Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

Datuk Siti Bakal Jadi YB?

Published

on

Bayangkan jika Datuk Seri Siti Nurhaliza terjun ke dunia politik!

Dengan populariti yang masih bertahan selepas 2 dekad, sudah tentu Siti akan dengan mudah jadi YB!

Best kan, panggilan YB Siti Nurhaliza 🙂

Tapi sabar ye, penyanyi nombor 1 negara itu tidak berhasrat untuk sertai bidang politik.

Kata beliau kepada Kosmo, biarpun sering terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sejak akhir-akhir ini, beliau tiada sebarang rancangan ke arah itu.

Sebaliknya, Siti mahu fokus terhadap bidang seni dengan terus menghiburkan peminatnya.

Lebih manis, tahun ini Datuk Seri Siti akan mengadakan konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour di Malaysia, Indonesia, Singapura dan United Kingdom.

Siti bakal menyambut hari lahirnya yang ke-40 pada Jumaat ini.

Selamat Hari Jadi Siti!

Ditulis oleh: Izzati Amir

Lokal

Social Media Influencer Juga Akan Dikenakan Cukai

Published

on

By

Mana-mana individu yang memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan perlulah mengisytiharkan pendapatan dan akan dikenakan cukai. Tak kisah lah kalau bawah umur sekalipun, mereka tetap akan dikenakan cukai.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai, tulis Sinar Harian.

Ibu bapa atau penjaga masing-masing perlulah mengisytiharkan pendapatan yang diperolehi oleh anak-anak di bawah umur bagi pihak mereka.

Tahukah anda, penjanaan pendapatan melalui media sosial dikategorikan sebagai profesion? Mereka yang berkenaan perlu mengistiharkan pendapat dan dibenarkan menuntut perbelanjaan dan pembayaran balik cukai.

Imej dari Freepik

LHDN akan mengesan individu yang gagal menisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat-syarikat yang membayar untuk perkhidmatan social media influencer terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing.

Sumber Harian

Continue Reading

Lokal

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik

Published

on

By

Selepas 72 jam memegang gelaran Dewi Remaja 2018/2019, mahkota Haneesya Hanee ditarik balik gara-gara kontroversi yang melanda baru-baru ni.

Menerusi sidang media yang disiarkan menerusi Facebook, gelaran itu telah ditarik semula dan ini insiden merupakan kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja.

Menurut editor Remaja, Faiz Aimman telah melanggar peraturan pertandingan iatu mempamerkan pelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ dalam karier mereka di masa depan.

Dengan penarikan ini, bermakna tahun tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019.

Manakala,  Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.

Kredit: Remaja

Continue Reading

Lokal

Seakan Hilang Sabar, Atlet Luah Kekecewaan Menerusi Instagram

Published

on

By

Seakan sudah hilang sabar, jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin meluahkan kekecewaan berhubung situasi yang dialaminya ketika ini.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, Irfan mempersoalkan tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenai program latihannya selaku atlet kebangsaan.

View this post on Instagram

Just wanna ask you @syedsaddiq, mula2 you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta merta selepas saya pecahkan record kebangsaan 13 kali, 3x SEA Games gold and Asian Championship Silver medal yang saya bersama sama achieved with my coach within 6 years of working together dan elaun dipotong separuh. I’m still alright with it, but right now the situation is I’m without coach dan saya nak pergi training camp tapi tiada bajet (ticket flight saya dah beli). May I ask you a question Yb, you suruh athletes buat results, but you terminate my coach contract, and now that I’ve a new coach(so far saya bayar pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya takda coach, and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me? adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB? #youthpower #formycountry

A post shared by Irfan Shamshuddin (@irfan_sham) on

Antaranya mengenai pembubaran Program Podium selain pemecatan jurulatihnya, Frank Petrovic yang membantunya mencapai pelbagai kejayaan sejak enam tahun lalu.

Untu rekod sepanjang di bawah bimbingan Petrovic, Irfan tidak pernah gagal untuk memperbaharui rekod kebangsaan setiap tahun dalam mana-mana kejohanan.

Rata-rata netizen dilihat senada dengan kenyataan Irfan dan turut mahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan penjelasan.

Ada juga diantara mereka yang membuat sindiran pedas kepada Menteri Belia dan Sukan itu.

“Adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB?” kata Irfan di hujung entrinya.

Diharapkan Syed Saddiq segera memberi penjelasan berhubung kemelut ini atau akan ada atlet lain yang membuat kenyataan terbuka seperti.

Buat Irfan, jangan marah-marah okay! Moga tahun 2019 akan terus memberi kejayaan demi kejayaan buat anda dan atlet-atlet lain.

Majulah sukan untuk negaraku Malaysia!

Oleh: Shah Rahimi

Continue Reading

Lokal

Kes Hamil Luar Nikah Ketika Ini Dilihat Amat Membimbangkan

Published

on

By

Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini dilihat amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes itu adalah ketagihan seks dalam kalangan remaja. 

Pengurus Operasi Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja, Raudhatus Sakinah, Muha Anun Mohd Noor ada berkongsi dengan kami pengalamannya mengendalikan kes itu.

Tambah Muha, di Raudhatus Sakinah, pihaknya menekankan aspek pengurusan hati dan emosi agar mereka tidak terjebak semula dengan masalah itu.

Dalam pada itu, masalah hamil luar nikah boleh memberikan tekanan emosi yang melampau buat remaja yang menghadapinya.

Pakar psikologi klinikal, Azlina Mohd Ghaffar berkata, pengalaman buruk yang dialami mangsa telah mendorong mereka untuk membuang bayi tersebut.

Malah, terdapat juga kes di mana mangsa alami kemurungan kerana rasa bersalah menyerahkan bayi mereka kepada orang lain.

Tambah Azlina, antara jalan penyelesaian terbaik untuk tangani masalah itu adalah dengan berkongsi perihal kehamilan itu dengan pihak yang dipercayai.

Langkah itu penting agar mangsa dapat mengawal diri daripada membuat keputusan salah yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.  

Jadi, bagi anda yang mungkin berdepan dengan masalah sama dan memerlukan bantuan dan sokongan emosi bolehlah hubungi Befrienders KL di talian 03-79568145 atau Raudhatus Sakinah di talian 03-6178 1922.

Tengok ni.

Continue Reading

Lokal

Kementerian Pendidikan Malaysia Jawab Isu Gambar Buku Teks

Published

on

By

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera membetulkan infografik pada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3.

Ia susulan halaman 67 dalam buku teks itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung ‘penjagaan kehormatan anggota seksual.’

Ralat akan dibuat dalam bentuk ‘QR Code’ esok untuk makluman guru, murid dan ibu bapa. 

Manakala ralat dalam bentuk pelekat akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah mulai 29 Januari ini.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Oleh: Joen Hamzah

Continue Reading

Lokal

Akhirnya, Subjek Pendidikan Seks Masuk Sekolah ?

Published

on

By

9 peratus murid dalam kelas peralihan seluruh negara aktif melakukan hubungan seks!

Terkejut atau tidak dengan statistik ini?

Maka tidak hairanlah apabila isu pendidikan seks di sekolah kembali menjadi perhatian.

Dan, tepat pada masanya, kerajaan kini dalam usaha untuk mewujudkan subjek pendidikan seks di sekolah. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan tentang perkara itu.

“ 9 peratus itu bukan angka yang kecil! Semakin kita lengah, semakin banyak peningkatannya. Jadi kita harus memahami mengapa mereka melakukan perkara itu. Tapi, kadang-kadang kita gagal memahaminya. Jika benarlah mereka aktif secara seksual seawall usia 13 tahun, maka kita akan berada dalam dunia penafian jika tidak berbicara tentang seks” katanya.   

Tambahnya, subjek itu amat penting dalam menyampaikan fakta  yang benar mengenai seks kepada kanak-kanak.

Hannah Yeoh bagaimanapun berkata langkah itu akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

Buat masa ini, pihak berkuasa akan memikirkan langkah lain yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini.

Takutnyaa bila fikirkan apa yang terjadi terhadap generasi akan datang kalau masalah ini tidak dibendung!

Diharap usaha ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan kesan positif kepada generasi muda! 

  • Oleh Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Sultan Johor Pandu Proton Saga Hantar Tun M!

Published

on

By

Pertemuan Sultan Johor dan Perdana Menteri semalam ternyata membuatkan netizen dan rakyat teruja!

Manakan tidak, ia kali pertama Tun Dr Mahathir Mohamad diterima menghadap Sultan Johor selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri pada Mei lepas.

Malah ia juga dikatakan pertemuan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun.

Ujar Perdana Menteri, pada pertemuan selama lebih sejam itu mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk permasalahan rakyat.

Namun ujar Tun M, isi perbincangan biarlah diketahui mereka sahaja sambil memaklumkan perjumpaan itu bukan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Imej dari Instagram Kosmo

Turut menarik perhatian, Sultan Ibrahim juga berkenan hantar Tun M ke lapangan terbang dengan memandu sendiri kereta Proton Saga pertama yang berusia 34 tahun.

Kereta berwarna biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah hadiah Dr Mahathir kepada ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu merupakan Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Mengimbau kembali nostalgia, Tun M dedahkan Proton Saga tersebut ketika itu hanya berharga 17,000 ringgit, dan kini sudah merekodkan perjalanan sejauh 22,000 km. 

Foto berkenaan dikongsi di laman Facebook dan Instagram rasmi baginda yang kini viral dan disambut baik rakyat.

(Foto Kredit : Facebook dan Instagram rasmi Sultan Johor )

Oleh: Joen Hamzah

Continue Reading

Lokal

Sewa Bilik RM100 Sebulan, Khas Buat Golongan Bujang Berpendapatan Rendah

Published

on

By

Tersepit dengan sewa bilik yang tinggi di Kuala Lumpur?

Impikan bilik sewa yang murah dan ideal di ibu kota?

Jangan risau, impian anda bakal jadi kenyataan!

Ini kerana DBKL bakal perkenalkan skim ‘micro housing’ yang menawarkan bilik sewa serendah RM100 sebulan khas buat golongan bujang yang berpendapatan rendah.

Melalui program itu, lebih 200 bilik berkonsepkan ‘hotel kapsul’ akan disediakan di sebuah bangunan yang diubah suai di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Projek itu dijangka siap pertengahan tahun ini dan permohonan akan mula dibuka dalam tempoh yang sesuai.

Jadi, golongan bujang di luar sana, jangan terlepas peluang keemasan ini yea.

Oleh Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Fenomena Durian Bakar Jadi Sebutan Orang Ramai, Termasuk Pelancong

Published

on

By

Ramai antara kita yang amat meminati akan raja buah, iaitu buah durian. Daripada isi durian, kepada inovasi makanan seperti kek, aiskrim dan lain-lain lagi, pasti ramai yang terliur bila mendengarnya.

Terbaru, di Jalan Gaya Food Night Market, Kota Kinabalu, terdapat fenomena durian bakar yang menjadi sebutan orang ramai, termasuk pelancong.

Diasaskan oleh Dennis Chan, idea asal untuk menghasilkan durian bakar ini adalah daripada gerai yang berdekatan yang menjual kelapa bakar. Durian bakar milik Dennis Chan dilaporkan dijual sehingga RM60.

Menurutnya, antara pengunjung yang menyukai resipi durian bakar beliau adalah seperti dari China dan Korea Selatan.

Dekat tempat korang ada jual durian bakar ni tak?

Sumber: Malay Mail

Continue Reading

Lokal

Majlis Sukan Negara Pandang Serius Prestasi Bekas Juara Dunia Skuasy

Published

on

By

Persatuan Raket Skuasy Malaysia akan adakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara dan Datuk Nicol David dalam masa terdekat.

Ia berhubung program latihan bekas pemain no 1 dunia itu di Belanda bersama jurulatih, Liz Irving yang dilihat tidak lagi berkesan.

Ketika ini, bekas juara dunia lapan kali itu duduki ranking ke 13 dunia.

Oleh: Izwan Saman

Continue Reading

Trending