
Satu akaun twitter dengan twithandle @NuekYakob telah berkongsi akan kehebatan sepupunya dalam seni lukis.
Advertisement
Berdasarkan maklmumat yang diberikan oleh pemilik twitter tersebut sepupunya yang bernama Amir Adden Abduh itu baru berusia 11 tahun.
Amir mula menunjukkan minatnya terhadap lukisan doodle pada usia 9 tahun. Lukisan-lukisannya banyak terinspirasi daripada seorang pelukis yang dikenali sebagai Gawx Art.
Tangan keras nak lukis aku ni mmg jeles teruk dengan cousin kecik aku ni.. impian nak jadi animators katanya pic.twitter.com/coT6EAzTZ7
— KRUL.MY (@NuekYakob) June 2, 2020
Selepas twitter itu viral, ramai yang meminta agar budak lelaki itu untuk mempunyai Instagram. Actually, adik Amir telah pun membuka akaun Instagram khas untuk seni lukisnya. Jadi, kalau korang nak tengok karya Amir yang baru berusia 11 tahun ni, boleh lah ikut beliau di akaun Instagram @distzy.
Semoga cita-cita adik Amir untuk menjadi seorang animator yang berjaya akan menjadi kenyataan satu hari nanti.
Sumber: Twitter @NuekYakob