
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah mendapati bahawa 50.2% pesakit COVID-19 tidak mempunyai gejala seewaktu dikesan positif.
Advertisement
Kajian tersebut telah melibatkan 5,899 pesakit. Daripada jumlah itu, 1.1% berada dalam keadaan tenat saat dikesan positif akan virus tersebut. Selain itu, 31.6% daripada jumlah pesakit yang terlibat dalam kajian ini mempunyai gejala tapi tidak mengalami radang paru-paru.
Jadi, kepada anda semua pakaila pelitup muka di tempat terbuka seperti di tempat awam. Jangan keluar sekiranya tidak ada sebarang urusan dan amalkan kebersihan pada tahap maksima.
Kajian terbaharu Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) mendapati 50.2% pesakit #COVID19 tidak bergejala ketika dikesan positif.
Kajian melibatkan 5,889 pesakit itu juga mendapati, 1.1% dalam keadaan tenat ketika dikesan positif.
Pakai pelitup muka untuk lindungi diri anda. pic.twitter.com/cvjbpDcobC
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 22, 2020
Sumber: Twitter KKM