Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Boleh Agak Kita Orang Yang Macam Mana, Dari Gaya Bantal Yang Kita Guna Masa Tidur

Published

on

Kita kalau nak tidur mesti kena bertemankan dengan bantal. Kekadang kalau tidur tak ada bantal memang tak selesa dan susah nak lelapkan mata. Ada yang memerlukan lebih dari satu bantal baru boleh tidur. Tetapi rahsia disebalik bantal yang kita gunakan untuk tidur ada pelbagai tafsiran tentang sifat dan perwatakan seseorang.

1.    Memeluk bantal
Mereka ni berjiwa seni dan mempunyai penghargaan yang tinggi lukisan muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2.    Menggunakan banyak bantal
Mereka ni seorang yang kurang keyakinan dan memerlukan banyak pendamping. Jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3.    Tidur dengan satu bantal
Bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4.    Meletakkan bantal di bawah kaki
Mempunyai sifat kurang baik. Seorang yang jarang bergaul dengan orang ramai. Boleh dikatakan seorang yang egois. Selain itu, mereka suka tempuh jalan yang pintas untuk capai cita-cita dan tidak suka berusaha lebih.

5.    Tidur tanpa bantal
Memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akirnya membawa kepada sifat ego.


Jadi berdasarkan kelima-lima ini, anda tergolong dalam yang mana dan betulkah menggambarkan perwatakan anda? 

Sumber: Panduan Percuma

Info

Solekan Tebal Boleh Ganggu Kesihatan Mental

Published

on

By

Gambar hiasan.

Menurut kajian yang dijalankan, memakai solekan tebal boleh mengganggu kesihatan mental.

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial, memakai solekan tebal membuatkan individu kurang keyakinan diri.

Hasil kajian yang dijalankan terhadap pelajar Universiti di Scotland yang gemar bersolek dan tidak bersolek mendapati, responden yang gemar memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri sendiri.

Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan rasa rendah diri dan rasa buruk tanpa solekan.

Sumber: Hanasuva

Continue Reading

Info

[Video] Catat Pecutan 13.48 Saat, Budak 7 Tahun Kanak-Kanak Terpantas Dunia

Published

on

By

Blaze berusia tujuh tahun digelar sebagai Usain Bolt ‘junior’ selepas dia mencatat masa kelajuan 13.48 saat ketika saingan 100 meter di Florida, Amerika Syarikat.

Tengok ni.

Rekod terbaru ini telah mengatasi rekod sebelumnya dengan masa 14.59 saat menerusi acara sama pada tahun lalu.

Melihat pada catatan masa itu, Blaze juga berkemungkinan kanak-kanak terpantas dunia.

Untuk rekod, bekas pelari Jamaica, Usain Bolt, 32, masih memegang rekod sebagai manusia terpantas dunia dengan catatatan masa 9.58 saat untuk acara pecut 100 meter.

Continue Reading

Info

Kenderaan Dihantar Ke Planet Marikh Rosak, NASA Perlu Hentikan Misi Eksplorasi Planet Itu

Published

on

By

Tahukah anda, pada tahun 2004, NASA telah menghantar sebuah kenderaan ke planet Marikh untuk satu misi eksplorasi?

Kenderaan tersebut dinamakan Opportunity dan ia menggunakan tenaga solar untuk berfungsi. Namun, kenderaan tersebut tidak lagi berfungsi sejak 10 Jun tahun lalu sebelum disahkan rosak sepenuhnya.

Disebabkan itu, NASA perlu menghentikan misi eksplorasi di planet Marikh.

Menerusi satu sidang media, NASA telah mengumumkan punca kerosakan Oppy. Di mana ia gagal mengecas bateri solar kerana cahaya matahari tidak sampai di planet akibat ribut pasir yang berlaku pada tahun lalu.

Continue Reading

Info

Boleh Didenda RM500 Jika Halang Laluan, Pasang Khemah Di Depan Rumah

Published

on

By

Tahukah anda, memasang khemah di hadapan rumah sebenarnya merupakan satu kesalahan?

Gambar sekadar hiasan.

Mengikut Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, ia menjadi satu kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau halangan di kawasan awam.

Sekiranya disabit kesalahan, anda boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Jangan terkejut sekiranya majlis anda diserbu pihak berkuasa kerana kesalahan tersebut. Mungkin ada jiran yang membuat aduan ataupun pihak penguatkuasa rajin membuat rondaan.

Saja pesan, sebelum nak pasang khemah tu adalah lebih baik anda beritahu jiran-jiran terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Biasalah, bila dah ramai tetamu nanti ada lah yang block pintu pagar jiran. Secara tak langsung ia dah mengganggu ketenteraman awam.

Sumber: pandulaju

Continue Reading

Info

Video IGTV Akan Dipaparkan Terus Ke Feed Instagram Anda

Published

on

By

Imej – CHESNOT/GETTY 

Tak lama lagi video IGTV akan dipaparkan di feed Instagram. Anda hanya perlu menekan butang “watch full video” untuk melihat paparan penuh.

Apabila terdapat video IGTV terbaru dari seseorang yang anda follow, video tersebut akan dipaparkan terus ke timeline Instagram anda.

Nampaknya fungsi baru ini akan memudahkan anda menonton video berdurasi panjang yang di muat naik di IGTV tanpa perlu ke hab khusus.

Continue Reading

Info

Plug Kosong Pada Dinding Ini Ada Fungsinya

Published

on

By

Pernahkah anda melihat plug kosong pada dinding bangunan seperti ini?

Jika ya, mungkin ada diantara kita yang menganggap ia adalah plug biasa yang mungkin tidak digunakan, namun ia sebenarnya amat penting buat pengawal keselamatan.

Dikenali sebagai ‘dummy plug checkpoint’, ia berfungsi sebagai lokasi atau tempat pemeriksaan bagi pengawal yang bertugas untuk membuat laporan. Kebiasaannya, pengawal akan keluar meronda dan akan melalui lokasi-lokasi yang diletakkan ‘dummy plug’ ini. Alat pengesan seperti tag digunakan untuk memberi laporan bahawa pengawal tersebut sudah memeriksa kawasan berkenaan.

Setiap checkpoint mengandungi cip mikro yang disambungkan kepada sistem, mengandungi data seperti nama pengawal yang bertugas, masa, tarikh dan lokasi.

Sumber:

  1. Terrasyss 
  2. Paper on Law, Safety and Justice Capital Improvement Program, King County Washington, Page 6
  3. Clark, Bill; Robert R. Macdonald (March 1991). “High-Tech Touring”. Security Management. 35 (3): 25.
  4. The Detex Watchman’s Clock Album, Philip Haselton. Accessed May 24, 2007.

Continue Reading

Info

Terletak Di Sabah, Ini Gua Yang Tempatkan Beribu-Ribu Lipas

Published

on

By

Tak semua orang berani dengan serangga seperti lipas. Bila nampak lipas je, mula lah lari lintang pukang.

Buat korang yang tak suka lipas, Gua Gomantong di Sabah bukanlah tempat terbaik untuk korang lawati.

Gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di bumi. Kira macam port dia lah.

Gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk maharaja China.

Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih.

Selain lipas, bahagian atas gua ini dipenuhi dengan jutaan kelawar liar.

Continue Reading

Info

Pepatung Betina Pura-Pura Mati Untuk Elak Jumpa Jantan Yang Dia Tak Suka

Published

on

By

Pepatung merupakan sejenis serangga yang dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.

Pepatung memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupukupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap.

Apa yang menarik tentang serangga ini ialah pepatung betina akan berpura-pura mati untuk mengelakkan diri mereka daripada mengawan dengan pepatung jantan yang tidak diingininya.

Selain mengelak daripada pepatung jantan, pepatung juga pura-pura mati apabila berhadapan dengan pemangsa yang cuba menyerang mereka.

Sumber: New Scientist

Continue Reading

Info

Kajian Dapati Ramai Yang Guna Berus Gigi Warna Biru Berbanding Warna Lain

Published

on

By

Kita mungkin sudah mengetahui tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi sejak daripada kita kecil lagi.

Ada antara kita yang amat mementingkan juga warna berus gigi yang digunakan – katanya ia melambangkan identiti pengguna.

Menurut kajian, berus gigi dengan pemegang warna biru lebih banyak dijual dan digunakan berbanding dengan warna-warna lain. Warna merah adalah kedua terbanyak.

Selain warna, pengguna juga lebih ramai menggunakan berus lembut pada berus gigi mereka berbanding dengan berus keras.

Sumber: Lifehack

Continue Reading

Info

Pernah Tak Terfikir Apa Jadi Kat Beg Anda Lepas Check In Kat Airport? Boleh Tengok Ni

Published

on

By

Sebelum naik kapal terbang, mesti kita akan check in luggage dulu kan. Pernah tak terfikir apa jadi kat beg korang lepas korang check in luggage tu? Mana dia bawa beg tu dulu sebelum di masukkan ke dalam pesawat kita. Bagaimana pula prosesnya. 

Ini semestinya bukan di lapangan terbang di Malaysia. Tapi wow! Nampaknya luggage tu semua enjoy macam naik roller coaster je! 

Sumber: Youtube 

Continue Reading

Trending