Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Tengok Sini

Hotel Tawarkan Perkhidmatan Update kan Instagram Ketika Pengunjung Bercuti

Published

on

Relax We Post merupakan satu servis baru yang ditawarkan di Ibis Hotel Swiss, Switzerland yang membolehkan pengunjung berehat dari media sosial semasa menikmati percutian mereka, tetapi akaun Instagram mereka masih dikemas kini cuma bukan oleh mereka sebaliknya “Instagram sitter” mereka.

Untuk perkhidmatan Relax We Post ni,  rantaian hotel Swiss ini bergabung dengan lebih daripada 10 orang influencer terkenal, termasuk Anna Maradan, Cristina Gheiceanu, Pascal Erband dan Elay Leuthold, yang akan menjadi “Instagram Sitter” yang menjaga akaun Instagram pengunjung hotel termasuklah mengambil serta memuat naik gambar, insta story serta membalas komen.

Dengan perkhidmatan ini, Ibis cuba menghilangkan stress pengunjung yang aktif di media sosial  dengan memudahkan urusan mereka dalam mengemas aktiviti terbaru mereka. Mereka hanya perlu berseronok kerana setiap momen terbaik tidak akan terlepas dari dirakam. Dengan syarat anda perlu menyalurkan Login ID dan password kepada pihak pengurusan hotel. Kalau tidak macam mereka nak update gambar.

Hotel tersebut berharap servis dan promosi ini akan meningkatkan lagi keuntungan syarikat. Setakat ini perkhidmatan Relax We Post adalah percuma kepada tetamu yang menginap di hotel Ibis di Zurich atau Geneva.

 

Sumber

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending