Empat pemain badminton China dikenakan penalti kerana gagal mencuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan beregu pada tahun 2018.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada suku akhir Terbuka Fuzhou di China pada November 2018 yang mana bekas pasangan beregu nombor dua dunia berentap, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen berentap dengan pasangan beregu ke-17 terbaik di dunia, He Ji Ting dan Tan Qiang.
Advertisement
Pemain Denmark yang memerhati mereka melaporkan kepada pengadil bahawa perlawanan itu tidak dimainkan dengan serius, menyebabkan pengadil dan pengurus kejohanan campur tangan semasa perlawanan kedua apabila He dan Tan mendahului 21-15, 7-11.
Barisan pengadil meminta kedua-dua pasukan bermain bersungguh-sungguh, namun selepas campur tangan itu berlaku, perlawanan tersebut dilihat meningkat dari segi intensiti dan kelajuan dengan ketara hingga He dan Tan menang 21-15, 14-21, 21-19.
Bagaimanapun, keempat-empat pemain itu kemudian didakwa.
Dalam satu temubual yang diadakan pada bulan berikutnya, para pemain itu menafikan sebarang salah laku dan bercakap tentang kebiasaan mereka dengan permainan masing-masing.
Li dan Liu menambah mereka berada dalam keadaan fizikal yang terus selepas tahun yang panjang.
Perbicaraan tatatertib tidak diadakan hingga November dan Disember 2021, yang mana pengadil kejohanan, Pencho Stoynov berkata dia tidak pernah melihat insiden seperti itu sepanjang kerjaya pengadilnya dalam tempoh 14 tahun.
Persekutuan Badminton Dunia mendedahkan pada hari Jumaat panel mendapati pemain bersalah kerana gagal menggunakan usaha terbaik mereka.
Mereka masing-masing diberi larangan selama tiga bulan, digantung selama dua tahun mulai 25 Januari selain wang hadiah sebanyak $12,250 (RM51,578) untuk He dan Tan, dan $2,187.50 (RM9,210) untuk Li dan Liu yang dimenangi ketika Terbuka Fuzhou ditarik semula.
Li bersara pada November lalu, selepas memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo bersama Liu, pelbagai kejohanan dunia antara senior dan remaja, Piala Sudirman, Piala Thomas dan kejohanan Asia.
Sumber: [1]