Biarpun dia telah tiada, namun ilmu yang dikongsikan menerusi YouTube video akan kekal di alam maya untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja.

Menerusi laporan MStar, Abdul Jalil Daud iaitu suami kepada Arwah Puan Hayati berharap ilmu yang dikongsikan isterinya diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Menurut Encik Jalil, isterinya terpanggil untuk menyediakan video mengajar dalam Bahasa Melayu kerana ia adalah alternatif buat pelajar yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris kerana rata-rata tutorial video dalam Bahasa Inggeris. Arwah isterinya juga sering membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.

Tengok ni.

Kami harap, ilmu yang diturunkan oleh cikgu Hayati akan terus digunakan oleh generasi akan datang.

Al-Fatihah buat cikgu Hayati. Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terima kasih cikgu!

Continue Reading

Inspirasi

Laungan Haka Sebagai Tanda Sokongan Kepada Komuniti Islam Di New Zealand

Published

on

By

Selepas beberapa hari insiden serangan masjid di Christchurch, kini komuniti Islam dikawasan terbabit dilihat rasa lebih selamat.

Selain kawalan keselamatan yang dipertingkatkan, aksi sekumpulan geng motosikal yang ‘paling digeruni’ di New Zealand yang dianggotai sekurang-kurangnya tujuh orang bertindak memberikan laungan dan tarian Haka sebagai tanda sokongan kepada komuniti Islam di negara itu, telah mencuri tumpuan.

“Ia sesuatu yang sangat istimewa, ia adalah sebahagian daripada budaya kami dan ini yang biasa kami lakukan ketika kami membesar, dan (tarian) ini adalah untuk berkongsi dengan mereka yang sedang melalui tempoh kesedihan,” 

Selain kumpulan motosikal ini, tarian Haka juga dipersembahkan oleh sekumpulan remaja, sebagai penghormatan kepada dua sahabat mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut.

Haka merupakan tarian tradisional kaum Maori New Zealand yang dilakukan secara beramai-ramai sebagai persediaan sebelum berperang, sama ada sebelum berdepan secara langsung dengan pihak musuh, atau ketika meninggalkan kampung halaman untuk menuju ke medan pertempuran.

Sumber: Awani

Continue Reading

Inspirasi

Sebak! Adik Yang Pro Guna Chopstik Ini Rupanya Menghidap Leukemia

Published

on

By

Ingat tak lagi video adik comel yang makan pakai chopstik macam pro yang kami kongsikan bulan lepas?

BACA: Budak Kecik Ni Makan Pakai Chopstik Macam Pro. Serius Power!

Disebalik kecomelan dan kelincahan dia menggunakan chopstik rupa-rupa terselit seribu satu kisah sedih tentangnya yang tak ramai tahu.

Menerusi Twitter SSCM, Haihai, 2 tahun rupanya didiagnosis dengan leukemia limfoblastik akut (LLA) sejak berusia setahun.

Lebih menyedihkan lagi, nenek Haihai juga menghidap kenser payudara terminal dan disebabkan itu ayah Haihai kadang kala terpaksa berjauhan daripadanya.

Sejak itu Haihai mula berdikari dengan belajar makan guna chopstik.

Menurut ibunya, Haihai seorang budak lelaki yang tabah. Dia sentiasa berkelakuan baik setiap kali diambil darah atau diberi suntikan. Sebagai anak kecil dia dia tak lari dari rasa takut. Kuat mana pun dia, sakit tetap sakit.

Kesemua rambut Haihai gugur selepas dia menjalani kimoterapi yang pertama.

Prosedur perubatan yang menyakitkan itu umpama mimpi ngeri buat Haihai dan ibunya. Selepas menjalani kimoterapi, Haihai diberi makanan kegemarannya iaitu sebagai ganjaran.

Tengok video ni.

Continue Reading

Trending