Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

Challenge Baru, Pelik Dan Merbahaya! Parents Tolong Ambil Perhatian

Published

on

Sekarang ni banyak jenis challenge yang ada. Kiki Challenge lah, itu lah ini lah sampai kan kadang-kadang ada yang sanggup membahayakan diri sendiri asalkan dapat perhatian di media sosial.

Yang terbaru terdapat satu lagi challenge dikenali sebagai Momo Challenge. Namun, challenge ini agak pelik dan merbahaya. Challenge ini menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dikenali tetapi membawa nama ‘Momo’.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge. Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku

Sumber: Astro Awani

Pelik Tapi Benar

Lain Macam Cara Temuduga Pengambilan Pekerja Baru Di Syarikat Ni

Published

on

By

Lain macam cara temuduga pengambilan pekerja baru di sebuah syarikat di Australia ni.

Jika calon yang ditemuduga tidak mengangkat semula cawan kopi yang mereka minum, mereka akan akan disenarai hitamkan dari syarikat tersebut.

Foto: Freepik

Difahamkan, sebelum sesi menemuramah bermula, bos di sebuah firma perisian perakauan yang dikenali sebagai Trent Innes akan mengajak calon ke dapur untuk mengambil  minuman yang selalunya disediakan.

Kemudian, mereka akan terus ke bilik temuduga.

Foto: Freepik

Dihujung sesi temuduga, Trent Innes akan menguji untuk melihat sama ada calon itu akan membawa kembali cawan kosong ke dapur ataupun tidak.

Katanya, kemahiran boleh diasah, ilmu pengetahuan juga boleh dipelajari namun sikap yang baik adalah lebih mustahak.

Rujukan

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Benda Pelik Yang Dijumpai Dalam Perut Manusia!

Published

on

By

Seorang lelaki di India baru-baru ini mengadu alami sakit perut kronik kepada doktor. 

Selepas jalani pemeriksaan X-Ray, doktor di hospital tersebut terkejut apabila menemukan tujuh sudu, sebilah pisau, dua berus gigi, dua pemutar skru dan rod kecil dalam usus lelaki tersebut!

Para doktor ambil masa 4 jam untuk keluarkan kesemua objek tersebut daripada perut lelaki yang alami masalah mental kronik itu melalui pembedahan.

Tapi, kalau korang rasa sudu, pisau, berus gigi dan pemutar skru ni dah cukup pelik untuk ada dalam perut seseorang, korang silap!

Ini ada 5 kes penemuan objek pelik dalam perut manusia :

1. Spring tilam.

Spring tilam ni banyak dijumpai dalam perut banduan sebuah penjara di North Carolina, Amerika Syarikat. 
Para doktor pada awalnya keliru dengan situasi itu sebelum mengetahui bahawa banduan penjara tersebut sengaja menelan objek berkenaan untuk ke hospital, semata-mata demi meninggalkan penjara terbabit.

2. Katak hidup.

Seorang lelaki di China alami sakit di bahagian abdomen sehingga dia bertemu seorang lelaki tua yang memberi petua menghilangkan sakit tersebut.

Lelaki tua itu berkata sakit tersebut akan hilang jika dia amalkan menelan katak hidup dan tikus secara hidup-hidup.

Pesakit yang dikenali sebagai Jiang Musheng itu akui masih mengamalkan ‘diet’ tersebut sehingga hari ini sambil mendakwa ia menjadikannya lebih kuat.

Hmm. Loya!

3. Belut hidup.

Masih di China, tindakan seorang lelaki yang bertindak masukkan belut hidup sepanjang 20 inci ke dalam duburnya membawa padah.

Memanglah, takkan bawak kebaikan pulak. 

Lelaki tersebut berkata dia berbuat demikian selepas melihat aksi tersebut menerusi satu video tak senonoh.

Di hospital, pasukan perubatan memerlukan sepanjang malam untuk keluarkan haiwan itu yang didakwa masih hidup ketika dikeluarkan sebelum mati tak lama kemudian.

4. Ular.

Seorang wanita di Afrika menyangkakan dia mengandung selepas dapatkan rawatan dari seorang bomoh apabila mula alami simptom-simptom awal kehamilan.

Namun lama-kelamaan perutnya yang membesar itu turut memudaratkan kesihatannya sehingga giginya gugur.

Selepas ke hospital, doktor mengesahkan bahawa seekor ular sedang membesar dalam perut wanita itu dipercayai dimasukkan oleh bomoh tersebut.

5. Fetus.

Nampak macam biasa kan? Tapi masalahnya fetus ni ditemui dalam perut seorang lelaki!

Lelaki warga India selalu diejek kerana perutnya yang besar sehinggalah dia dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas dan sakit di bahagian perut.

Doktor menyangkakan kesakitan itu berpunca daripada tumor.

Namun selepas mengeluarkan ‘tumor’ tersebut, ia disahkan sebagai fetus yang separa lengkap.

Oleh: Karami Kamel

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Ramai Terkejut Tengok Lakaran Wajah Individu Yang Dikehendaki Polis Ini

Published

on

By

Heboh apabila lakaran wajah individu dikehendaki polis kelihatan seperti karakter permainan Lego.

Dengan bentuk muka pelik dan rambut leper membuatkan ramai yang terkejut apabila melihat lakaran tersebut.

Tak kurang juga yang berpendapat, lakaran itu saling tak tumpah seperti karakter Bloaty Head dalam video game lama yang terkenal pada tahun 90-an iaitu Theme Hospital.

Difahamkan, Polis Northamptonshire di England kini sedang memberkas suspek yang didakwa menggunakan taktik ketuk pintu rumah wanita dan menyamar sebagai individu yang bekerja sebagai pemeriksa paip kumbahan yang bermasalah.

Rujukan

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Trend Baru Main Bunga Api, Kalau Kena Mata Boleh Buta

Published

on

By

Setiap kali musim perayaan, ramai anak-anak bermain mercun atau bunga api.

Jumlah yang cedera akibat bermain bunga api pula tak usah ceritalah, ramai kot.

Keinginan untuk membuat mercun sendiri juga dilihat membuak-buak dikalangan mereka. Lagi kuat bunyinya, lagi power!

Terbaru, video sekumpulan orang dilihat bermain bunga api di tanah lapang ala-ala pertempuran dalam filem Harry Potter jadi viral.

Aspek keselamatan sikit pun tak diendahkan. Kalau kena mata kan boleh buta.

Tengok ni.

Dah banyak kes melibatkan mercun yang mengakibatkan kecederaan serius mahupun maut namun tak ramai yang peduli.

Pesan kami kepada ibu-bapa dan penjaga, awasi anak-anak anda.

p/s: jangan tiru aksi merbahaya ini!

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Terlalu Banyak Syarat, Remaja Tak Mahu Hadir Ke Majlis Perkahwinan Abang

Published

on

By

Banyak sangat syarat yang dikenakan, adik pengantin merajuk tak mahu hadir ke majlis perkahwinan abangnya.

Menerusi posting di media sosial, permintaan abangnya dianggap tidak masuk akal antaranya, menaikkan berat badan dan menukar warna rambut.

BACA: Peraturan Ke Jemputan Majlis Perkahwinan Yang Paling Tak Masuk Akal

Budak lelaki berusia 15 tahun yang tidak mendedahkan namanya itu turut memberitahu, abangnya mengarahkannya untuk membuka anting-anting telinga dan dia juga perlu bersopan-santun ketika di majlis tersebut.

Warna sut juga mengikut pilihan mereka iaitu warna ‘beige’ yang akan membuatkan wajahnya kelihatan pucat seperti mayat katanya.

Disebabkan tak puas hati kerana terlalu banyak arahan yang dikenakan, mereka bergaduh dan dia memberitahu abangya, dia tidak akan hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Cara-Cara Pelik Kejut Sahur

Published

on

By

Dalam bulan puasa ni, umat Islam tak boleh lari daripada ‘drama’ bersahur.
Tapi ‘drama’ yang paling best untuk kita tengok ialah cara nak kejut orang sahur. Kan?

Jom kita tengok ‘drama-drama’ yang berlaku ketika bersahur.

1.’Rem’ motor dalam asrama!

Video yang viral baru-baru ni dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama di Perlis. 

Punyalah kreatif warden ni, dia bawak masuk motor dalam dorm, lepas tu ‘rem’. 

Memang bingit! Tapi setidaknya pelajar-pelajar ni dapatlah bangun sahur lepas tu solat Subuh terus kan?

Rata-rata netizen memuji kekreatifan warden ni. 

Ada juga yang cakap pelajar-pelajar sekolah tu bertuah sebab ada orang kejutkan mereka bangun untuk sahur. 

Tak dinafikan, perkara ni mesti jadi antara memori indah kesemua pelajar ni.

Ni video dia, korang rasa boleh tidur lagi ke kalau macam ni bunyi dia? Hahahaha.

2.Jet pejuang kejut penduduk sahur!

Kalau motor warden asrama tu tak cukup bising, ni ha jet pejuang! Kalau boleh tidur jugak tak tau lah!

Ini merupakan tradisi di Indonesia yang turut disertai Tentera Udara negara itu. 

Tapi tentera mereka bukanlah guna jet pejuang ni semata-mata untuk kejutkan orang sahur. 

Anggota mereka akan membuat latihan ketenteraan menggunakan jet pejuang itu. 

Dalam berlatih tu, mereka kejutkan penduduk sekitar sekali.

Jet pejuang tu akan terbang lebih rendah apabila dekat dengan kawasan penduduk dan diarah menggunakan afterburner, yang akan hasilkan bunyi bising. 

Antara kawasan terlibat termasuk beberapa bandar di Pulau Jawa dan Yogyakarta.

3.Bersorak satu kampung!

Benda ni lebih mudah kalau jiran-jiran korang semua kaki bola atau ultras. 

Ye! Caranya mudah je. Hafal lagu-lagu kelab bola kegemaran masing-masing atau yang rancak, dan tukarlah liriknya supaya bertemakan bangun sahur. Senang kan?

Cuma pastikan kalau-kalau ada antara jiran korang yang mula shif kerja pukul 4 atau 5 pagi. 

Diorang mungkin akan jadi harimau jadian lah kalau korang buat macam ni masa dia nak tidur tu. Hahahaha.

4.Suruh hantu kejut sahur!

Bukan syaitan semua kena ikat ke bulan puasa ni? Habis tu ni semua apa? 
Masih di Indonesia, ‘hantu-hantu’ ni semua diberi tugas untuk kejutkan penduduk kawasan ni untuk bangun sahur. 

Haa, ada lagi tau hantu yang baik dalam dunia ni. Dah la tolong kejut sahur, siap angkat keranda lagi tu! Steady tak steady?

5.Jadi je hantu terus!

Kalau rasa hantu ramai-ramai tu tak sesuai dengan budaya kita, boleh ambil pendekatan yang lebih personal

Jadi je hantu terus dan baring sebelah orang yang kita nak kejut tu. Confirm terkejut! 

Dalam video ni, siap beristighfar kawan tu sebab hantu kejutkan dia bangun sahur. Sampai lari keluar rumah lah! 

Korang yang jadi hantu tu jangan lah kecik hati kalau kawan-kawan lari sampai keluar rumah. Lagi-lagi kalau korang tak pakai make-up

Mungkin dah lebih kurang sama je rupa korang dengan hantu. Hahahahah. Gurau je.


Oleh: Karami Kamel



Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Wanita Terkejut Ex-Boyfriend Menyorok Di Loteng Rumahnya Hampir Tiga Minggu

Published

on

By

Menakutkan! Seorang wanita terkejut selepas mendapati bekas teman lelakinya, tinggal di loteng rumahnya hampir tiga minggu tanpa pengetahuannya.

Padahal, larangan untuk berada berhampiran bekas teman wanitanya telah dikeluarkan pihak berkuasa.

Wanita yang namanya tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan memberitahu, sebelum itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena di dalam rumahnya.

Katanya, dia perasan ada perkara-perkara pelik yang berlaku disekeliling seperti pelapik mangkuk tandas di angkat ke atas dan terdapat selimut di atas lantai ruang bawah tanah.

Dia yang tinggal bersama anak-anak perempuanya menganggap dirinya terlalu paranoid, jadi dia mengabaikan perasaan itu dan tidak mahu menghubungi polis.

Pada 20 April, ketika wanita itu berada di dalam rumah dia terdengar bunyi bising yang datang dari tingkat atas dan memutuskan untuk naik dan check.

Ingatkan kucing tapi bukan. Ketika dia membuka pintu bilik tidur, dia mendapati bekas teman lelakinya berdiri di tengah-tengah bilik tersebut.

Cary Cocuzzi sedang berdiri sambil memandang ke arahnya.

Menurut wanita itu, Cocuzzi berlari ke arahnya dan menariknya. Mereka bergelut dan dia bagaimanapun berjaya melawan dan berlari ke luar rumah serta meminta jirannya menelefon 911.

Apabila polis tiba, mereka dapati lelaki itu sedang bersembunyi di bawah timbunan pakaian di dalam rumah.

Cary Cocuzzi memberitahu kepada pegawai bertugas yang dia penat menjadi gelendangan dan dia mahukan tempat tinggal.

Difahamkan, Cocuzzi telah dipenjarakan atas kesalahan mencuri dan melanggar undang-undang dan kini sedang ditahan di Penjara Allegheny County.

Wanita itu dikatakan menyesal kerana tidak bertindak mengikut nalurinya ketika merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Kejadian ini berlaku Pittsburgh, Pennsylvania.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Dapat Makan Free Setahun Selepas Kelentong Pekerja Restoran

Published

on

By

Dapat makan ayam goreng free selama setahun selepas kelentong kakitangan restoran makanan segera itu.

Pelajar lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan mendakwa dirinya wakil dari ibu pejabat KFC di Afrika Selatan datang untuk melakukan pemeriksaan.

Foto: Freepik

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu merupakan pelajar Universiti KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Difahamkan, setiap kali tiba di restoran dia akan masuk dengan penuh yakin dengan menunjukkan kad pengenalan diri lalu terus ke dapur untuk membuat pemeriksaan.

Kakitangan juga diberitahu dia ke sana untuk membuat pemeriksa kualiti makanan yang dihidangkan.

Seorang kakitangan dari salah satu cawangan KFC yang disasarkan memberitahu Xpouzar, apabila dia tiba, kami semua akan berusaha untuk memastikan semuanya berjalan lancar memandangkan dia wakil dari ibu pejabat.

Foto: Freepik

Dia nampak begitu yakin. Malah, rakan-rakan dari cawangan KFC lain turut mengenalinya.

Setiap kali masuk, dia akan bergegas ke dapur dan memeriksa segala-galanya, mengambil nota dan kemudian meminta sampel apa yang dia mahukan.

Dia mungkin bekerja untuk KFC sebelum kerana dia tahu segala-galanya.

Kini dia ditahan pihak berkuasa selepas tindakannya terbongkar.

Meskipun dia telah ditangkap, namun di mata netizen dia dianggap hero kerana tindakannya dianggap genius.

Tweet Kenya Teddy Eugene, seorang wartawan berkaitan isu ini telah mendapat lebih 26,628 retweet dan 60,580 likes.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Pelik, Ada Pula Syarikat Yang Tawarkan Perkhidmatan Tukang Cakap Untuk Pihak Orang Lain

Published

on

By

Sebuah syarikat online shopping terkemuka di China telah menawarkan perkhidmatan mengupah jurucakap atau tukang pendebat untuk mewakili diri mereka.

Gambar hiasan.

Yelah, tak semua orang mempunyai kebolehan untuk membahas kan.

Harga bagi perkhidmatan tersebut adalah di antara 5 yuan (RM3) dan 20 yuan (RM12) dan ia hanya akan dilakukan melalui panggilan telefon atau teks sahaja.

Sebelum permintaan untuk mengupah tukang cakap diluluskan, syarikat tersebut memerlukan maklumat seperti apa hujah yang anda mahukan, apa yang anda mahu mereka berhujah, dan berapa lama mereka harus berhujah.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan, bayaran harus dibuat.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Lelaki Ni Jadi Famous Sebab Sign Dia Bentuk Kucing

Published

on

By

Seorang lelaki dari Peru secara tiba-tiba menjadi terkenal di laman sosial selepas tandatangannya menjadi viral. Mana tidaknya, tandatangan lelaki ini begitu unik kerana mempunyai bentuk seekor kucing.

Pada awalnya, lelaki ini ditahan pihak berkuasa atas tuduhan mempunyai senjata merbahaya dan dibawa ke muka pengadilan. Ketika ditahan, tandatangannya yang berbentuk kucing pada dokumen pihak berkuasa itu menjadi viral.

Dipetik daripada La Republica, lelaki tersebut juga membela 16 ekor anak kucing dirumahnya, menjadikan ia antara sebab kenapa beliau mempunyai tandatangan berbentuk sedemikian.

Continue Reading

Trending