Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Baru Berumur 6 Tahun Dah Pandai Dandan Rambut Pelanggan Bak Pro

Published

on

Budak ni baru berusia 6 tahun tapi lihatlah apa yang dia mampu lakukan. 

Kecil-kecil lagi dah memilik kemahiran menggunting rambut pelanggan, dah macam tukang gunting rambut profesional dah.

Dia bukan sahaja diberi kepercayaan mengunting rambut pelanggan di salun ibu-bapanya, malah dia juga pandai mendandan rambut pelanggan.

Tengok ni.

Inspirasi

Tun Mahathir Tersenarai Dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia

Published

on

By

Foto: The Star

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tersenarai dalam “100 Most Influential People” sebagai salah seorang individu yang paling berpengaruh bagi tahun 2019 yang dikeluarkan oleh majalah TIME.

Foto: Malay Mail

Selain Tun Mahathir, beberapa individu lain yang turut tersenarai sebagai paling berpengaruh dalam bidang politik adalah Presiden Donald Trump, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, ahli kongres wanita Amerika Syarikat yang paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez serta beberapa ahli politik yang lain.

Empat kategori lain iaitu perintis, artis, ikon dan titans (aktivis) turut tersenarai dalam “100 Most Influential People”.

Antaranya, Emilia Clarke, Taylor Swift, Lady Gaga, Ariana Grande, BTS , Tiger Woods, Mohamed Salah dan Naomi Osaka.

Tengok ni.

Continue Reading

Inspirasi

Budak 6 Tahun Cuba Selamatkan Anak Ayam Yang Sudah Mati, Curi Hati Netizen

Published

on

By

Ada peribahasa mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud, hendak mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil.

Foto kanak-kanak berusia enam tahun viral selepas gambarnya membawa seekor anak ayam ke hospital kerana tak sengaja terlanggar haiwan itu dengan basikalnya.

Foto Derek C Lalchhanhima memegang anak ayam yang sudah mati bersama wang 10 rupee (60 sen) sambil merayu kakitangan hospital menyelamatkan haiwan berjaya mencuri hati netizen.

Rata-rata kagum dengan keprihatinan dan kejujuran yang dipamerkan oleh anak kecil itu.

Difahamkan, sebelum ke hospital Derek sempat merayu kepada ibu-bapanya untuk membawa anak ayam yang telah mati itu ke hospital.

Tindakan Derek ke hospital bersendirian, mencuri perhatian jururawat sebelum bertindak merakam dan memuat naik gambarnya ke media sosial.

Derek C Lalchhanhima turut diberi anugerah istimewa di sekolahnya atas sifat belas kasihan yang ditunjukkan.

Continue Reading

Inspirasi

Gigih Jelajah Satu Jepun, Melamar Kekasih Guna Google Maps

Published

on

By

Lelaki ini sanggup menjelajah hampir satu Jepun untuk melamar kekasihnya dengan cara yang paling epik sekali.

Sejak 10 tahun lepas, Yasushi “Yassan” Takahashi mula membuat GPS art dengan Google Earth dan Street View.

Tapi kali ini art yang dihasilkan lebih besar daripada biasa.

Tak sia-sia dia mengembara selama enam bulan pusing satu Jepun. Selain daripada dapat memenangi hati bakal isteri, dia juga berjaya mendapatkan gelaran rekod dunia dengan gambar GPS terbesar dalam sejarah.

Sepanjang perjalanan, Yassan membuat art atau tulisan “Marry Me” yang sangat besar yang terpampang di seluruh peta Google Earth di Jepun.

Untuk menyelesaikan misi lamaran ini, dia sampai sanggup berhenti kerja dan merencanakan perjalanan dari pulau Hokkaido ke pantai Kagoshima.

Tengok ni.

Yassan berjaya menamatkan misinya selepas menempuh jarak lebih dari 7,000 kilometer. Tahniah!

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Rakaman Aksi Berani Wanita Cuba Menyelamatkan Sekumpulan Kanak-Kanak Dipuji Ramai

Published

on

By

Rakaman video tindakan berani seorang ibu muda dari China cuba menyelamatkan tiga orang kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan beroda tiga dari melurut jatuh ke pinggir jalan mencuri perhatian netizen.

Ketika itu, kenderaan tersebut membawa beberapa orang pelajar di dalamnya.

Tengok ni.

Nampak tak, dia terus berlari ke arah belakang kenderaan tersebut dan cuba untuk menahannya daripada terjatuh. Malangnya, dia tidak cukup kuat.

Wanita tersebut dilaporkan mengalami patah tulang yang serius.

Rata-rata mengkagumi keberaniannya cuba membantu kesemua mangsa.

Continue Reading

Inspirasi

Artis Ubah Foto National Geographic Ke Ilustrasi, Dan Hasilnya Menakjubkan

Published

on

By

Foto-foto National Geographic sentiasa membuat kita rasa kagum. Gambar yang diambil oleh mereka memberikan kita peluang untuk melihat dunia dari sudut baru dan ia turut memberikan inspirasi kepada artis lain.

JN Crazy merupakan seorang artis dan juga illustrator yang berpangkalan di Shanghai telah melukis semula foto-foto National Geographic kegemarannya dan hasilnya memang awesome!

Tengok ni.

Sumber: Bored Panda

Continue Reading

Inspirasi

Bangga! Ada Orang Malaysia Terlibat Dalam Pengambilan Gambar Lohong Hitam Pertama Yang Dipaparkan Kepada Umum

Published

on

By

Pasti anda semua sudah tahu penemuan tentang penemuan lohong hitam yang ditunjukkan oleh ahli astronomi yang diambil dari galaksi.

Mempunyai ukuran 40 billion kilometer, iaitu saiz tiga kali ganda lebih besar daripada bumi, malah dianggap sebagai ‘raksaksa’ oleh para saintis.

Imej tersebut juga dirakamkan oleh 8 rangkaian teleskop yang terletak diseluruh bumi dengan jarak 500 juta trillion kilometer daripada sini.

Berita tergempar itu disiarkan pada sidang akhbar semalam namun satu benda perkara yang ramai tidak tahu adalah pasukan Malaysia memainkan peranan penting dalam penemuan itu.

Dr. Kevin Koay ynag berasal dari Penang merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam mengambil gambar pertama lubang hitam tersebut.

“Saya adalah sebahagian daripada pasukan pemerhati di James Clerk Maxwell Telescope (JCMT) di Mauna Kea, Hawaii.”Katanya kepada Astro Ulagam.

Ayah kepada 3 orang anak ini mengatakan dia menyumbang dalam pemprosesan data dari semua teleskop, mengesahkan kualiti mereka dan kemudian menjadikannya gambar pertama.

Dr. Kevin mengatakan peluang ini merupakan peluang yang sangat istimewa kerana menjadi salah satu orang pertama yang menyaksikan imej lubang hitam.

BACA: Ini Imej Black Hole Yang Pertama Dipaparkan Kepada Umum

Beliau juga menambah, ini bukan satu – satunya hubungan Malaysia dengan penemuan sejarah. 

Salah satu pengarang akhbar yang diterbitkan semalam, seorang saintis Sepanyol, baru sahaja mula bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

“Jadi, anda boleh melihat Universiti Malaya sebagai salah satu penyertaan pada kertas 2 EHT yang pertama!” Koay berkata.

Koay sendiri adalah seorang graduan tempatan bangga yang mendapat Sarjana Muda Kejuruteraan dan Sarjana Sains Kejuruteraan dari Universiti Multimedia sebelum menamatkan PhDnya di Curtin University di Australia.

Ketika ditanya mengenai penyertaannya dalam pasukan EHT untuk Malaysia dan bercita-cita saintis Malaysia, ini adalah jawapannya:

“Apa yang saya maksudkan ialah: ‘Malaysia Boleh!’ Saya adalah salah seorang daripada ahli astronomi dan saintis Malaysia, sama ada berdasarkan di dalam atau di luar negara, memainkan peranan mereka dalam memajukan sempadan sains, menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik, dan menemui lebih lanjut mengenai alam semesta yang menakjubkan ini.

“15 tahun yang lalu, setelah menamatkan pengajian sebagai seorang jurutera dan diilhamkan oleh ‘Sejarah Singkat Masa’ Stephen Hawking, saya tidak akan pernah membayangkan bahawa saya akan melakukan ini hari ini. tahu apa yang akan berlaku jika anda tidak pernah cuba!

Continue Reading

Inspirasi

Rumah Tak Ada Lampu, Video Budak 12 Tahun Belajar Tepi Jalan Viral

Published

on

By

Menerusi satu rakaman CCTV menunjukkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari bandar Moche di Peru, membuat kerja sekolah di bawah lampu jalan.

Tindakannya duduk bersendirian di tepi jalan pada waktu malam mencurigakan pegawai di jabatan polis Moche.

Selepas meneliti rakaman CCTV itu, dia mendapati kanak-kanak itu sebenarnya sedang membaca dan menulis sesuatu pada buku notanya

Tersentuh dengan sikap Victor Martin Angulo Cordoba, polis berkenaan memuat naik video itu di Facebook sebelum ianya viral.

Post tersebut mendapat perhatian ramai, termasuklah media.

Malah, datuk bandar Moche juga melawat kanak-kanak itu di rumahnya. Dia memuji kesungguhan kanak-kanak itu dan berjanji akan menanggung sendiri kos kemudahan elektrik agar dia tidak lagi keluar rumah setiap malam.

Setiap malam mereka sekeluarga hanya bergantung kepada sebatang lilin di rumah dan ini menyukarkan menyiapkan kerja sekolahnya pada waktu malam.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Wow! Baru 2 Tahun Dah Boleh Hafal Nama 140 Ibu Negara Di Dunia

Published

on

By

Kebolehan kanak-kanak berusia 2 tahun dari Ghana mengingati nama-nama ibu negara di dunia sememangnya mengagumkan.

Jeremiah Owura Addo mencuri perhatian ramai selepas ayahnya memuat naik video di Facebook menunjukkan bakatnya menghafal nama 140 ibu negara jadi viral.

Tengok ni.

Jeremiah mula mempelajari nama-nama ibu negara sejak berusia setahun empat bulan.

Menerusi video itu, Jeremiah juga dilihat menghafal info-info berkaitan pengetahuan am seperti nama presiden, gunung tertinggi dan negara terbesar di dunia serta banyak lagi.

Bapanya menyedari bakat Jeremiah apabila dia berjaya mengingati semua lagu yang dimainkan, dan dari situ dia mula mengajar anaknya tentang nama-nama ibu negara.

Jeremiah tidak bersekolah, tidak juga menonton TV atau menggunakan lampu di rumah kerana keluarga mereka terlalu miskin. Dia hanya menggunakan aplikasi mudah alih untuk belajar benda baru.

Ibu bapa Jeremiah mula mengajarnya tentang sains dan matematik dan mereka berharap apabila dia dewasa nanti dia akan menjadi ahli sains yang terkenal di seluruh dunia.

Continue Reading

Inspirasi

Wanita Sado Muka Comel Dari Korea Curi Perhatian

Published

on

By

Kebiasaanya wanita Korea nampak manis dengan penampilan mereka ayu. Namun lain pula ceritanya tentang seorang wanita dari Korea Selatan ini.

Yeon-woo, 34, ahli bina badan wanita yang memiliki wajah comel dan feminin digelar ‘Barbie Berotot’ mencuri perhatian.

Dari seorang wanita berbadan kurus dan lemah dia kini menjadi seorang wanita yang kuat dari segi fizikal dan mental.

Katanya, dia tak pernah membayangkan dirinya akan bersaing pada pertandingan bina badan. Namun, dia berjaya memenangi pertandingan bina badan yang pertama disertainya.

Kejayaan itu dijadikan sebagai batu loncatan atau inspirasi untuk dia bekerja lebih keras.

Akhirnya, dia memenangi pertandingan Arnold Classic Europe kategori amatur pada 2013 dan profesional pada 2015.

Mula menjadi selebriti media sosial beberapa tahun lepas, selepas menceburi bidang bina badan selama hampir sedekad.

Kini, Yeon-woon memiliki seramai 136,000 followers di Instagram.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Sanggup Berikan Sebahagian Besar Gajinya Bantu Pelajar Miskin, Cikgu Ini Digelar Guru Terbaik Dunia

Published

on

By

Tugas seorang pendidik bukannya mudah. Selain daripada memastikan sukatan pelajar berjaya ditamatkan, tanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni juga perlu dipupuk agar mereka menjadi seorang manusia yang berguna.

Iemj dari ABC News

Seorang guru sains dari kawasan pedalaman Nairobi, Kenya yang sanggup memberikan sebahagian besar gajinya membantu pelajar miskin berjaya meraih Hadiah Guru Global. Nampak tak betapa besar pengorbanan seorang pendidik?

Peter Tabichi, 36, dilaporkan menyumbang 80 peratus daripada pendapatan bulanannya turut diberikan hadiah wang tunai sebanyak AS$1 juta (RM4 juta).

Dia terpaksa mengajar dalam keadaan kelas kurang baik dan buku teks terhad. Sampai sanggup berjalan ke cyber café untuk memuat turun sumber untuk pembelajaran kelasnya.

Keikhlasannya dalam mencurahkan ilmu dipuji ramai dan dia sememangnya layak memenangi Hadiah Guru Global itu. Salute!

Sumber:

Continue Reading

Trending