Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Azizulhasni Awang Terpaksa Tarik Diri Dari Acara Pecut Kerana Simptom Perikarditis

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang baru-baru ini terpaksa menarik diri daripada acara Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia akibat simptom perikarditis.

Menurutnya, selepas mengalami simptom tersebut pada pusingan separuh akhir atlet itu terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer. 

Advertisement

azizulhasni awang terpaksa tarik diri dari acara pecut kerana simptom perikarditis

Beliau juga dinasihati untuk menarik diri bagi mengelakkan kesakitan yang lebih teruk kepada jantungnya. 

“Meskipun (berdepan) cabaran-cabaran ini, ia adalah hari yang produktif selepas perlumbaan keirin semalam dan saya berikan yang terbaik dalam pecut hari ini. Saya berterima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak dan saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan.

“Sekarang, fokus saya adalah pada pemulihan dan saya akan kembali berlatih secepat mungkin sebaik sahaja saya cergas semula. Terima kasih semua kerana memahami dan memberi galakan,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial.

Sedikit info, perikardirtis adalah radang tisu perikardium (selaput berisi cairan yang menyelaputi jantung) yang menyebabkan kesakitan pada dada.

Sumber: Awani  

Advertisement