Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

5 Spesis Burung Tak Boleh Terbang Yang Terdapat Di Dunia

Sebut je burung, kita mesti bayangkan burung terbang bebas kemana saja kan? Tapi tahukah anda tak semua jenis burung boleh terbang.

Baca ni.

Advertisement

1. Burung Emu

Siapa yang tak kenal dengan burung ini, rupanya lebih kurang seperti Kasuari. Emu adalah haiwan asli Australia. Dengan ketinggian hampir 2 meter, Emu menjadi burung kedua terbesar di dunia. Emu adalah haiwan yang mudah menyesuaikan diri dan boleh tahan lapar selama beberapa hari. Walaupun tak boleh terbang tapi burung Emu ni boleh berlari pantas sampai 50km/jam. Power tak power guys!

2. Burung Unta

Terkenal sebagai burung terbesar di dunia. Burung yang berasal dari Afrika memiliki leher dan kaki yang panjang serta dapat berlari dengan kelajuan 70 km/jam. Ia juga menghasilkan telur yang lebih besar berbanding dengan burung-burung lain. Since burung ini tak boleh terbang jika ada keancaman mereka akan berlari sepantas yang mungkin dan menggunakan serangan kakinya yang kuat.

3. Penguin

Walaupun tidak boleh terbang tetapi mereka mampu berenang dan menyelam. Burung ini hidup di darat dan di air mostly di sekitar kutub selatan, Antartika. Sayap pada badannya digunakan sebagai sirip untuk membantu mereka berenang. Mereka memburu semasa berenang dan menangkap ikan, sotong, udang dan haiwan air yang lain.

4. Burung Kasuari

Burung Kasuari mempunyai bulu yang cantik dan menawan, disebalik penampilannya, ia mempunyai sifat yang agresif dan garang. Burung ini akan mengejar haiwan ataupun sesiapa yang menyerangnya. Memiliki kaki yang panjang dan kuat.

Kakinya merupakan senjata utama untuk menendang musuh termasuklah manusia dengan sekali tendangan. Don?t play play with Kasuari haa !

5. Burung Kiwi

Burung kiwi ialah burung endemik di New Zealand dan merupakan simbol negara tersebut. Ia memiliki sepasang sayap yang bentuknya kecil. Lubang hidung burung Kiwi cukup unik kerana terletak dihujung paruhnya yang panjang. Paruh burung kiwi yangpanjang dan tajam dijadikan senjata untuk melindungi diri mereka dari sebarang ancaman.

Sayangnya burung Kiwi tersenarai dalam haiwan yang terancam namun sebahagian besar hutan di Selandia Baru (New Zealand) dijadikan taman nasional untuk melindungi spesis burung Kiwi.

Sumber

Oleh: Khalie Azmi

Advertisement