Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Teknologi

Cipta Payung Yang Boleh Ubah Mood Seseorang Jadi Lebih Baik

Published

on

Pakar dari Dawn Goldworm, syarikat yang membuat kajian tentang neurologi telah mencipta payung yang dikatakan boleh meningkatkan mood kita apa bila membuka payung berkenaan.

Payung itu dicipta selepas mereka membuat soal selidik tentang perkara yang teruk terjadi selepas seseorang itu kembali daripada bercuti panjang. Hasil daripada soal selidik itu mendapati lebih daripada tiga perempat daripada mereka mengalami mood yang tidak baik dan berasa malas selepas kembali daripada bercuti.

Disebabkan itu, mereka mencipta payung yang membolehkan seseorang itu kembali ceria dan mood menjadi lebih baik.

Setiap kali payung berkenaan dibuka, sejenis bau yang boleh menaikkan mood dilepaskan menerusi teknologi mikro, dikenali sebagai ‘Balance’.

Cahaya yang dihasilkan daripada payung ini juga dikatakan boleh membuatkan seseorang itu menjadi ceria.

Sumber: UNILAD

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending