Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Baru Berusia 14 Tahun, Dah Ada Master Dalam Bidang Kejuruteraan Biomedik

Published

on

Dilahirkan di Scaramento, Amerika Syarikat, nama Tanishq Abraham mungkin tidak berapa dikenali dinegara ini, tetapi remaja muda ini pernah mencipta rekod pada tahun 2015 sebagai graduan termuda dalam Matematik & Sains Fizikal, Sains Am dan juga Bahasa Asing dari American River College dengan CGPA 4.0. Ketilka itu beliau hanya berusia 11 tahun!

Tanishq kini kembali mencipta rekod apabila baru sahaja tamat dalam ijazah kejuruteraan biomedik di University of California ketika berusia 14 tahun.

Dipetik daripada Fox40  remaja ini memberitahu bahawa beliau amat gembira selepas tamat pengajian dalam bidang berkenaan dan akan menyambung pelajarannya dalam peringkat Ph.D.

Terdahulu, ketika beliau berusia 5 tahun, beliau telah mengikuti beberapa program matematik anjuran Stanford University Education Program for Gifter Youth dan telah mengambil kelas biologi, kimia, geologi dan palentologi secara online ketika berusia 6 tahun.

Ketika berusia 7 tahun pula, Tanishq telah tamat kursus astronomi dan geologi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending