Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Teknologi

Betul atau Edit? Macam Tak Percaya Yang Diorang Boleh Buat Macam Ni

Published

on

Cuba korang ambil bola ping pong dan cuba masukkan ke dalam cawan dalam jarak 1 Meter! Mesti susah kan. Dengan bola ping pong yang ringan mesti boleh tertekan dibuatnya. Tapi, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai Perfect Dude ini berjaya melakukan pelbagai ping pong trick dengan pelbagai trick!

 

Sumber: Perfect Dude

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teknologi

10 Laporan Telah Diterima Melibatkan Scammer Whatsapp. Hati-Hati Gais!

Published

on

By

Banyak taktik yang digunakan oleh scammer untuk mengaut keuntungan. Terbaru adalah menerusi aplikasi WhatsApp. Taktik terbaru ini memerlukan pengguna untuk berkongsi kod pengesahan 6 digit kepada nombor yang tidak dikenali, sebelum akaun WhatsApp mereka lenyap.

Dipetik daripada Straits Times,   dilaporkan sehingga kini lebih daripada 10 laporan telah diterima melibatkan scammer Whatsapp ini dan ada diantara mereka yang telah kehilangan wang dalam akaun bank disebabkan perkara ini.

Polis juga menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan mesej palsu, walaupun ia daripada kenalan sendiri.

Tambah lagi, pengguna WhatsApp juga boleh menggunakan two-step verification pada akaun masing-masing pada bahagian setting.

Sumber: Straits Times

Continue Reading

Teknologi

230 Emoji Baru Akan Diperkenalkan Tahun Ini

Published

on

By

Siap sedia dengan kemunculan emoji baru 2019.

Emoji 12.0 terdiri daripada 59 emotikon baru yang berbeza dengan jumlah keseluruhan 230 emoji mengikut pilihan warna kulit.

Unicode Consortium telah memberikan kelulusan kepada 230 emotikon baru kepada beberapa platform utama.

Tengok ni.

Ni evolusi set emoji dari 2014 hingga 2019.

230 emoji baru.

Imej dari Emojipedia.

Sumber

Continue Reading

Info

Jangan Sesuka Hati Connect Free Wifi, Ini Sebabnya

Published

on

By

Imej dari Martin Varsavsky

7 ancaman keselamatan ni boleh jadi pada kita bila sesuka hati je connect wifi.

1. Worms

Worms adalah virus komputer yang boleh membuat peranti anda perlahan dan mereka tidak memerlukan program pun untuk disebarkan. Virus atau kuman digital boleh merebak ke komputer anda melalui peranti lain yang disambungkan ke rangkaian yang anda gunakan.

2. Evil Twin

Nama pun dah jahat. Jadi evil twin akan bertindak sebagai pusat akses dengan wifi palsu. Kemudian mereka akan gunakan access point yang dikenali sebagai HostAP. Jadi bila pengguna log in ke bank atau email akaun yang bukan (https sebenar), mereka akan copy details anda.

3. Man in the middle

Penggodam akan menggodam mesej antara dua orang yang sedang berhubung antara satu sama lain. Ini lah bila maklumat sulit didedahkan.

4. Packet analyser 

Juga dikenali sebagai sniffers paket, ini adalah program komputer yang lebih kecil yang memantau trafik pada rangkaian awam. Mereka kebanyakannya bukan berniat jahat. Walau bagaimanapun, penggodam boleh mengambil kesempatan dan memintas data melalui mereka.

5. Hotspot

Selalunya kita akan buka hotspot untuk kawan-kawan guna dan sebagainya. Sebenarnya walaupun selamat tapi ini juga boleh terdedah terutama sekali bila password kita mudah diteka atau lemah.

6. Fake network

Penggodam akan menubuhkan rangkaian palsu dengan nama-nama yang membuatkan orang nak klik seperti ‘rangkaian bebas’, ‘tiada kata laluan’, untuk menarik pengguna untuk menyertainya. Apabila pengguna menyambung, penggodam memintas mesej dan hack peranti.

7. Endpoint attack 

Di dalam rangkaian Wi-Fi, ada pengguna dan pembekal. Jadi kedua-duanya adalah titik akhir rangkaian. Walau bagaimanapun, serangan itu boleh datang melalui sambungan itu sendiri, tetapi titik hujung sambungan juga terdedah kepada serangan.

Sumber: indiatimes

Continue Reading

Teknologi

Aplikasi Reply ASAP, Memaksa Anak-Anak Membalas Mesej Parents Dengan Serta Merta

Published

on

By

Aplikasi Reply ASAP ini memaksa anak-anak untuk membalas mesej anda dengan serta-merta.

Apabila mesej masuk, aplikasi Reply ASAP akan mengambil alih skrin dan penggera akan berbunyi sehingga pengguna bertindak balas.

Pengguna boleh menekan butang snooze tetapi aplikasi ini akan terus berbunyi sehingga mesej dibalas.

Dari perspektif keselamatan, jika mesej dihantar, aplikasi tersebut akan memberitahu lokasi dimana penerima mesej berada ketika itu.

Pencipta aplikasi, Nick Herbert melancarkan aplikasi Android 18 bulan lalu dan berkata lebih daripada 100,000 orang telah memuat turunnya.

Nick mengakui bahawa sesetengah orang mungkin mendapati teknologi itu mengganggu, tetapi menurutnya aplikasi ini telah merapatkan hubungannya dengan anaknya.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android.

Apple setakat ini menolak aplikasi Reply ASAP ini kerana lokasi dan ciri bunyinya. Nick Herbert berkata beliau akan terus membuat perubahan kepada versi iPhone sehingga ia diluluskan.

Rujukan:

1. wgme

2. local12

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Sekumpulan Saintis Dikatakan Berjaya Melakukan Bacaan Minda Untuk Meramal Perbuatan

Published

on

By

Imej dari Immunodiagnostic Systems

Membaca minda seseorang mungkin bukan lagi satu perkara mustahil di masa akan datang. Difahamkan, sekumpulan saintis dikatakan telah berjaya melakukan bacaan minda untuk meramal perbuatan namun bukanlah dilakukan ke atas manusia tapi tikus.

Jozsef Csicsvari, pengarang bersama kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neuron, mendedahkan mereka telah membuat “peta otak” untuk tikus.

Dan ini membolehkan mereka untuk menyesuaikan aktiviti saraf dengan tindakan tikus dan dengan itu mereka boleh meramalkan tindakan tikus tersebut.

“Lebih kurang macam peta otak, ia diaktifkan dengan cara tertentu bergantung pada kedudukan kami ketika di kawasan itu.

“Walau bagaimanapun, ternyata kadang-kadang neuron aktif tidak sepadan dengan kedudukan lokasi tikus.

“Sebaliknya ia memberi kita gambaran bagaimana haiwan memandang sesuatu ruang.”

Para saintis dari Institut Sains dan Teknologi Austria dapat menentukan di mana tikus akan bergerak seterusnya berdasarkan kebakaran neutron di otaknya.

Beliau berkata: “Ini memberikan kita gambaran tentang apa yang haiwan fikirkan tentang ruang.

“Kami menggunakan konsep ini untuk memahami bagaimana tikus berfikir semasa tugas yang menguji memori ruang mereka.”

Eksperimen ini juga membolehkan mereka sedar apabila tikus telah membuat kesilapan.

 

Sumber

Continue Reading

Teknologi

Akan Datang, Anda Boleh Preview Video Yang Dihantar Melalui WhatsApp

Published

on

By

Jika sebelum ini, setiap kali kita menerima pesanan ringkas Whatsapp seperti video, hanya nama penghantar sahaja akan muncul di skrin dan kita perlu untuk membuka aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum dapat menonton video terbabit.

Dipetik daripada portal Dailymail, menerusi tweet @WABetaInfo, update terbaharu Whatsapp akan membenarkan pengguna iOS menonton preview video pada pop up skrin sebaik sahaja menerima mesej tersebut.

 

Preview berkenaan akan ditunjukkan pada skrin walaupun skrin gadget anda dalam keadaan berkunci. Namun pengguna dibenarkan untuk menyahaktif pop-up berkenaan pada ruangan setting.

Sumber: Dailymail

Continue Reading

Teknologi

Wah! Dengan Facebook Unsend, Anda Dah Boleh Delete Mesej Yang Tersalah Hantar

Published

on

By

Jika sebelum ini kita boleh padam mesej yang tersalah hantar pada aplikasi Whatsapp dalam masa 7 minit, kini fungsi yang sama akan hadir pada Facebook.

Menerusi akaun @MattNavarra , Facebook telah memuatnaik update berkenaan pada pengguna iOS dengan versi Messenger 191.0.

Dalam masa 10 minit, pengguna berpeluang untuk memadamkan mesej yang dihantar, sebelum sempat dibaca oleh penerima.

Continue Reading

Teknologi

Facebook Lancar Aplikasi Baru, Lawan Tik Tok

Published

on

By

Facebook mengumumkan akan melancarkan aplikasi yang dikenali sebagai Lasso pada sistem operasi iOS dan juga Android.

Dipercayai akan menjadi saingan kepada TikTok, pengurus produk, Bowen Pan memberitahu aplikasi berkenaan membolehkan pengguna menghasilkan video pendek yang kelakar dan menghiburkan, serta boleh berkongsi kepada rakan-rakan.

Sama seperti aplikasi TikTokLasso menggunakan featur kamera dan kesan sampingan dan pengguna boleh menghasilkan video yang mereka mahu hanya dihujung jari.

Dijangkakan aplikasi Lasso ini mampu bersaing dengan TikTok dan juga Vine.

Sumber: Star

Continue Reading

Teknologi

Kereta Terbang Pertama Di Dunia Akan Mula Dijual Bulan Ini

Published

on

By

Dulu bila sebut Wawasan 2020 je mesti ramai yang terbayang kereta terbang berterbangan di udara, kan? Siapa cakap itu hanya imiginasi dan mustahil boleh berlaku?

Transition, kereta terbang pertama di dunia yang boleh bertukar kepada pesawat akan mula dijual bulan ni.

Difahamkan, harga kenderaan ini belum ditentukan lagi tetapi jualan awal untuk model perintis pertama akan berada di pasaran.

Menurut pengilang, Terrafugia, yang dimiliki oleh syarikat induk Volvo, Transition mampu terbang sehingga 400 batu (640km) dengan pecutan terpantas 160km sejam.

Transition dilengkapi dengan kamera pandang belakang dan sistem payung terjun yang baru. Kenderaan ini juga memenuhi piawaian Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya dan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan tetapi pengguna memerlukan lesen juruterbang untuk mengendalikannya.

Pesawat ini mempunyai sayap boleh lipat, dengan berat kira-kira 590kg dan mempunyai gear pendaratan tetap. Ia boleh terbang pada ketinggian maksimum 10,000 kaki.

 

Sumber

Continue Reading

Teknologi

Hantar Email Lagi Lambat Daripada Whatsapp, Kenapa?

Published

on

By

Kredit gambar utama: Pexels

Buat mereka yang sering menggunakan email dalam kehidupan seharian, anda akan mendapati tempoh untuk menghantar dan menerima email adalah lebih lambat daripada perkhidmatan pesanan ringkas seperti Whatsapp, Direct Messages dan lain-lain yang sama sepertinya.

Kenapa ya?

Sebab utama kenapa email jauh lebih lambat untuk sampai kepada penerima adakah kerana email perlu melalui beberapa server terlebih dahulu. Email perlu disambung dengan server sebelum boleh dihantar kepada penerima. Begitu juga dengan penerima, ia perlu disambung dengan server terlebih dahulu sebelum boleh menerima email yang dihantar.

Selepas disambung dengan server, email anda akan disemak terlebih dahulu (check virus, spam, dll), sebelum melalui beberapa peringkat untuk sampai kepada penerima.Berbeza dengan mesej segera seperti Whatsapp, perkhidmatan ini hanya memerlukan sambungan terus antara penghantar dengan penerima, tanpa perlu melalui peringkat seperti yang digunakan email.

Sumber: ScienceABC

Continue Reading

Trending