Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Apa Jadi Kalau Anda Termakan Rambut Sendiri

Kebanyakan orang cakap, tertelan rambut boleh membahayakan kesihatan. Jadi kami nak jelaskan apa jadi kalau anda termakan rambut anda sendiri. Menurut seorang ahli gastroenterologi, Dr. Partha Nandi, tertelan rambut sendiri tidak membahayakan kesihatan. Lainlah anda mempunyai tabiat gemar memakan rambut yang dikenali sebagai trichophagia, itu bahaya. BACA: Doktor Berjaya Keluarkan 2kg Gumpalan Rambut Dari Rambut Perut Gadis Ini Maria Colavincenzo, pakar dermatologi dari Universiti Northwestern pula berpendapat, tertelan rambut walapun sedikit ada kesannya. Ini kerana bakteria yang terdapat di rambut boleh menyebabkan anda cirit-birit. Namun dalam dunia perubatan, hal ini tidak terlalu memberi kesan buruk pada tubuh kita kerana rambut manusia diperbuat daripada protein pepejal yang dipanggil keratin.   Sumber: wowmenariknya

Advertisement

Advertisement