Hampir 10 ekor kucing yang masih hidup telah diselamatkan individu ini selepas menemui mereka dalam tiga beg bagasi yang ditinggalkan.
![hampir 10 ekor kucing masih hidup ditemui ditinggalkan dalam tiga bagasi [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Jan/26/kucing-beg-1.png)
Menerusi video Tiktok @sheikharjans, mereka pada mulanya ternampak sebuah kereta memasuki kawasan parkir kedai makannya, kira-kira jam 10.30 malam. Namun 15 minit kemudian kereta tersebut beredar meninggalkan kawasan itu.
Advertisement
“Mungkin mereka ubah fikiran untuk makan tempat lain. Kemudian pada pukul 3 pagi, pekerja ternampak ada tiga buah bagasi di kawasan parkir kereta,” kata @sheikharjans.
Selepas mereka memeriksa bagasi itu, alangkah terkejutnya mereka apabila menemui empat ekor kucing dewasa dan beberapa ekor anak kucing lain.
![hampir 10 ekor kucing masih hidup ditemui ditinggalkan dalam tiga bagasi [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Jan/26/screenshot-2024-01-23-at-12-10-03-pm.png)
![hampir 10 ekor kucing masih hidup ditemui ditinggalkan dalam tiga bagasi [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Jan/26/screenshot-2024-01-23-at-12-10-11-pm.png)
“Sampai ada yang terberak, terkencing dalam bagasi itu. Kesemua kucing itu berasa lemas, rimas, lapar, dan ketakutan dalam gelap.
“Adalah dalam 6 jam juga kucing-kucing malang itu berasak-asak cuba melepaskan diri daripada bagasi tersebut,” kata beliau.
@sheikharjans sayangi makhluk #straycat #stray #catsoftiktok #alarjan #seberangjayapenang #penang ♬ Very Sad - Enchan
Video yang tular di Tiktok itu mendapat pelbagai reaksi berbeza warganet yang rata-rata mengecam tindakan pemilik kucing tersebut kerana bertindak kejam memperlakukan kucing sebegitu.
![hampir 10 ekor kucing masih hidup ditemui ditinggalkan dalam tiga bagasi [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Jan/26/screenshot-2024-01-23-at-12-10-28-pm.png)
Malah, orang ramai juga mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana menyelamatkan kucing-kucing malang berkenaan.
Sumber: Tiktok