Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

CCTV Rakam Wanita Mangsa Samun Lawan Penjenayah

Published

on

Wanita berusia 29 tahun ini nekad menyerang lelaki yang cuba menyamun telefon bimbit miliknya di sebuah kedai jualan alat telekomunikasi di Kulim, Kedah.

Menerusi rakaman CCTV menunjukkan wanita itu cuba menangkap suspek yang cuba melarikan diri sebaik sahaja menyamunnya.

Tengok ni.

Difahamkan, suspek pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan dengan meminta mangsa membaiki telefonnya yang didakwa rosak sebelum cuba menyamun.

Menerusi laporan Utusan, polis telah berjaya menahan suspek yang berusia 23 tahun itu.

Sumber: Utusan

Lokal

Instagrammable Betul Langit Lately Ni. Kenapa Eh?

Published

on

By

Foto – Pengguna Twitter @ArepetMY

Fenomena langit terang benderang tanpa awan di Lembah Klang baru-baru ini dijangka berulang lagi kerana negara kini sedang mengalami fasa akhir monsun Timur Laut.

Foto – Utusan

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorogi Malaysia, Dr Hisham Anip berkata, ia bukanlah fenomena luar biasa kerana sering berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung.

Katanya, apabila memasuki fasa akhir Monsun Timur Laut ini, keadaan cuaca lebih kepada kurang hujan disebabkan oleh pergerakan udara yang kering memasuki ke negara ini.

Situasi ini bagaimanapun katanya tidak menjurus ke arah kemarau kerana ianya hanya berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan sebelum peralihan monsun berlaku.

Foto – Pengguna Twitter @CaptXee

Jabatan Meteorologi Malaysia turut menjangkakan kenaikan suhu sehingga 36 darjah Celsius sewaktu penghujung musim Timur Laut ketika ini disebabkan kurangnya awan dan hujan seperti beberapa hari lalu.

Menurutnya, kebiasaannya kemuncak suhu tinggi ini berlaku sekitar Arpil iaitu berlanjutan dari Februari namun akan mula kembali normal apabila memasuki bulan Mei nanti.

Continue Reading

Lokal

Jawapan Jujur Daripada Adik Ni Pasti Buat Anda Terhibur

Published

on

By

Video adik ni menangis teresak-esak ketika menjawab pertanyaan ibunya mencuit hati netizen.

Video tersebut tular selepas dikongsikan oleh bapanya di Facebook. Rata-rata terhibur dengan jawapan jujur yang diberikan oleh adik Amira itu.

Adik Amira disoal tentang wang RM15 yang diberikan oleh ibunya untuk membeli buku mewarna. Si ibu tak nampak pun buku tu, itu lah sebabnya dia ‘disoal-siat’. LOL!

Tengok ni.

Rupa-rupanya wang tersebut digunakan untuk membeli makanan bukan buku.

Sehingga kini, video adik makan chicken chop tiga mangkuk sebab sedap sangat mendapat lebih dari 2,500 shares dan 200,000 tontonan.

p/s: Min kini officially jadi peminat #1 adik Amira. #muahciked!

Sumber: mStar, FB En Wan

Continue Reading

Lokal

Jalan TAR Ditutup Bermula 15 Mac Ini

Published

on

By

Bermula 15 Mac depan, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu akan ditutup kepada semua kenderaan persendirian kecuali bas awam dan pelancongan.

Menerusi laporan Utusan, langkah itu diambil bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan lebih ramai orang awam terutama sekali yang di Kuala Lumpur untuk menggunakan pengangkutan awam.

Maklum balas daripada orang ramai juga sangat positif, rata-rata bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Sumber: Utusan

Continue Reading

Lokal

Tak Sangka Cendol Durian Musang King Kat Klang Ni Lagi Murah

Published

on

By

Baru baru ni viral pasal cendol durian musang king RM38 semangkuk yang dikatakan ‘over priced’ di bandar Hilir Melaka, tapi ramai juga yang mengatakan sebaliknya, itu merupakan harga standard, ikut jenis durian.

Pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka juga telah membuat pemeriksaan dan berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.

Bagi mereka yang ingin merasa cendol musang king ini tetapi inginkan alternatif yang lebih murah, bolehlah ke Warung Nasi Bajet di Klang yang menjual semangkuk Cendol durian musang king berharga RM18.

Mereka juga menawarkan jenis durian yang lain iaitu Udang Merah dan D24.

Bagi yang mengidam nak makan musang king, sememangnya berbaloi disebabkan bukan durian sahaja yang sedap tapi cendol pun bagus!

Gerai yang terletak di jalan yang agak sibuk ini juga menawarkan makanan lain seperti keropok lekor, makanan western serta masakan melayu menjadikan tempat ini sesuai untuk makan tengah hari, minum petang atau makan malam

Oleh: Capo Rod

Continue Reading

Lokal

Harga Cendol Durian Musang King Tular, Premis Berkenaan Tidak Melanggar Apa-Apa Peraturan

Published

on

By

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Melaka telah buat pemeriksaan dan  berpuas hati dengan harga cendol yang dijual di sebuah premis di Bandar Hilir dengan harga RM38 semangkuk.

Jelasnya, premis berkenaan tidak melanggar peraturan termasuk tanda harga serta produk jualan.

Malah ia merupakan harga standard yang dijual mengikut jenis durian dan mengikut gred ditetapkan. 

Terdahulu, viral di laman sosial selepas seorang pelanggan muat naik gambar harga tiga mangkuk cendol berharga RM114 di premis berkenaan.

Continue Reading

Lokal

Malaysia Ungguli Kategori Penjagaan Kesihatan Bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019

Published

on

By

Gambar sekadar hiasan.

Malaysia ungguli kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.

Antara tarikan yang melayakkan Malaysia berada di kedudukan itu adalah kos perkhidmatan yang murah, kakitangan yang terlatih, bermaklumat dan prihatin terhadap pesakit.

Malah menurut akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital di negara ini memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama.

Continue Reading

Lokal

Jika Di Jepun Ada Pulau Kucing, Di Pulau Pinang Pula Terdapat Pantai Kucing

Published

on

By

Jika di Aoshima, Jepun, terkenal dengan jolokan ‘Pulau Kucing’, tak kurang juga dengan sebuah pantai di Pulau Pinang ini yang mempunyai lebih 250 ekor kucing terbiar.

Pantai Kucing yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang ini telah diusahakan oleh seorang nelayan, Nana Wan Chik, 57, bersama rakan kongsinya dari New York, Tevoit Fairservis, 62.

Nana Wan Chik, juga mendapat nama panggilan ‘Papa Kucing’, pada mulanya membela 10 ekor kucing yang diselamatkan dari tepi jalan, dan jumlah itu bertambah selepas beberapa tahun.

Dipetik daripada Awani, bukan mudah untuk menjaga lebih 200 ekor kucing ini dalam satu masa, tambah lagi dengan kekangan kewangan dan sumber untuk membeli makanan serta perubatan kucing-kucing ini.

“Selepas mengusahakan Pantai Kucing, ramai yang menghantar kucing-kucing terbiar kepada kami untuk dijaga. Baru-baru ini, seorang wanita dari Kulim mahu menghantar 100 ekor kucingnya kepada kami, namun saya terpaksa menolak kerana tidak mampu untuk menambah jagaan kucing”

Selain daripada membeli makanan kucing, kucing-kucing ini juga diberikan makanan daripada lebihan nasi dan lauk daripada kantin sekolah.

Buat masa ini, tiada cas dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawat kucing-kucing berkenaan di Pantai Kucing, namun Tevoit Fairservis tidak menolak kemungkinan akan mengenakan sedikit bayaran bagi menampung kos operasi mereka dimasa akan datang.

Sumber: Awani

Continue Reading

Lokal

Sekolah Di Johor Ini Guna Imbasan Cap Jari Untuk Rekod Kehadiran

Published

on

By

Jika sebelum ini kehadiran pelajar diambil secara manual, tidak lagi pada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara , Johor apabila sekolah ini mengambil inisiatif untuk menggunakan sistem biometrik sebagai rekod kehadiran.

Lebih menarik kerana ibu dan bapa pelajar boleh menerima terus laporan tentang kehadiran anak mereka menerusi sistem ini.

Ibu dan bapa pelajar menyambut baik penggunaan sistem biometrik di sekolah berkenaan walaupun terpaksa membayar kos sebanyak RM15 bagi menampung kos sistem operasi.

Sumber: Siakap Keli

Continue Reading

Info

Terletak Di Sabah, Ini Gua Yang Tempatkan Beribu-Ribu Lipas

Published

on

By

Tak semua orang berani dengan serangga seperti lipas. Bila nampak lipas je, mula lah lari lintang pukang.

Buat korang yang tak suka lipas, Gua Gomantong di Sabah bukanlah tempat terbaik untuk korang lawati.

Gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di bumi. Kira macam port dia lah.

Gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk maharaja China.

Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih.

Selain lipas, bahagian atas gua ini dipenuhi dengan jutaan kelawar liar.

Continue Reading

Lokal

Malaysia Berada Di Tempat Ke-26 Dunia Punyai Internet Terpantas

Published

on

By

Seperti yang dilaporkan oleh  The Speedtest Global Index, Malaysia kini berada ditempat ke-26 dunia yang mempunyai internet terpantas bagi jenis fixed broadband.

Data direkodkan dengan mengambil kira 10 lokasi berbeza dalam negara pada bulan lalu.

Secara purata, kelajuan download speed di Malaysia adalah sebanyak 61.97 Mbps dan upload speed sebanyak 44.40 Mbps.

Singapura mencatatkan kelajuan internet terpantas di dunia iaitu sebanyak 181.47 Mbps, diikuti Iceland (153.26 Mbps) dan Hong Kong (131.05 Mbps) bagi kategori fixed broadband.

Bagi rangkaian mudah alih (mobile), Malaysia berada di tempat ke-76 terpantas di dunia dengan kelajuan sebanyak 18.41 Mbps dan Norway masih berada ditempat pertama untuk kategori ini sejak beberapa bulan lalu dengan kelajuan purata 67.17 Mbps.

Kalau anda mencari tengah mencari broadband, apa kata anda layari dan lakukan perbandingan di sini

Sumber: The Speedtest Global Index

Continue Reading

Trending