Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Baru Berumur 11 Tahun Tapi Melukis Nampak Real

Published

on

Setiap orang ada talent yang tersendiri. Ada yang pandai berlakon, main alat muzik, menulis dan macam-macam lagi. Dan talent yang hanya oran tertentu je ada semestinya melukis. Tak semua orang boleh melukis.

Seorang budak warga Nigeria, Kareem Waris Olamilekan juga dikenali sebagai Waspa menarik perhatian orang ramai. Lukisannya yang nampak real membuatkan semua orang kagum dengan caranya.

 

Sumber: BBC News

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi

Pemandu Teksi Motosikal Tawar Perkhidmatan Percuma Jika Penumpang Boleh Hafal Al-Quran

Published

on

By

Kita mungkin pernah baca kisah orang cantik boleh makan percuma atau orang yang berat melebihi 100kg boleh makan percuma kan dan hafal 2 juzuk Al-Quran boleh makan percuma kan.

BACA: Siapa Baca 2 Juzuk Al-Quran Boleh Makan Percuma Kat Kedai Ni

Baru-baru ni di Indonesia, seorang driver teksi motosikal online menerima pujian ramai selepas dramaojol.id memuat naik satu post di Instagram memberitahu lelaki in menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma jika penumpang menghafal ayat Al-Quran.

Tetapi ternyata tawaran yang menarik itu tidak mudah untuk diperolehi. Terdapat beberapa syarat-syarat lain yang diberikan oleh pemandu itu kepada mereka yang berjaya menghafal Al-Quran.

Sebelum ini, perkhidmatan percuma seperti ini pernah diberikan beberapa pemandu lain untuk anak-anak yatim dan ketika musim perayaan. Terbaikkan? Ini membuktikan masih banyak orang baik di luar sana.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Bapa Rakam Video Anak Setiap Minggu Selama 18 Tahun, Lihat Hasilnya

Published

on

By

Farns Hofmeester dari Belanda mula merakam video anaknya sejak hari pertama mereka dilahirkan. Setiap Sabtu dia akan merakam video Lotte dan Vince kurang dari seminit.

Difahamkan, rakaman video Lotte ini bermula sejak tahun 1999 lagi.

Melalui klip yang berdurasi kurang dari 6 minit ini, anda dapat melihat perubahan Lotte dari kecil sehingga meningkat dewasa mengikut laluan masa seperti yang dipaparkan dalam video di bawah.

Continue Reading

Inspirasi

Impian Menjadi Suami Isteri Musnah, Dua Hati Tidak Dapat Disatukan Akibat Kecuaian Orang Lain

Published

on

By

Sebahagian kemalangan dapat dielak jika semua pemandu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di atas jalan raya.

Beberapa siri ilustrasi dihasilkan untuk berkongsi kisah sedih seorang gadis yang mana impiannya untuk menikmati kehidupan sebagai suami isteri musnah selepas cinta hatinya menemui ajal terlebih dahulu angkara kecuaian orang lain.

Tengok ni.

Hari ini sepatutnya menjadi hari bersejarah dalam hidup saya. Hari ini sepatutnya saya berkahwin dengan sahabat saya.

Saya sepatutnya bangun, menyarung gaun pengantin dan berjalan menuju ke arah lelaki idaman saya.

Hari ini, di hadapan keluarga dan rakan-rakan kami, Randy dan saya akan melafazkan ikrar perkahwinan untuk memelihara hubungan suci kami.

Hari ini sepatutnya menjadi hari yang saya impikan sejak kecil. Hari ini saya sepatutnya menjadi seorang isteri. Hari ini saya sepatutnya menjadi Puan Zimmerman.

… tetapi hari ini saya bangun bersendirian seperti yang saya lakukan setiap hari. Hari ini saya bangun dengan perasaan hancur luluh.

Hari ini, ayah tidak akan mengiringi saya berjalan menuju ke pangkuan Randy.

Hari ini saya tidak dapat melihat riak wajah Randy melihat saya menyarungkan gaun pengantin, pakaian yang saya sembunyikan dari dia kerana dia tidak sabar untuk melihatnya.

Hari ini saya tidak akan berjumpa semua rakan dan keluarga kami. Hari ini saya tidak akan berkahwin dengan cinta hati saya. Hari ini saya tidak akan mempunyai suami …

Saya merayu kepada setiap orang yang membaca post ini, agar menghormati dan bertolak ansur terhadap penunggang motosikal. Berhenti di tempat yang sepatutnya anda berhenti dan ikut peraturan jalan raya. Mungkin jika orang itu berhenti, saya dah pun berkahwin dengan Randy hari ini.

Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang mendatangkan kesedihan yang mendalam. Apatah lagi jika pemergian itu berlaku sekelip mata. Siapa yang tak sedih kalau orang tersayang pergi meninggalkan kita kan.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

10 Tahun Ambil Gambar Gelendangan, Tak Sangka Salah Seorang Daripadanya Merupakan Ayah Kandungnya

Published

on

By

Pada tahun 2003, seorang Hawaiian jurugambar Diana Kim telah melakukan satu projek di mana beliau mengambil gambar gelandangan di kawasan Hawaii. 10 tahun melakukan pekerjaan itu, beliau mendapat tahu salah seorang gelandangan tersebut adalah ayah kandungnya.

Diana Kim dibesarkan dalam sebuah pulau di Maui, Hawaii. Ayah kandungnya adalah orang pertama yang mengajarnya menggunakan kamera. Tapi, selepas ibu bapanya bercerai, beliau telah terputus hubungan dengan ayahnya tanpa mengetahui bagaimana keadaan dan di mana bapanya berada.

Sudah ditakdirkan, pada suatu hari, beliau dapat tahu yang salah seorang gelandangan di Honolulu adalah ayahnya. Mereka mula berbual dan berjumpa di jalanan.

“Ada malam yang saya tak tahu di mana dia berada. Kadang-kadang saya jumpa di tempat yang tak disangka.” “Dia menghidap penyakit schizophrenia tanpa sebarang rawatan. Dia selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.”

Kim cuba sedaya upaya untuk berikan bantuan. Namun setelah ayahnya diserang serangan jantung pada tahun 2014 nasihatnya diikut. Hari ini ayahnya telah banyak berubah. Anda mungkin tidak menyangka melihat gambar-gambar yang Kim kongsikan di blog miliknya.

Segala perjalanan hidup bagaimana Kim berjumpa ayahnya, rawatan hinggalah bagaimana keadaan ayahnya sekarang boleh di baca di blog Kim, homelessparadise.com.

Sumber: Homelessparadise.com

Continue Reading

Inspirasi

[Foto] Ini Bukti Bukan Mudah Jadi Seorang Photographer

Published

on

By

Setiap pekerjaan ada cabarannya. Tak kisahlah jika anda seorang seorang doktor, askar, polis mahupun jurugambar.

Sebut je pasal jurugambar pasti ramai yang beranggapan kerja mereka tersangatlah mudah. Snap, snap kerja siap.

Tahu tak, untuk memenuhi permintaan bos atau pelanggan, jurugambar terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko besar dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.

Tengok ni.

Jadi jangan ingat tugas sebagai seorang jurugambar tu mudah. Untuk mendapatkan angel yang terbaik mereka terpaksa “redah” apa yang perlu semata-mata untuk sekeping gambar.

Continue Reading

Inspirasi

Hobi Pelik Budak 12 Tahun, Hasilkan Koleksi Patung Aneh Yang Menyeramkan

Published

on

By

Kebanyakan orang masih tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan apabila usia mencecah 20 tahun, namun tidak bagi Callum Donovan. Kanak-kanak ini hanya berusia 12 tahun, namun dia telah menghasilkan koleksi patungnya sendiri.

Dari seawal usia 2 tahun, Callum mula menghasilkan patung dari jenis fabrik. Semakin masa berlalu, kemahiran Callum semakin berkembang dan dia mula bereksperimen dengan membuat tanah liat sendiri yang dihasilkan dari tisu tandas, dry wool compound, minyak mineral dan juga gam. Kini dia menghasilkan patung berwajah aneh yang cukup realistik.

BACA: 8 Gambar Aneh Hasil Lukisan Si Kecil

Adik Callum ni memang kreatif, tapi patung-patung yang dihasilkan sememangnya nampak pelik dan menyeramkan. Koleksi patung ini boleh buat kami tak tidur malam.

Tengok ni.

 

Sumber: Bored Panda

Continue Reading

Inspirasi

Berat Gadis Ini Pernah Cecah 171 Kg, Kini Berat Badannya Turun Separuh Daripada Berat Asal

Published

on

By

Sukar mengawal pemakanan, berat Alysha McNair, 21, pernah mencecah sehinggga 171 kilogram. Begitu berselera sampai pernah pergi ke lima restoran untuk makan sehingga kenyang.

Kesannya, dia hanya muat baju bersaiz XXXXL dan sering menjadi mangsa buli.

Insiden tercekik air ketika berusia 17 tahun, membuatkan dia nekad untuk berubah.

Sejak itu, dia berhenti makan makanan segera dan mula berkunjung ke gim. Malah, dia mula merakam perubahan dirinya dan dikongsikan ke Instagram untuk dijadikan inspirasi buat yang lain. Kini berat badanya turun separuh daripada berat asal dan kini saiz bajunya adalah 14.

Kalau dia berjaya turunkan berat badan sebanyak itu, kenapa tidak anda? Diharapkan perkongsian ini dapat membakar semangat anda untuk mengawal berat agar sentiasa sihat dan nampak cantik.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Ini Bukan Gambar Tapi Sebenarnya Lukisan

Published

on

By

Hebat betul hasil karya 7 pelukis yang berbakat ini. Jika dilihat dari jauh lukisan-lukisan ini nampak seperti gambar yang dirakam dengan menggunakan kamera.

Sekali pandang memang tak percaya ni lukisan.

Lukisannya terlalu detail dan nampak realistik.

BACA: Terjatuh Ke Dalam ‘Lukisan’ Sedalam 8 Kaki Gara-Gara Menyangka Ia Adalah Lukisan 3 Dimensi

Tak percaya? Tengok ni.

1.Aurora, karya David Kassan

2. Mosh Pit, karya Dan Witz

3. Pause, karya Alyssa Monks

4. Fuiro o Dentro, karya Roberto Bernardi

5. The X-Statix, karya Jason de Graaf

6. Everybody Gets Tempted Sometime, karya Tom Martin

7. NVA 24, karya Paul Cadden

Melukis ni satu bakat yang berharga. Siapa pandai lukis ni memang untung.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Baru Berumur 6 Tahun Dah Pandai Dandan Rambut Pelanggan Bak Pro

Published

on

By

Budak ni baru berusia 6 tahun tapi lihatlah apa yang dia mampu lakukan. 

Kecil-kecil lagi dah memilik kemahiran menggunting rambut pelanggan, dah macam tukang gunting rambut profesional dah.

Dia bukan sahaja diberi kepercayaan mengunting rambut pelanggan di salun ibu-bapanya, malah dia juga pandai mendandan rambut pelanggan.

Tengok ni.

Continue Reading

Inspirasi

Gigih Pakai Kostum Jual Kuih Bahulu. Salah Satu Cara Kreatif Menarik Pelanggan

Published

on

By

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Aman 30, gigih memakai pelbagai jenis kostum untuk menarik minat orang ramai membeli kuih bahulunya.

Katanya, idea itu timbul sejak beberapa tahun lalu dan ia membuahkan hasil untuk menambahkan lagi jualan kuih tradisi melayu itu.

Antara kostum yang digayakan Aman adalah seperti Baju Melayu Tradisional, Baju Tradisional Cina dan Kimono.

“Walaupun memakai kostum itu agak panas, namun saya seronok dapat mengayakannya untuk menarik perhatian ramai termasuk pelanggan.

“Alhamdulilah, sambutan amat luar biasa dan tidak menang tangan untuk menerima pelbagai tempahan.

“Dalam sehari, tempahan saya boleh mencecah ribuan biji bahulu yang diisi dalam bekas plastik. Katanya kepada Syok.

Tambah Aman, ada juga pengunjung sanggup datang dari jauh untuk melihat kostumnya yang dipakai ketika membakar kuih bahulu itu.

Oleh itu, orang ramai yang berminat untuk melihat Aman, memakai kostum sambil membakar kuih bahulu, boleh terus membelinya di Jalan Medan Koop Pontian, Johor.

Oleh: Syahdeen

Continue Reading

Trending