Arab Saudi kini telah melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

Dikenali sebagai "Virtual Black Stone", iaitu Hajar Aswad maya, inisiatif ini dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam, seperti yang dikongsikan akaun rasmi Twitter Haramain Sharifain.
Advertisement
Inisiatif ini membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR, lapor middleeast.in-24.

Hajar Aswad maya ini dilancarkan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya dan ia akan digunakan sebagai pameran di 'Exhibition Of The Two Holy Mosques Architecture' di Mekah.
This initiative will be part of a digital exhibition and will be available at the the two holy mosques architecture exhibition center in Makkah
— Haramain Sharifain (@hsharifain) December 13, 2021
Menurut beliau, inisiatif ini diharapkan dapat mewujudkan simulasi keadaan sebenar, sekaligus merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya.
Clarification: This initiative will be a part of an exhibition at the 'Exhibition Of The Two Holy Mosques Architecture' in Makkah and has nothing to with 'replacement' with the actual thing. https://t.co/rFiDgqWmo4
— Haramain Sharifain (@hsharifain) December 13, 2021
Sumber: [1]