Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Kongsi Tips

Cara Mudah Hilangkan Kedutan Baju Tanpa Seterika

Published

on

Tak semua orang suka kerja meng’iron’ atau menggosok baju. Kadang-kadang bila dah malas sangat, ada yang pakai je baju tak bergosok. Tapi buat yang mementingkan kekemasan, baju yang bergosok adalah satu kemestian.
 
Kini sudah tiada alasan lagi untuk malas menggosok baju kerana ada cara yang lebih mudah untuk menjadikan baju anda tidak berkedut.

1. Gunakan mesin basuh baju. Ya mesin baju. Pastikan mesin baju tu kering.

2. Set kan mesin basuh baju anda kepada suhu tinggi. Kalau mesin basuh baju anda takda fungsi ni, masuk kan baju anda dibahagian pengering.

3. Masukkan beberapa ketul ais dan biarkan mesin basuh baju anda spin kira-kira 15 minit.

4. Apa yang berlaku adalah, ais akan mencair seterusnya membentuk steam / wap. Steam ini akan mengurangkan kedutan di baju, sama seperti konsep iron baju.

Mudah kan? Boleh lah cuba kalau nak hilangkan kedut baju. Kedut di baju sahaja ok? Kedut muka jangan gatal-gatal nak try pula, rosak mesin nanti!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kesihatan

Tak Sempat Nak Pergi Gym? Nah, Kami Bagi Regangan Yang Boleh Buat Dekat Rumah Je

Published

on

By

“Balik dari office dah pukul 7 petang, bila masanya nak pergi gym untuk bersenam. Lepas tu kalau nak pergy gym malam, bila masanya nak luangkan masa bersama keluarga? Kan?”

Ok, sekarang korang dah tak boleh cari alasan lain lagi untuk tidak bersenam langsung. Kali ini kami nak kongsikan 4 jenis regangan yang korang boleh buat dekat rumah je. Tak perlukan apa-apa equipment langsung. Just ruang yang selesa.

1. The Cobra

Yoga bhujangasana cobra pose by woman in white costume on green grass in the park around pine trees

Regangan ini akan memberi kesan pada bahu, bahagian belakang, dada, abs , paha dan juga obliques.

Cara nak buat:
1. meniarap di atas tikar dan regangkan tangan ke hadapan.
2. Kemudian, perlahan-lahan angkat dada ke atas
3. Dongakkan kepala ke belakang dan buat selama 20-30 saat

2. The Warriros

Beautiful sporty fit yogini woman practices yoga asana Virabhadrasana 1 – warrior pose 1

Regangan ini memberi kesan pada bahagian paha, belakang dan juga abs

Cara nak buat:
1. Dari posisi berdiri lakukan satu langkah yang besar dengan meletakkan kaki kiri ke belakang. Dan pusingkan kaki kiri lebih kurang 45 darjah
2. Bengkok kan kaki kanan lebih kurang 90 darjah. Jadi, lutut anda akan berada betul-betul di atas buku lali. Kaki kiri pula sentiasa lurus.
3. Angkat kedua-dua tangan ke atas dan kekalkan posisi ini selama 25- 30 minit

3. The Bridge

Yoga Asana

Pose ini akan meberi kesan yang efektif pada bahagian paha, kaki dan abs

Cara nak buat:
1. Baring secara lurus dan regangkan kedua-dua lengan di tepi.
2. Perlahan-lahan angkat badan anda dengan membengkokkan kaki lebih kurang 90 darjah
3. Tekan bahu anda pada lantai dan lakukan posisi ini selama 10-15 saat

4. Downward Facing Dog

Vintage retro effect hipster style image of sporty fit woman doing yoga asana Adho mukha svanasana – downward facing dog – at tropical waterfall

Regangan ini akan memberi kesan pada kaki, paha, bahagian belakang, bahu dan juga lengan

Cara nak buat:
1. Mulakan pada bahagian tangan dan lutut.
2. Waktu melepaskan nafas, luruskan lengan dan juga lutut anda
3. Kemudian tekan tumit kea rah lantai dan kepala anda akan mengadap kaki
4. Lakukan posisi ini selama 15-20 minit

Sumber: Brightside.me

Continue Reading

Kongsi Tips

5 Cara Untuk Hilangkan Bau Mulut Selain Gosok Gigi

Published

on

By

Bau mulut antara benda yang agak menjengkelkan. Kadang-kadang benda simple macam ni lah membuatkan kita hilang keyakinan untuk bertemu dengan orang.

Jadi, ini 5 cara yang mungkin anda boleh buat untuk hilangkan bau mulut:

1. Minum air paling kurang 2 liter sehari

2. Kunyah gula getah tanpa gula

3. Bersihkan lidah setiap hari dengan pembersih lidah

4. Kumur dengan pencuci mulut yang tak beralkohol

5. Jumpa doktor gigi paling kurang setahun sekali

Sumber: Intrend

Continue Reading

Kongsi Tips

Langkah Mudah Bersihkan Kekotoran Pada Seat Kereta Anda

Published

on

By

Sekiranya seat kereta anda mempunyai banyak “ Peta Dunia”, kami ada tips yang nak dikongsi dengan kos yang diperlukan sememangnya murah ! Jom chekidout bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni :

Bahan yang diperlukan :

  • Sediakan 2 sudu cuka
  • 1 sudu the baking soda
  • secawan (kecil) air suam

Cara penyediaan:

  1. Korang bancuh baking soda dan cuka bersama air suam
  2. Kemudian, masukkan campuran bahan tadi ke dalam botol spray
  3. Pastikan anda spray rata di seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
  4. Gosok bahagian yang kotor dengan menggunakan berus lembut atau berus gigi anda sehingga jadi bersih
  5. Anda lap dengan menggunakan kain bersih yang sudah dibasahkan dengan air suam
  6. Anda ulang langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih
  7. Keringkan dengan mengguna vacuum atau guna tuala ‘ microfiber’ hingga kering.

Selamat mencuba ya!

Continue Reading

Kongsi Tips

Ini Antara Kesilapan Kita Buat Masa Mandi Yang Rosakkan Kulit

Published

on

By

Sumber: Brightside

Duduk bawah shower memang seronok! Tambah-tambah bila cuaca sejuk mandi pula air panas, fuh nikmatnya lah.Tapi yang tak kita sedar adalah ada kesilapan yang kita buat semasa mandi yang sebenarnya merosakkan kulit kita tau. Apa dia? 

#1. Air shower terlalu panas

Air panas menjadikan kulit kering dan tidak stabil. Ia meningkatkan aliran darah, yang sering membawa kepada erythema, radang, dan ruam.

#2. Mandi terlalu lama

Masa yang sesuai dan yang paling lama hanyalah 10 minit je 

#3. Kerap sangat dan terlalu banyak pakai syampu dan sabun badan

Sebenarnya kebanyakkan shower foam yang banyak buih tu buat kulit kita kering. Kalau perasan selepas mandi mesti rasa kulit sedikit tegang.

#4. Guna span badan yang dah lama atau masih basah/lembab

Tahu kan bila lembab bakteria suka sangat duduk?Try tuka sebulan sekali atau keringkan selepas digunakan. 

#5. Keringkan badan terlalu kasar

Selepas mandi, keringkan badan menggunakan tuala yang lembut. Jangan keringkan sampai habis, biarkan ia lembab sedikit dan sapukan lotion atau body cream. 

Continue Reading

Kongsi Tips

Lelaki Ini Ajar Teknik Selesaikan Rubic Cube. Semoga Berjaya!

Published

on

By

Mesti ramai kat sini yang pernah nak selesaikan permainan rubic cube ni kan? Habiskan selama berjam – jam tapi ada yang masih gagal. Rubic cube adalah permainan mengolah kemahiran otak yang memerlukan trik khusus untuk menyelesaikannya. Selalunya kalau dah berjaya selesaikan satu tapak tu dah rasa nak ‘lompat bintang’, kan?

Ini kami kongsikan trik atau cara bermain rubic cube paling asas. Semoga berjaya!

Jadi, untuk anda yang nak cuba selesaikan rubik cube walaupun dah pernah gagal berjuta kali, boleh lah try trik ni ya!

Continue Reading

Info

Jangan Risau Jika Gigi Anda Berwarna Kekuningan Bukan Putih, Ini Sebabnya

Published

on

By

Siapa yang tak nak gigi putih berseri kan? Tapi tahukah anda, gigi yang kekuningan merupakan gigi yang kuat dan sihat.

Warna kuning pada lapisan gigi dipanggil dentin. Di bahagian luar pula adalah lapisan yang dipanggil enamel yang tidak berwarna dan kelihatan seperti kaca.

Kalau gigi anda tu kekuningan, tandanya gigi anda sihat dan kuat lah. Gigi kekuningan dengan gigi kuning berkarat tak sama tau. Kuning berkarat tu mungkinlah disebabkan tabiat merokok atau masalah kesihatan yang lain.

Jadi tak perlulah risau kalau gigi anda sedikit kekuningan. Tak perlu berberhabis duit untuk putihkan gigi. Ini kerana bleaching boleh merosakan gigi anda.

Sumber: CARI

Continue Reading

Kongsi Tips

7 Langkah Cerahkan Kulit Bahagian Celah Paha

Published

on

By

Anda alami masalah kulit gelap di celah paha? Ini cari tips dan petua bagaimana ingin putihkan kulit di celah paha. Baca ni.

1. Sediakan satu genggam kapas dan perah juslemon ke atasnya. Kemudian, sapu ke atas kulit yang gelap itu. Sediakan air suam untuk bilas selepas 15-20 minit, langkah seterusnya, korang sapu minyak kelapa dan biar hingga kering okay. Amalkan untuk putihkan bahagian celah paha ini.

2. Hiris tebal buah lemon .Kemudian, skrub hingga rata di kawasan kulit gelap. Lakukan selama 2-3minit setiap hari selepas mandi. Tips ini mudah untuk menanggalkan sel kulit mati.

3. Ambil ekstrak buah oren dan sapu guna kapas. Kemudian cuci pakai air selepas 20 minit.

4. Sediakan buah betik, potong jadi kecil, kemudian gosok di bahagian punggung dan kelengkang. Biar selama 20 minit untuk ia kering. Kemudian, bilas pakai air suam.

5. Korang belah buah tomato, dan gosok di kulit yang mati . Biar selama 20 minit sebelum cuci dengan air.

6. Sediakan tuala kecil dan rendam sebahagian dari tuala kecil itu ke dalam susu segar. Kemudian korang sapu dibahagian kulit yang gelap itu. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.

7. Ambil minyak zaitun dan urut setiap hari di kawasan kulit gelap. Amalkan sebelum masuk tidur. Tips ini akan akan mencerahkan bahagian kulit yang gelap itu dengan cepat.

Kredit: Sirap Limau

Continue Reading

Info

Kenapa Ada Orang Tidur Boleh Mengigau Dan Bercakap?

Published

on

By

Mengigau adalah keadaan di mana kita akan bercakap ketika saat kita sedang tidur, tanpa kita sedar apa yang kita borakkan. Tetapi, kenapa ini terjadi?

Pakar psikologi tidur (sleep psychologist) yakin bahawa fenomena mengigau ini terjadi saat seseorang sedang berpindah fasa tidur mereka.

Disaat kita tidur, terdapat beberapa fasa yang akan kita lalui. Bermula daripada setengah sedar sehingga saat kita tidur penuh, permindahan fasa ini menjadi sebab kenapa kita boleh mengigau.

 

Mengigau juga disebut sebagai “somniloquy”. Kebiasaannya terjadi apabila kita sedang memikirkan sesuatu, atau akibat daripada stress dan gelisah.

Selain itu, mengigau juga dikaitkan dengan fenomena “motor breakthrough”. Keadaan ini terjadi apabila ketika badan sedang dalam fasa berehat, anggota badan akan menghasilkan signal yang mengaktifkan kotak suara, seterusnya menyebabkan mengigau.

 

Rujukan:

  1. https://www.howsleepworks.com/disorders_parasomnias.html
  2. http://www.livescience.com/33794-people-talk-sleep.html
  3. https://www.bustle.com/articles/123744-why-do-people-talk-in-their-sleep-everything-you-need-to-know-about-your-midnight-musings

 

Continue Reading

Kongsi Tips

[Video] Trik Guna Getah Untuk Nyalakan Mancis

Published

on

By

Walaupun dah tak ramai yang menggunakan mancis lagi tapi tak salah rasanya untuk kami kongsikan trik menarik, nyalakan mancis tanpa kotak mancis ini.

Nak tahu macam mana nak nyalakan api dengan 2 batang mancis dan getah, boleh tengok video ini.

Jadi, kalau anda bawa mancis  ke mana-mana, jangan lupa bawa getah sekali. Ok?

Continue Reading

Info

Kalau Susah Tidur Malam, Try Makan Makanan Ni

Published

on

By

Tidur yang berkualiti sangat penting supaya kerja harian tak tergendala akibat mengantuk. Untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti mungkin korang boleh cuba makanan ni.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

1. Yogurt

Mengandungi probiotics yang membantu anda untuk dapatkan tidur yang lebih berkualiti

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

2. Daging

Daging mengandungi tryptophan yang membuatkan kita jadi mengantuk

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

3. Tuna

Tuna ada Omega 3 fatty acid yang mengawal tidur kita

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

4. Salmon

Bukan sahaja untuk tidur yang berkualiti, tapi salmon memang bagus untuk kesihatan kita

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

5. Seaweed

Seaweed juga kaya dengan tryptophan yang boleh buatkan kita tidur sepanjang malam

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

6. Avocado

Kaya dengan Vitamin B. Makan semasa pagi atau pun tengah hari.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

7. Brokoli

Sayur yang paling enak ini mengandungi iron dan menghapuskan kafein yang ada dalam badan kita.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

8. Almond

Mengandungi Omega – 3, Vitamin B, mangnesium dan kalsium

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

9. Oat

Makan dengan buah-buahan dan kekacang untuk dapatkan tidur yang berkualiti

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

10. Pisang

Kaya dengan magnesium. Jadikan ia snek supaya tidur kita terkawal.

Sumber: This Is Insider

Continue Reading

Trending