Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Filem Sang Pemimpi: “Tanpa Mimpi Dan Harapan Orang Seperti Kita Akan Mati”

Published

on

Filem Sang Pemimpi adalah sebuah filem adaptasi novel karya Andrea Hirata. Biarpun diterbitkan pada tahun 2009 namun filem ini kekal relevan dan terus malar segar 10 tahun selepas itu.

Sang Pemimpi merupakan sequel kepada karya Laskar Pelangi. Jika di filem Laskar Pelangi mengisahkan 10 orang pelajar miskin yang mahu belajar, namun dalam Sang Pemimpi, ia mengangkat 3 tokoh utama iaitu Ikal, Arai dan Jimbron.

Jalan cerita Sang Pemimpi sungguh santai dan menyentuh hati. Filem ini membawa anda merasai pengalaman 3 orang budak miskin. Arai; seorang anak tunggal yang hidup sebatang kara setelah kematian ibu dan bapanya. Jimbron; seorang anak yang gagap setelah kehilangan ibu dan bapanya. Ikal; seorang budak lelaki yang penuh kemiskinan namun dia agak bernasib baik kerana mempunyai ibu dan bapa.

Biarpun mereka hidup serba kekurangan, namun mimpi mereka sangat besar dan tinggi. Malah, jika difikirkan mimpi mereka itu terlalu tinggi dan tidak cocok dengan status hidup mereka di dunia ini. Tetapi, segala kekurangan itu bukanlah alasan mereka untuk berhenti bermimpi.

Filem ini mengangkat tema pendidikan dalam kemiskinan. Setiap saat jalan cerita ini memberi harapan kepada penontonnya untuk terus bermimpi dan mengejar mimpi itu. Tetapi, filem ini tidaklah menyuruh penontonnya untuk bermimpi sahaja tanpa usaha. Terdapat satu dialog dalam filem tersebut yang berbunyi,

“Yang paling penting, bukanlah seberapa besar mimpi kalian, tapi seberapa besar kalian untuk mimpi itu.” Cikgu Julian Balia

Menonton filem ini akan membuatkan anda tersentuh tentang bagaimana orang-orang yang tidak bernasib baik berjuang di dalam hidup mereka untuk terus hidup. Biarpun dalam keadaan kemiskinan namun, kekurangan itu langsung tidak menghalang mereka untuk berkongsi.

Antara babak yang paling menarik adalah apabila watak Arai dan Ikal yang gigih berkerja mengumpul wang untuk merealisasikan mimpi mereka tetapi mereka memilih untuk menyumbangkan wang tersebut kepada seorang ibu yang miskin untuk dijadikan modal berniaga.

Sang Pemimpi juga mengajar penontonnya akan erti persahabatan. Jimbron, seorang yang gagap dan terlalu gilakan kuda. Setiap hari pastinya akan berkata tentang kuda. Sehinggakan mahu menawan hati seorang gadis pun mahu menggunakan kuda.

Demi merealisasikan ‘kegilaan’ Jombron, Arai telah berkerja lebih dan secara senyap. Dia mengumpul wang sedikit demi sedikit, hari demi hari. Sehinggalah suatu hari, Arai pulang ke tempat teduhan mereka dengan membawa kuda yang disewa khas buat Jimbron.

Babak yang pasti akan membuatkan anda mengalir air mata semestinya apabila mereka berusaha belajar demi mencapai cita-cita untuk belajar ke Eropah. Filem ini benar-benar mendidik kita untuk menjiwai erti manusiawi dan bukannya bersifat narcissism.

Jalan cerita Sang Pemimpi ini sangat sempurna. Dari segi teknikal pula, ketidaksempurnaan teknikal tersebutlah menyempurnakan filem ini. Jadi, usah ditonton filem ini untuk mencari ketidaksempurnaan kerana kalian akan kecewa dengan hidangan yang diberikan.

Tontonlah filem ini dengan penuh jiwa. Kelak anda akan sentiasa bersyukur dan mahu terus bermimpi.

“Tanpa mimpi dan harapan orang-orang kayak kite ni akan mati, Kal”- Arai, Sang Pemimpi

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Info

Tukang Kebun Guna Besi Buruk Buat Kereta Kecil

Published

on

By

‘Supercar’ ini dicipta oleh seorang lelaki yang berasal dari Bandar Zhengzhou, China. Kereta ini merupakan sebuah replika mini Lamborghini Aventador, yang dibuat sendiri oleh seorang pekebun tua yang dikenali sebagai Mr. Guo.

Guo menghasikan kereta kecil ini dengan menggunakan besi buruk dan komponen-komponen dari motorsikal lama. Saiznya kereta ini ialah 6.56 kaki x 3.26 kaki dan ia menggunakan kuasa motor elektrik yang padat dengan lima set bateri. Kereta ini dikatakan boleh meluncur sehingga 60km dengan kelajuan 96km/j.

11841113071544859114

“Ianya Cuma mainan untuk cucu saya, akan tetapi saya juga boleh menghantar dan mengambil beliau ke sekolah. Ianya lebih baik dari sebuah basikal elektrik,” jelas Guo.

 

Continue Reading

Inspirasi

Suami Isteri Tanam 4 Juta Anak Benih Untuk Pulihkan Hutan Yang Telah Botak. Lihat Hasilnya

Published

on

By

Jurugambar dari Brazil, Sebastiao Salgado dan isterinya, Leilia Deluiz Wanick Salgado telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Sekecil manapun usaha seseorang, hasilnya pasti terlihat juga.

Kecewa melihat hutan, tempatnya membesar semakin botak pasangan suami isteri itu nekad menamam semula pokok-pokok di sana.

Pasangan ini telah mengasaskan Institut Terra, iaitu organisasi kecil untuk menanam 4 juta anak benih untuk memulihkan hutan itu.

Penanaman pertama anak benih bagi projek penghutanan semula Bulcao Farm adalah pada Disember 1999.

Katanya, idea itu datang daripada isterinya.

Selepas 20 tahun proses membaik pulih dijalankan hutan tersebut kembali di penuhi pokok-pokok yang menghijau serta hidupan-hidupan lain mula kembali ke tempat asal mereka.

Terbaiklah! Sikap sebeginilah yang harus dicontohi. Yang pasti, tiada apa mustahil dalam dunia ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, gitu.

Sumber:

1. Bored Panda

2. instituto terra

Continue Reading

Inspirasi

Tak Sangka Phone Dipulangkan Oleh Paus Beluga

Published

on

By

Tak nak lepaskan peluang untuk melihat ikan paus Beluga yang dikatakan sering berada di pantai Hammerfest, Norway yang ditemukan sekumpulan nelayan bulan lalu, dua gadis telah berkunjung ke pantai itu untuk melihat sendiri mamalia laut tersebut.

Ketika sedang menanti kelibat haiwan itu muncul, telefon bimbit Mansika terjatuh ke dalam air.

Disangkakan telefon itu hilang buat selama-selamanya, tak sangka pula ikan paus yang dinanti-dinanti itu muncul dengan membawa telefonnya kembali. Cerdiknya!

Momen istimewa itu bagaimanapun berjaya dirakam oleh teman Mansika iaitu Isa Opdahl Larsson dan memuat naik video tersebut di Instagram.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Serius Comel! Terhibur Tengok Reaksi Kanak-Kanak Ini Dapat Kaki Baru

Published

on

By

Ahmad Sayed Rahman, budak lelaki berusia lima tahun dari Afghanistan, telah kehilangan kaki kanannya ketika berusia lapan bulan akibat terkena peluru.

Rahman telah memakai beberapa kaki palsu sepanjang empat tahun yang lalu.

Baru-baru ini, Rahman telah menerima kaki prostetik yang baharu.

Disebabkan terlalu teruja, dia mula menari di hadapan ahli fisioterapi dan jururawat.

Tengok ni.

Reaksi Rahman itu telah dirakam oleh Melgara Rahimi, salah seorang ahli terapi di pusat perubatan ICRC di Kabul.

Video Rahman menari jadi viral selepas ia di muat naik ke Twitter.

Sehingga kini Tweet tersebut telah mendapat 12,207 retweet dengan lebih 40,000 likes.

Rata-rata terhibur dengan keletah Rahman dan tak kurang juga terharu melihat reaksi si cilik itu.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Bapa Kreatif Design T-Shirt Agar Anak Boleh Bermain Sambil Urut Badan

Published

on

By

Tipulah kalau ada yang kata parents tak pernah suruh tolong picit-picitkan (urut) belakang badan.

Benda paling basic yang kita buat pun adalah tolong pijak belakang badan bila malas.

Seorang bapa kreatif dari Jepun telah menghasilkan design t-shirt yang memberi inspirasi untuk anak tolong urutkan belakang badan sambil bermain. LOL!

Tengok ni.

Menurut Ken, dia kerap membuat kerja sambil meniarap guna laptop.

Pada satu hari, anaknya datang dan landing di belakang badannya sambil bermain dengan kereta mainan.

Secara tak langsung, idea untuk menghasilkan baju dengan design trek kereta api itu datang tiba-tiba. Maka terhasilkan t-shirt dengan hidden function ini. HAHA!

Kreatif gila kan?

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Video Viral Lelaki Lompat Ke Landasan Kereta Api Demi Seorang Gadis

Published

on

By

Seorang lelaki Turki diangkat sebagai hero selepas dia berjaya menyelamatkan nyawa seorang gadis daripada digilis kereta api.

Tindakan pantas Ercan Kaya, 26, melompat turun ke landasan kereta api dan menarik gadis berkenaan dilihat sebagai satu tindakan yang berani dan hebat.

Insiden mencemaskan itu berjaya dirakam CCTV.

Tengok ni.

Sejak tweet berkaitan video berkenaan viral, tak putus-putus orang mengucapkan tahniah dan memanggilnya hero.

Menurut Ercan, dia menyedari bahawa seseorang perlu melompat turun untuk menyelamatkan nyawa gadis itu.

“Saya gembira dapat menyelamatkan nyawa seseorang.”

Media Habertürk melaporkan, gadis berusia 16 tahun itu dikatakan melompat ke landasan kereta api stesen Mustafa Kemal Küçükçekmece, Istanbul dalam cubaan membunuh diri namun gagal kerana dia berjaya diselamatkan.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Siapa Sangka, Kuasa Viral Mampu Ubah Nasib Keluarga Ni!

Published

on

By

Ingat tak awal tahun dulu ada satu kisah tentang seorang lelaki Melayu ni bantu dua beranak yang ambil upah cuci kereta viral dekat media sosial?

Okay, kalau tak ingat jom kita ‘flashback’ balik kisah tu,
Kisah bermula apabila kereta milik seorang lelaki ni, Adi W. Kamal dihampiri oleh seorang kanak-kanak India yang lengkap berpakaian sekolah menawarkan khidmat cuci kereta.

Apabila ditanya, rupa-rupanya dia dan ayahnya ambil upah cuci kereta di kawasan itu tanpa menetapkan jumlah bayaran! 

Tersentuh dengan tindakan itu, Adi terpanggil untuk mengajak orang ramai memberikan sumbangan kepada keluarga Sukumaran Sanmugam melalui satu posting di Facebooknya.

Haa, jadi baru-baru ni kru Free Malaysia Today telah mempertemukan Adi dan Sukumaran sekeluarga.

Nampaknya tindakan Adi menviralkan kisah hidup keluarga Sukumaran dulu berjaya ubah nasib mereka sekeluarga.

Ramai yang datang membantu antaranya bekas Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak!

Awww so sweet kan!

Rata-rata netizen puji tindakan Adi kerana sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Sikap sebeginilah yang harus diamalkan oleh semua rakyat Malaysia!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

4 Tokoh Wanita Negara Yang Diangkat Ke Jawatan-Jawatan Tertinggi Negara

Published

on

By

Jawatan Ketua Hakim Negara kini disandang Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang dilantik bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

Sebelum Tengku Maimun, sebenarnya dah ada beberapa wanita yang diangkat ke jawatan-jawatan tertinggi negara sejak kebelakangan ini.

Antaranya tak lain tak bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah merupakan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Turut menempa nama Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara, wanita kedua dilantik ke jawatan penting itu selepas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Baru beberapa bulan je dilantik, Nor Shamsiah diiktiraf sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia Pasifik 2019 oleh majalah kewangan UK, The Banker.

Ingat lagi dengan hakim mahkamah tinggi syariah, Nenney Shushaidah Shamsuddin?

Ha, beliau pula tersenarai antara 100 Wanita Inspirasi oleh saluran berita antarabangsa, BBC.

Beliau juga adalah satu-satunya wanita Malaysia daripada 13 wanita di Asia yang dipilih berdasarkan sumbangan dan semangat perjuangan.

Hebat kan srikandi-srikandi Malaysia ni? 

Sebenarnya, wanita-wanita Malaysia ni pun beruntung sebab suara semakin didengari, juga bakat dan kebolehan terus diberi pengiktirafan.

Oh ya, Hari Ibu pun dah tak lama lagi. Penulis ambil kesempatan ni nak ucap selamat Hari Ibu kepada semua ibu sama ada yang bekerjaya dan menguruskan rumah tangga.

Sayangi diri dan pelihara naluri wanita anda. Eccewahhh!

Oleh: KJ 
Foto: AWANI & YADIM

Continue Reading

Inspirasi

Mengagumkan! Lukisan Ini Terhasil Dari Tompokan Air Kopi Yang Tertumpah

Published

on

By

Dah nama pun tangan berseni, lukis apa pun jadi.

Steffan Kuhnigk, seorang pereka dari Jerman menghasilkan lukisan menarik hanya dari tompokan air kopi yang tertumpah di atas alas meja kertasnya.

Dia mencabar dirinya untuk menghasilkan sesuatu dari tompokan air kopi yang tertumpah dan menganggap ia sebagai satu latihan menguji kreativiti.

Lihat hasilnya..

Hebatkan?

Sejak itu, dia akan menumpahkan sedikit air kopi pada helaian kertas bagi menghasilkan lebih banyak Coffee Monster.

Tengok ni.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Wanita Ini Tersedar Selepas 28 Tahun Koma

Published

on

By

Pelik tapi benar, seorang wanita koma selama 28 tahun akhirnya tersedar.

Foto: Freepik

Munira Abdulla dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) kemalangan pada tahun 1991 dan ketika dia berusia 32 tahun.

Ketika kemalangan, dia dan anak lelakinya berada di dalam kereta, baru pulang dari sekolah sebelum mereka dirempuh sebuah bas.

Akibat dari kemalangan itu, Munira mengalami kerosakan otak yang teruk manakala anaknya, Omar ketika itu baru berusia empat tahun hanya cedera ringan.

Munira kemudiannya dihantar ke hospital di London untuk mendapatkan rawatan sehingga dia berjaya dikembalikan dalam keadaan separa koma.

Selepas berpuluh tahun mendapatkan rawatan di sana, akhirnya dia dibawa pulang semula ke Dubai pada tahun 2017.

Kos perubatan di Dubai dibiayai oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed dengan menggunakan rawatan dari Jerman.

Menurut anaknya, kini keadaannya semakin pulih dan boleh bercakap seperti biasa.

Kata Omar lagi, jangan mudah putus harapan.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Trending