Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas Ditahan

Published

on

Polis Pulau Pinang berjaya menahan lelaki yang simbah anak perempuannya dengan air panas dan suspek akan direman hari ini.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai di Jalan Paya Terubong, pada jam 10 pagi Ahad. Suspek ditahan bersama isteri dan anak bongsunya selepas mereka melarikan diri.

Menerusi laporan Astro Awani, laporan ujian air kecing yang dijalankan ke atas pasangan suami isteri berkenaan adalah negatif dadah dan kedua-duanya juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam kejadian kira-kira 2 minggu lalu, bapa mangsa bertindak demikian selepas mangsa menghabiskan makanan di rumah mereka.

Mangsa berusia lapan tahun mengalami lecur tiga peratus pada lengan, rusuk dan dada kanan selepas disimbah air panas.

Sumber: Astro Awani

#instamakan

Bakeri Ni Buat Kudapan Enak Untuk Bantu Ibu Tunggal

Published

on

By

Kredit: m/SIX

Bukan senang menjadi seorang ibu tunggal. Terlalu banyak cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul, seperti bekerja lebih masa, membesarkan anak-anak, dan juga menguruskan hal ehwal rumahtangga, termasuk kewangan.

Terdapat ramai ibu-ibu tunggal yang nak hidup berdikari dan berminat untuk bekerja semula atau bekerja sendiri tapi tak tahu macam mana nak mula.

Sebuah bakeri di PJ sedang membantu menyelesaikan masalah ni.

SuperMum Bakery menawarkan latihan praktikal bagi memperkasakan para ibu tunggal. SuperMum Bakery ialah sebuah perniagaan sosial yang ditubuhkan oleh Kelab Rotari Petaling Jaya (RCPJ) yang menawarkan latihan praktikal buat ibu-ibu tunggal.

Di sini, mereka boleh belajar membuat kek, roti dan biskut serta asas-asas perniagaan bagi memulakan perniagaan sendiri ataupun mendapatkan pekerjaan sebagai seorang chef pastri. 

Kredit: m/SIX

Turut serta dalam misi yang mulia ini ialah m/SIX, sebuah agensi komunikasi media (bahagian Pemasaran WPP) di mana mereka menyumbangkan kepakaran mereka dalam pemasaran dan kreativiti pada musim Ramadan-Raya lalu.

Kredit: m/SIX

Dengan bahan-bahan memasak yang disumbangkan oleh Bagus Marketing Sdn. Bhd., beberapa pekerja m/SIX telah memainkan peranan mereka dalam pesanan kuih-muih Raya menggunakan kreativiti dan kepakaran mereka dalam memasarkan produk.

Kredit: m/SIX

Orang ramai juga boleh membuat sumbangan kepada SuperMum Bakery. Kalau berminat nak beli biskut-biskut yang enak oleh mereka ataupun ingin mengambil ibu-ibu tunggal di sini untuk bekerja di syarikat anda, ikuti mereka di Facebookatau hubungi 012-303 8126. 

Continue Reading

Lokal

9 Makanan Wajib Di Pagi Raya

Published

on

By

Bulan Ramadan bakal berakhir dan kehadiran syawal akan disambut penuh meriah. Paling best bila tengok semua jenis juadah ni dihidangkan ketika pagi raya.

KETUPAT

LEMANG

KUIH LODEH

KARI AYAM

KUAH KACANG

SAMBAL TUMIS

AYAM MASAK MERAH

ROTI JALA

RENDANG

Apa pula menu untuk hari korang? Jom lah share!

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Lokal

Kuih Raya Evergreen Yang Sentiasa Di Hati

Published

on

By

Bermacam macam kuih raya hipster sekarang tapi tetap tak boleh lawan dengan kuih raya tradisional. Kuih raya yang wajib ada setiap tahun. Jom tengok!

TART NENAS

MAZOLA

CORNFALKES MADU

SEMPERIT

BATANG BURUK

KUIH ROSE

KUIH KAPIT

SUJI

REMPENYEK

ALMOND LONDON

Biskut biskut ini memang legend dan sangat sinonim dengan sambutan Aidilfitri. Whats your favourite? Lets share!

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Lokal

Ini Ramalan Waze Tentang Trafik Sepanjang Musim Perayaan

Published

on

By

Jalan serta lebuhraya akan bakal sibuk menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti dengan ramai warga kota yang ingin balik ke kampung halaman menyambut bersama keluarga ataupun juga mereka yang ingin bercuti di serata Malaysia.

Berikut adalah beberapa ramalan dari Waze yang boleh dijangka.

Ramalan 1: Lebih banyak kereta di atas jalan raya

Waze menjangkakan kenaikan sebanyak 18% pengguna jalan raya berbanding hari biasa.

Ramalan 2: Banyak masa akan dihabiskan di atas jalan raya

Kenaikan dari 72 minit ke 83 minit (15%) masa yang akan dihabiskan menggunakan jalan raya. Jarak penggunaan juga dijangka naik 2 kali berbanding 56km secara purata pada hari biasa.

Ramalan ke 3: Lebih ramai akan mencari tempat makan serta pusat beli belah

Sebanyak 7.2 juta navigasi pencarian berkaitan makanan dan 9.7 juta mencari pusat beli belah menggunakan aplikasi waze setiap bulan. Angka ini dijangka naik semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.

Beberapa tips dari Waze:

Pasangkan Waze ketika memandu untuk menadapatkan real time data untuk memberi anggaran masa untuk sampai ke destinasi.

Tekan ROUTE di dalam app Waze untuk memilih jalan pilihan anda sendiri, yang takde tol pun boleh!

Oleh: Capo Rod

Continue Reading

Lokal

Korang Nak Menang Sebahagian Duit Raya Bernilai RM 50,000? Caranya Pun Mudah Je

Published

on

By

Haa dah tak lama nak sambut raya ni. Berapa perbelanjaan yang korang telah hanguskan untuk buat persediaan raya? Mesti banyak kan? Paling kurang pun RM 200, ye tak?

Foto: Shutterstock

Jangan sedih atau berdukacita dengan perbelanjaan tu. Kami nak bagi sejumlah wang untuk korang. Tapi dengan syarat korang kena lah join kempen PEPSI BERAYA SAKAN BERSAMA SYOK, ERA & SINAR.

via GIPHY

Macam mana nak join contest ni? Mudah je. Cara nak join contest ni ada dua:

1. Dengar stesen ERA dan SINAR

via GIPHY

Sepanjang dalam perjalanan balik kampung tu, dengar radio stesen ERA dan Sinar. Kemudian tunggu isyarat pemanggil dan jadi pemanggil yang terpantas. Lepas tu, jawab soalan Balik Kampung Trivia. Contest ni start dari 31 Mei sampailah 4 Jun. Kalau korang boleh jawab soalan tu dengan betul, korang akan memenangi sejumlah wang. Tapi, kalau tak boleh jawab jumlah wang akan digandakan untuk sesi seterusnya.

2. Trivia PEPSI Beraya Sakan di website SYOK

Cara yang lain, korang boleh sertai peraduan di website. Lepas tu korang kena jawab seberapa banyak soalan dengan betul dalam masa 15 minit. Jika rezeki memihak kepada korang boleh lah korang memenangi wang berjumlah RM 10,000. Wow!

Siapa nak kasi duit free kan? Jadi, jangan ketinggalan! Kalau terlupa set alarm siap-siap. Mana tahu korang boleh menang sebahagian daripada RM 50,000 ni so boleh lah cover perbelanjaan yang dah burn waktu raya hari tu kan?

Untuk info lanjut mengenai PEPSI BERAYA SAKAN BERSAMA SYOK, ERA & SINAR klik sini.


Continue Reading

Lokal

3 Juta Kenderaan Masuk Highway Balik Kampung Nanti

Published

on

By

3 juta? serious lah!!!

Foto: Freepik

Untuk pengetahuan korang PLUS Malaysia Berhad menjangkakan dua juta kenderaan akan memenuhi Lebuhraya Utara Selatan menjelang Aidilfitri, manakala di Lebuhraya Pantai Timur dijangkakan sebanyak satu juta kenderaan. 

Sebab itu lah PLUS dan LPT  mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk 30 Mei hingga 10 Jun 2019. Jadual ini direka untuk mengagihkan trafik di lebuhraya dalam masa sama dapat mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan. 

So korang amat digalakkan mengikuti jadual ini supaya dapat merancang perjalanan dengan lebih baik ketika pulang ke kampung ataupun memandu semula ke Kota. Oh ya, satu lagi jangan lupa pastikan korang sudah top-up kad Touch ‘n Go dan e-Wallet RFID sebelum memulakan perjalanan. Kereta tu pun jangan lupa pergi servis dulu ya! 

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin.

Continue Reading

Lokal

Ini Mungkin Tudung Paling Mahal Di dunia

Published

on

By

Berapa harganya? RM30, RM100, RM800? Kalau KJ…hm KJ mengakulah pernah beli tudung agak mahal, tapi taklah sampai beribu harganya.

Tapi sebuah syarikat tudung eksklusif ni menghasilkan sehelai tudung bawal berharga RM50,000? 

Tu dia! Dah macam harga sebuah kereta! Nak bayar duit pendahuluan rumah pun dah boleh sangat.

Menurut Bawal Exclusive, tudung berona hitam tu ditaburi batu kristal Swarovski, dihasilkan sepenuhnya di Austria dan ambil masa 3 bulan untuk siap.

Ia dipercayai tudung paling mahal pernah dihasilkan di dunia sekaligus memadamkan rekod jualan tudung mereka sebelum ini berharga RM33,000 tahun lalu.

Punyalah mahal kan, tapi tudungnya pun dan selamat ‘dipinang’ seorang ahli perniagaan wanita berasal dari Kuantan, Pahang.

Melaramkan sakanlah nanti dengan tudung raya ya. 

Itulah cerita tudung. Yang mampu apa salahnya menunaikan hajat hati. 

Ha yang tak berapa mampu pulak macam KJ ni silalah sedar diri. Kitar semula tudung raya 2 tahun lepas pun OK.

Bukan apa, sebab warna temanya sama dengan tahun ni jadi benda boleh jimat buat apa membazir kan….hehehe 

Oleh: KJ
Sumber dan foto: KOSMO

Continue Reading

Lokal

Selamat Tinggal Tam!

Published

on

By

Malaysia kehilangan spesies terakhir badak sumbu Sumatra jantan, Tam yang mati di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.

Foto: Tam

Kematian Tam berkemungkinan sebab umurnya yang lanjut dan kegagalan organ.

Tam yang kini dianggarkan berumur lebih 35 tahun hilang selera makan dan kurang bertindak balas sejak April lalu 🙁

Foto: Tam tenat

Sekarang ni hanya tinggal satu-satunya badak sumbu Sumatera betina yang masih hidup iaitu Iman.

Foto: Iman

Tapi malangnya keadaan kesihatan Iman pun kurang baik kerana menghidap ketumbuhan dalam rahim.

Kalau korang ingat dua tahun lepas, badak sumbu betina, Puntung pun menghidap penyakit yang sama dan kemudiannya dimatikan 🙁

Foto: Puntung

Sebenarnya sejak tahun 2011, pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan badak sumbu Sumatera daripada kepupusan.

Foto: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri,
Datuk Christina Liew

“Antaranya melalui teknologi pembiakan terkini termasuk secara ‘in vitro’ dan kerjasama dengan Indonesia. Bagaimanapun, hingga kini tiada yang berjaya”

Sedih kan bila dengar berita tentang kepupusan haiwan dan itu tandanya bumi kita sudah tua.

So, jom kita usaha apa yang terdaya untuk selamatkan haiwan yang dalam ancaman kepupusan macam Harimau Malaya, Orang Utan dan Tenuk Malaysia.

Foto: Harimau
Foto: Orang Utan
Foto: Tenuk Malaysia

Harap-harap spesis haiwan tu masih wujud dan sempat untuk kita tunjukkan pada generasi akan datang.

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Isteri Minta Jabatan Imigresen Serbu Tempat Suami Memadu Kasih. Dah Kenapa?

Published

on

By

Kaum wanita ni panjang akal lebih-lebih lagi kalau terdesak.

Kalau tak percaya, cubalah uji mereka, nanti akan terkejut bertapa kreatifnya wanita menyelesaikan masalah.

OK lah Jom kita ke topik sebenarnya. 

Jabatan Imigresen KL baru-baru ni mendedahkan, secara purata mereka terima 100 aduan atau permohonan para isteri setiap bulan minta mereka gempur premis hiburan!

Aik! Macam pelik je kan? Dah kenapa nak minta serbu premis hiburan pulak?

Rupa-rupanya jabatan itu memaklumkan Harian Metro, isteri-isteri ni khasnya suri rumah dah tidak tahan dengan perangai suami yang suka berkunjung ke premis hiburan.

Mereka anggap suami mereka dah terjerat dengan godaan GRO warga asing sehingga terjebak dalam hubungan terlarang seterusnya abaikan keluarga.

Tapi menurut Jabatan Imigresen KL, banyak serbuan dilakukan dan tak kurang dikenakan tindakan tapi tetaplah ramai warga asing terlibat kegiatan tak bermoral itu.

Jawapannya tak lain tak bukan mestilah sebab permintaan tinggi.

Jadi memang ada asasnya kebimbangan para isteri dalam kes ini. 

Haish…nak ulas lebih-lebih bulan puasa ini. Cuma nak doakan para suami yang terlibat kegiatan ni supaya Allah bukakan hati untuk insaf dan kembali kepada keluarga.

Salam 23 Ramadan semua. 

Oleh: KJ

Sumber: Harian Metro

Continue Reading

Lokal

Seorang Ibu Nyaris Maut Dibelit Ular Sawa Sepanjang 6 Meter!

Published

on

By

Dugaan Ramadan…

Itu yang terjadi kepada seorang ibu di Baling, Kedah yang nyaris maut akibat dibelit ular sawa batik sepanjang 6 meter!

Foto: mangsa dibelit ular 

Masa kejadian tu berlaku, anak-anak mangsa yang berada di dangau depan bergegas ke dapur apabila dengar ibu mereka menjerit dengan kuat.

Foto: anak mangsa

Mereka cuba tarik ekor ular tu untuk lepaskan ibu mereka, tapi gagal.

Foto: jiran bantu 

Akhirnya, mangsa terlepas daripada belitan itu selepas jiran-jiran datang membantu dengan menetak haiwan itu menggunakan parang.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa berada di dapur dan tiba-tiba dia diserang dan dibelit oleh ular seberat 30 kilogram itu sehingga paras pinggang.

Foto: ular sawa 

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Kata Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Baling, kawasan rumah mangsa yang berdekatan dengan paya antara faktor ular sawa itu masuk ke dalam rumah.

Tak kiralah di mana pun korang berada, hati-hati dan jaga diri tau!

Diharapkan mangsa cepat sembuh dan dapat sambut Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi dengan sihat 🙂

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Trending