Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Luar Negara

Cuaca Sejuk Sangat Sampai Laut Di Amerika Jadi Beku

Published

on

Cuaca sejuk sejak dua menjak ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah diserata dunia.

 

Pada 7 Januari lepas, Ryan Canty menerusi rakaman di laman Youtube miliknya menunjukkan keadaan lautan di Old Silver Beach, Amerika Syarikat, bertukar menjadi ais oleh kerana suhu sejuk melampau.

Disebabkan fenomena ini, beberapa daerah di wilayah Worcester dan Massachusetts juga mengalami suhu sehingga 9 darjah Celcius

Sumber: Youtube

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info

Ebenezer Place, Jalan Paling Pendek Di Dunia

Published

on

By

Ebenezer Place, jalan yang terletak di utara Scotland bersebelahan dengan Sungai Wic ini merupakan laluan yang terpendek dengan panjangnya hanya kira-kira dua meter sahaja.

Ebenezer Place mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record pada 7 Mac 2014 kerana memiliki laluan hanya sepanjang 6.9 kaki, kira-kira 2.06 meter.

Nama jalan ini diambil bersempena dengan nama pemilik hotel Mackays yang terletak di situ dan ia dijadikan nama rasmi untuk laluan berkenaan sejak tahun 1887.

 

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading

Luar Negara

Gadis Nak Kahwin Dengan Game Tetris Lepas Hubungan Dengan Kalkulator Gagal

Published

on

By

Seorang gadis berusia 20 tahun dari Orlando, Florida telah mengumumkan ingin berkahwin bersama permainan video Tetris, selepas hubungan sebelum ini bersama Piere, sebuah kalkulator, gagal.

Noorul Mahjabeen Hassan memberitahu Metro bahawa hubunganya bersama permainan video Tetris mula wujud pada September 2016 yang lepas, selepas mendengar bunyi lagu tema Tetris.

Noorul mula jatuh cinta dengan permainan tersebut selepas hubungannya bersama Piere, sebuah kalkulator gagal kerana kalkulator tersebut terjatuh ketika Noorul sedang membersihkan rumah.

 

Sebelum ini Noorul pernah juga bercinta dengan iPod dan monorail.

 

Sumber: METRO

Continue Reading

Info

Aligator Masih Hidup Hanya Bernafas Guna Muncung Dari Celahan Ais

Published

on

By

Pengunjung di Shallotte River Swamp Park terkejut apabila menemui muncung spesis aligator yang masih hidup dalam kolam ais di paya itu.

Pada mulanya orang ramai menyangkakan ia adalah bangkai haiwan berkenaan, namun dinafikan oleh pengurus taman tersebut dan menyatakan bahawa haiwan itu masih bernafas dan ia sedang dalam proses hibernasi.

Dikenali sebagai proses brumasi (sama seperti hibernasi), reptilia terbabit tidak akan bergerak dan hanya mengekalkan keadaannya dengan suasana sejuk disekeliling.

Selepas ais mencair, aligator itu akan kembali bergerak seperti normal.

 

Continue Reading

Luar Negara

Berhentikan Kereta Secara Tiba-Tiba, Tindakan Gila Wanita Ini Sememangnya Di Luar Jangkaan

Published

on

By

Entah apa dalam fikiran wanita ini sehingga berani meninggalkan kereta di tengah-tengah jalan tanpa menarik brek kenderaannya itu.

Video berdurasi 1:02 minit ini menunjukkan aksi pelik wanita ini memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba sebelum meluru keluar dari kereta dengan keadaan keretanya masih bergerak sehingga merempuh masuk ke arah laluan bertentangan.

Kereta itu akhirnya berhenti selepas melanggar tiang yang terdapat di kawasan penjalan kaki. Maaf cakap, tindakan perempuan ini memang gila dan membahaya nyawa pengguna jalan raya yang lain.

 

Sumber: Youtube

Continue Reading

Inspirasi

Nyawa Penggemar Pizza Berjaya Diselamatkan Selepas 11 Hari Tidak Muncul Di Restoran Tersebut

Published

on

By

Selepas 11 hari Kirk Alexander, 47, tidak muncul membeli pizza di Salem Domino’s Pizza, restoran tersebut telah menghantar seorang pekerja untuk memeriksa seorang lelaki yang juga pengunjung setia restoran itu di rumahnya.

Apabila pintu tidak dibuka dan panggilan telefon masuk ke peti simpanan suara, mereka memutuskan untuk menghubungi 911.

340F269B00000578-3585731-image-m-129_1463002957141

Setiba polis di rumah Kirk, mereka mendengar suara orang meminta tolong dari dalam rumah.

Kirk rupa-rupanya berdepan dengan masalah kesihatan sehingga boleh membawa maut, dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan segera.

3403F47D00000578-3585731-Sarah_Fuller_a_general_manager_at_a_Domino_s_Pizza_in_Salem_Oreg-m-142_1463003244687

Menurut pengurus restoran berkenaan, pekerja mereka berasa bimbang dan pelik apabila Kirk tidak muncul seperti biasa. Kirk menjadi pelanggan di restoran tersebut sejak tujuh yang lalu. Setiap hari, Kirk akan membeli makanan yang berlainan.

Sumber: Daily Mail

Continue Reading

Luar Negara

Tak Sanggup Nak Tengok Kek Ini, Nak Makan Apatah lagi

Published

on

By

Sumber: BuzzFeed

Katherine Dey, berusia 30 tahun merupakan seorang jururawat berdaftar di bahagian utara New York. Dia mempunyai satu bakat yang sangat menarik sehingga dijadikan satu hobi kreatif.

Dey mula membuat kek beberapa tahun yang lepas. Kek yang dibuat oleh beliau sangat pelik dan menyeramkan yang boleh dimakan. Namun, bukan semua orang mampu telan kek jenis ini.

Macam-macam rupa kek yang dia buat. Antaranya otak, organ manusia, muka manusia, jantung dan banyak lagilah. Kami sendiri tak lalu tengok kek-kek ni, nak makan apatah lagi. Scary kan?

Ni antara gambar-gambar kek yang kongsikan:

enhanced-21298-1460917705-1

enhanced-10631-1460917579-20

enhanced-2974-1460917818-2

enhanced-18662-1460917652-1

enhanced-20304-1460917382-1

Continue Reading

Luar Negara

Curi Kasut, Sebab Suka Bau Kaki

Published

on

By

Di China memang banyak kes-kes pelik yang berlaku. Termasuklah kes curi kasut perempuan sebab suka bau kaki pada kasut tersebut.

Lelaki ini mencuri kasut serta pakaian dalam pekerja wanita di syarikat berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Dek kerana ramai yang membuat aduan, pihak syarikat telah memasang cctv, namun pencuri itu masih lagi gagal dikesan sehingga memaksa mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis.

shoe_thief2

Beberapa hari kemudian, polis berjaya menahan lelaki tersebut dan mereka telah menemui 160 pasang kasut wanita di balkoni, bawah katil serta di dalam almari.

Yang peliknya, lelaki ini hanya mencuri kasut pekerja-pekerja wanita yang terdapat di kaki lima.

Katanya bau yang terdapat pada kasut tersebut membuatkannya rasa gembira.

Menurut pihak polis, apa yang lelaki ini lakukan bukanlah satu ancaman serius terhadap orang ramai namun mereka menggesa agar masyarakat membuat laporan polis dengan kadar segera jika terjumpa orang yang jenis begini.

Sumber: shainghaiist.com

Continue Reading

Luar Negara

Hanya Guna Spray Dan Sabun Ni Kita Boleh Bau Macam Kucing

Published

on

By

Oleh Syazwan Aizad. Sumber Rocketnews24.

Buat pencinta kucing, mungkin agak sukar untuk berenggang atau berjauhan dengan kucing korang. Bila terpaksa berjauhan, mula lah rasa rindu.

tumblr_la6ez7fx6o1qd3e1xo1_500

Lepas ni, kalau berjauhan pun takda masalah sebab sebuah syarikat yang mengeluarkan produk untuk kucing telah menghasilkan krim yang mempunyai bau kucing khas buat anda.

cat-forehead-smell2 cat-forehead-smell

Produk yang dikenali sebagai “Mohu Mohu Odeko No Kaori” datang dalam botol yang dijual dengan harga 1293 yen, iaitu kira-kira RM50.

cat-forehead-smell3

Selain itu, mereka juga mengeluarkan sabun yang mempunyai bau seperti tapak kaki kucing. Sabun yang diberi nama “Puni Puni Nikukyu” turut dihasilkan oleh syarikat berkenaan dan ia mempunyai bau seakan-akan tapak kaki kucing.

hc-1 hc-2 hc-3

Masalahnya sekarang, bau tapak kaki kucing macam mana?

Continue Reading

Lifestyle

Hobi Pelik Lelaki Ini Hanya Ambil Gambar Sarung Tangan Yang Tercicir Sejak Bertahun Lamanya

Published

on

By

Oleh Syazwan Aizad. Sumber ITV

Semua orang ada hobi tersendiri. Ada yang biasa, dan ada yang agak ‘rare’.

Termasuk lah hobi seorang lekaki daripada Surrey, UK ini apabila hobinya hanya mengambil gambar sarung tangan yang dijumpai tercicir.

stream_img

Mark Leigh, 48 tahun, mula menjumpai satu sarung tangan di tangga tempatnya bekerja dan dia merasa amat pelik. Keesokkan harinya, dia menjumpai satu lagi sarung tangan di tepi jalan, dan sejak daripada hari itu, dia menjumpai beratus-ratus sarung tangan yang tercicir.

mark-leigh-lost-gloves3-600x434

mark-leigh-lost-gloves4-600x462

3aaf4ce000000578-3964654-image-a-85_1479913914975 3aaf4d5c00000578-3964654-mark_explained_i_started_photographing_them_and_it_built_up_from-m-86_1479913928733

“Sekali awak sedar akan sesuatu, selamanya awak akan selalu nampak kewujudannya”, kata Mark.

glp_sah_en164307_12jpg glp_sah_en164307_05jpg

Apa yang best sangat dengan gambar sarung tangan, itu kena lah tanya dia sendiri.

 

 

Continue Reading

Kreatif

Inovasi Baru, Gabungan Baju Hujan Dan Payung

Published

on

By

Inovasi baju hujan yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari China ini menggabungkan baju hujan dengan payung.

Design baju hujan payung ini dihasilkan adalah bertujuan untuk tangan bebas bergerak tanpa perlu memegang payung.

Selain itu, baju ini juga dapat memperlihatkan pakaian yang anda pakai dalam masa yang melindungi anda daripada terkena air hujan, berbanding baju hujan biasa yang hanya kelihatan kabur dan melindungi baju cantik anda.

Difahamkan baju ini hanya dapat melindungi bahagian atas badan daripada terkena hujan, akan tetapi bahagian bawah kaki akan terdedah.

 

 

Sumber: Mstar

Continue Reading

Trending