Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

Datuk Lee Chong Wei Diarahkan Berehat, Terpaksa Tarik Diri Dari Kejohanan Terbuka Malaysia

Published

on

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa tarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Malaysia bulan depan. 

Chong Wei yang telah diundi untuk bertemu wakil India, K. Srikanth pada pusingan pertama kejohanan itu, bagaimanapun dinasihatkan agar berehat lebih panjang.

Nasihat itu diberikan oleh doktor yang merawat penyakit kanser hidungnya tahun lalu. 

Semalam BAM berkata kesihatan Chong Wei berada dalam keadaan baik namun dinasihatkan tarik diri daripada kejohanan bulan depan supaya tidak meletakkan sebarang tekanan ke atas badannya. 

Ini merupakan kali kedua pemenang pingat perak 3 kali Sukan Olimpik itu menangguhkan aksinya di atas gelanggang.

Sebelum ini, Chong Wei sasarkan untuk kembali beraksi pada kejohanan All England awal bulan ini namun kesihatannya tidak mengizinkan.

Jaguh badminton negara itu terpaksa berehat panjang sejak Julai tahun lepas selepas disahkan menghidap penyakit kanser hidung tahap awal.

Takpelah Datuk. Rehatlah dulu.

Jasa dan sumbangan Datuk terhadap negara dalam sukan badminton ni cukup besar dan tidak mampu dilupakan. 

Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Datuk Lee Chong Wei kembali seperti sedia kala.

Oleh: Muhamad Karami

Lokal

KLIA Akan Ditukarkan Nama Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA)?

Published

on

By

Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dikhabarkan mahu diberikan penjenamaan semula dengan menukarkan nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA).

Foto: Freepik

Lapangan terbang antarabangsa terkenal sering menggunakan nama daerah sebagai nama, contohnya Lapangan Terbang Tokyo Haneda atau Narita di Tokyo, Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Lapangan Schipol di Amsterdam dan sebagainya.

Cadangan tersebut diutarakan oleh exco Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan PErdagangan Industri Kecil dan Sederhana iaitu Datuk Teng Chang Kim.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada negeri Selangor.

Memetik kenyataannya di Malaysiakini, “Saya belum menerima sebarang permohonan rasmi dari kerajaan Selangor. Setakat ini, nama KLIA kekal.”

Sumber

Continue Reading

Lokal

Rakyat Malaysia Cipta Ciri Tambahan Untuk Menghalang Semua Spoiler ‘Avengers: Endgame’

Published

on

By

Baru-baru ni kecoh apabila spoiler filem Avengers: Endgame dikongsikan di media sosial oleh individu yang tak bertanggungjawab.

Sampaikan pengarah filem tersebut iaitu adik beradik Russo meminta agar penonton untuk tidak menyebarkan spoiler filem itu bagi menghormati mereka yang belum menontonnya lagi.

Alahai, dah nak masuk tahun 2020 dah. Tapi masih wujud lagi golongan yang suka sebarkan spoiler ni.

via GIPHY

Terbaru, bagi mengelakkan spoiler Avengers: Endgame dari melintasi timeline anda, seorang rakyat Malaysia telah membuat ciri tambahan Google Chrome untuk menyekat semua post berkaitan filem berkenaan. Terbaiklah!

Aplikasi khas yang dipanggil No Spoilers dihasilkan oleh Ng Khai Yong, secara automatiknya akan mengaburkan mana-mana post berkaitan filem Avengers: Endgame.

Sumber: Facebook Ng Khai Yong

Continue Reading

Lokal

GEMPAR! Majlis Perkahwinan Diserbu Hantu

Published

on

By

Bayangkan majlis perkahwinan korang diserang oleh makhluk halus atau hantu, macam mana perasaan korang masa tu?

Menjerit tu dah kira wajib lah kalau terserempak dengan hantu ni, tapi mesti ada yang lari tak cukup tanah jugak kan?

Menurut penduduk Kampung Parit 13, Hutan Melintang, Perak, kejadian sebegini berlaku setiap kali majlis perkahwinan dilangsungkan di kawasan mereka.

Tapi korang janganlah ingat hantu betul yang serbu rumah pengantin ni pulak. Bukan!

Sebenarnya, ini salah satu tradisi masyarakat jawa di perkampungan itu yang dipanggil “Abit & Cepet”.

Bagi masyarakat jawa di situ, “Abit” membawa maksud sekumpulan anak muda lelaki yang bermain api dan membuat persembahan dengan memusingkan obor.

Tengok ni.

Manakala “Cepet” pula bermaksud berpakaian menyerupai hantu untuk menakutkan tetamu.

Menurut pengguna Facebook, Ann (bukan nama sebenar), acara ini merupakan acara wajib yang paling dinanti-nantikan tetamu setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan di kawasan itu.

Senang cakap, tak sempurnalah majlis perkahwinan di Kampung Parit 13 ni kalau tak ada acara tradisi ni.

Abit & Cepet ni biasanya dilangsungkan selepas majlis akad nikah, iaitu pada waktu malam ketika majlis titik inai.

Pengantin akan diarak oleh paluan kompang disertai kumpulan Abit yang akan membuat persembahan api sambil berjalan.

Sebaik tiba di rumah pengantin, Cepet yang dari awal dah menyorok akan segera keluar untuk menakut-nakutkan tetamu serta kanak-kanak.

Kata Ann (bukan nama sebenar), ada kejadian sehingga pengantin menangis ketakutan dan tetamu pengsan kerana tak biasa menyaksikan acara itu.

Bagaimanapun jelasnya, acara ini sudah sebati dengan penduduk Kampung Parit 13 dan sekadar hiburan untuk mereka yang bersusah-payah menjayakan majlis perkahwinan.

Sebagai penutup acara “Abit & Cepet” ni, penduduk di situ akan meraikannya dengan semangkuk bubur sum-sum.

Haa, dah macam sambutan Halloween pulak kan siap ada hantu ni semua? 

Jadi, kalau ada antara korang yang nak melangsungkan perkahwinan dengan orang dari Kampung Parit 13, Hutan Melintang ni, pastikan ilmu penuh di dada.

Takut pengsan atau lari tak cukup tanah pulak bila terserempak dengan hantu-hantu kat sini. Hehehehe. 

Oleh: Karami Kamel

Continue Reading

Lokal

Boleh WhatsApp Atau SMS Je, Kalau Nak Buat Aduan Tentang ‘Scammers’

Published

on

By

Pernah tak terima panggilan yang cakap korang ada hutang dengan bank yang jumlahnya tak munasabah langsung!

Atau, tiba-tiba dapat SMS yang cakap korang menang hadiah atau wang tunai, walaupun korang sebenarnya tak pernah masuk pun apa-apa pertandingan sebelum ni.

Haaa jaga-jaga itu semua taktik ‘scammers’ atau penjenayah komersial yang nak pancing duit tanpa kita sedari!

Apa itu jenayah komersial?

Jenayah komersial meliputi jenayah seperti penipuan yang memperdaya seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui pemalsuan. 

Antara jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah komersial adalah penipuan kad kredit, e-banking, wasiat, insuran, antarabangsa, cinta dan pembungkusan.

So, kalau korang pernah ada dalam situasi penipuan ni, jangan risau sebab PDRM dah lancarkan Commercial Crime Investigation Department, CCID Infoline!

Dengan adanya CCID Infoline ni, korang boleh kongsi maklumat, aduan atau pertanyaan tentang jenayah komersial yang pernah terjadi.

Caranya mudah je dengan menghantar aduan tu melalui SMS dan WhatsApp ke nombor 013-2111222.

Tapi ingat tau, nombor ni tak boleh call sebab dikhaskan untuk penghantaran mesej sahaja.

Waktu operasi adalah setiap hari dari 8 pagi hingga 12 tengah malam dan maklum balas akan diberikan dalam tempoh masa terdekat, mudah kan?

Okay lepas ni kalau ada je panggilan atau SMS yang mencurigakan, korang dah tau kan nak buat aduan dekat mana – 013-2111222.

Selamat mencuba!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Satu Keluarga Bazirkan Hampir Satu Kilogram Makanan Setiap Hari, Biar Betul?!

Published

on

By

Percaya atau tak, secara purata, setiap keluarga bazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari!

Ya, itulah realitinya dan ia antara penyumbang terbesar kepada lebih 16,000 tan pembuangan sisa makanan setiap hari di negara ini.

Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata sisa makanan yang dihasilkan oleh keluarga di rumah mewakili 38 peratus, pasar basah 24 peratus, restoran 23 peratus dan hotel 7 peratus.
Malah, trend pembuangan sisa makanan itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada musim perayaan dan bulan Ramadan.

Antara punca utama pembaziran ini berlaku adalah membeli secara berlebihan, penyimpanan makanan tidak sempurna dan faktor gaya hidup mewah.

Jadi, untuk atasi masalah itu, pihak Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia kini sedang menjalankan Projek Pengurangan Sisa Makanan melalui program intervensi berasaskan agama bersama beberapa agensi lain antaranya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp.

Haa lagi beberapa minggu je lagi Ramadan nak bermula ni, confirm la meriah dengan bazar Ramadan, promosi buffet hotel sana sini kan.

Tapiii ingat tau, dalam kita berbelanja, ramai lagi sebenarnya yang tak mampu nak berbuka puasa dengan makanan yang lengkap pun.


Cuba bayangkan lebihan makanan yang kita tak habis makan tu, sebenarnya boleh penuhkan perut mereka yang tak mampu..

So, jom berbalik kepada tujuan asal ibadah puasa iaitu untuk mendidik jiwa dengan rasa syukur terhadap rezeki yang ada.

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Rakaman Video Insiden Letupan Dan Kebakaran Di Kilang Petrokimia di Pengerang

Published

on

By

Insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor yang berlaku pada jam 1.15 pagi berjaya di padamkan sepenuhnya pada 2.15 pagi tadi.

Difahamkan, terdapat dua warga tempatan mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, mereka menerima laporan pada 1.20 pagi berhubung insiden kebakaran kecil yang berlaku di salah satu lot tapak projek.

Kenyataan media Polis Johor.

Kenyatan media Petronas.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Video kejadian.

Malah ada yang mendakwa letupan dan gegaran itu dapat didengari dan dirasai sehingga ke Singapura!


Sumber:

  1. Astro Awani
  2. Twitter @sheqalsaliman

Continue Reading

Lokal

Lepas Ni Budak Sekolah Lebih Tahu Tentang Undang-Undang Negara Berbanding Orang Dewasa. Kenapa?

Published

on

By

Jangan terkejut kalau lepas ni murid sekolah lebih tahu tentang sistem perundangan negara berbanding orang dewasa!

Sebab apa? Sebab kerajaan telah melancarkan program “From Courtroom to Classroom”, MYC2C tau!

Program itu merupakan kerjasama antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan Kementerian Pendidikan.

MYC2C diwujudkan untuk memberi pendedahan mengenai undang-undang negara kepada masyarakat seawal di bangku sekolah.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah lawatan ke mahkamah baru-baru ini manakala lawatan hakim dan peguam ke sekolah pula akan bermula Jun nanti.

Untuk pengetahuan korang, program sebegini sudah pun dilaksanakan di beberapa negara seperti Amerika, Britain dan Filipina tau.

Haa kalau dah tau pasal undang-undang, mungkin kes buli dan salah guna dadah di sekolah pun dapat ditangani.

Jadi, adik-adik yang bakal sertai program ini jangan sia-siakan peluang yang diberikan, mana tau korang ada potensi nak jadi peguam pada masa akan datang!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Satu Lagi Karya Daripada Penulis Terkenal, Ramlee Awang Murshid Bakal Di Filemkan

Published

on

By

Selepas Tombiruo, kini sebuah lagi filem thriller yang diadaptasi dari novel penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid bakal diterbitkan.

Menerusi status Facebook Ramlee Awang Murshid Fan Clun (RAMFC) memberitahu, Ramlee Awang Murshid menerusi syarikat produksi baru dalam perancangan menerbitkan filem adaptasi dari Novel Terlaris 2018 iatu Banja Manggala.


Setakat ini, filem ini masih dalam proses pra-produksi. Filem ini dijangka menemui peminat selewat lewat pada tahun 2020. 

Continue Reading

Lokal

YUNA Tampil Dengan Lagu Baru Dan Ini 6 Perkara Yang Anda Pasti Tidak Tahu

Published

on

By

Akhirnya, penyanyi dan penulis lagu Malaysia yang mencipta nama di pentas dunia, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna melancarkan lagu terbarunya. Dengan berjudul Forevermore, Yuna turut melancarkan video muzik pada 5 April, tepat jam 12 tengah hari.

Jadi, suka kami berkongsi beberapa perkara yang anda mungkin terlepas pandang akan lagu baru Yuna ini:

1. Yuna pernah perform lagu ini secara Live

Sebenarnya, Yuna dah pernah perform lagu Forevermore ini secara live. Berdasarkan carian di Youtube, Yuna pernah menyanyikan lagu ini buat kali pertama ketika beliau menyanyi di Neon Light Festival 2018 di Singapura.

2. Penerbit dan penulis lagu ini pernah mendapat pencalonan Grammy

Lagu ini bukan sahaja ditulis oleh Yuna. Namun, ia mendapat sentuhan seorang penulis dan juga penerbit, Robin Hannibal. Sebelum ini, Robin juga pernah menghasilkan beberapa lagu Yuna untuk album Crush. Sebenarnya, Robin Hannibal pernah beberapa kali tercalon untuk Anugerah Grammy. Jadi, sama-samalah kita harapkan Yuna tercalon untuk Anugerah Grammy akan datang.

3. Lagu ini terhasil dan terinspirasi daripada ritma syair tradisional melayu

Berdasarkan video disebalik tabir Forevermore, Yuna bercerita yang beliau menulis lagu ini berinspirasikan melodi dan ritma syair tradisional. Jika anda mendengar lagu tersebut, humming ala-ala syair melayu diletakkan pada awal lagu ini.

4. Video Muzik Forevermore Mengangangkat ‘Pemandangan’ Rakyat Malaysia

Kalau anda sudah menonton video muzik Forevermore, pasti anda akan teruja dengan latar belakang dan elemen-elemen Malaysia yang ditonjolkan. Pengambaran video muzik ini telah dijalankan di Perlis dan Kuala Lumpur. Antara tempat-tempat yang muncul ialah Kuala Perlis, Timah Tasoh dan Batu Caves.

5. Video Muzik Forevermore Menyaksikan Yuna Menari

Jika kita melihat video muzik Yuna sebelum ini, kita boleh lihat konsep yang ditonjolkan oleh Yuna ialah travelog dan lakonan. Namun, kali ini Yuna step up the game dengan tarian yang mengujakan. Ramai yang terpegun dengan aksi tarian Yuna.

6. Pengarah Video Muzik Forevermore Diarah Oleh Suami Yuna Sendiri

Adam Sinclair merupakan suami kepada Yuna. Beliau lah yang bertanggungjawab untuk mengarahkan video muzik tersebut. Hasilnya memang padu dan memang nampak on another level.

Jadi, kalau anda masih tak tonton video muzik Forvermore lagi, cepat tengok sekarang dan join the party!

Sumber: allmusic.comyoutube Akiff Kasban , Youtube Yuna

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Lokal

Selepas Insiden Pencemaran, Sungai Kim Kim Bakal Jadi Macam Thailand?

Published

on

By

Bila sebut je pasal Sungai Kim Kim, kita mesti terbayang kes pencemaran akibat pembuangan sisa kimia yang berlaku bulan lepas kan.

Memang tak dinafikan insiden yang menjejaskan kesihatan lebih 5,000 penduduk termasuk penutupan 111 sekolah di Pasir Gudang itu memberi kesan yang mendalam buat seluruh warga Malaysia.

Tapi, apa kata kita lupakan kejap tentang insiden itu sebab Sungai Kim Kim akan berubah wajah!

Ya, sungai itu bakal dibangunkan sebagai pusat perniagaan atas air pertama di negara ini.

Foto: Sungai Kim Kim

Ala-ala ‘floating market’ yang famous dekat Thailand dan Vietnam tuu..

Foto: Floating Market
Foto: Floating Market

Tapi, kata ADUN Permas Jaya, sebelum sebarang pembinaan dilakukan, kerja pembersihan akan dijalankan selama 3 bulan supaya Sungai Kim Kim bersih sepenuhnya.

Foto: ADUN Permas Jaya

Cadangan itu juga katanya sudah dipersetujui oleh Menteri Besar Johor dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kalau difikirkan balik, macam ada hikmah di sebalik kes pencemaran sisa kimia di sungai itu sebelum ini.

Mana taknya, perubahan itu bukan saja dapat bantu masyarakat setempat menjalankan perniagaan malah menjadikan Sungai Kim Kim sebagai tarikan pelancongan ke Johor.

Jadi, lepas ni dah tak payah nak terbang jauh-jauh ke Thailand dan Vietnam sebab kita dah ada ‘floating market’ sendiri!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Trending