
Berhati-hati ketika di lapangan terbang. Dah terlalu banyak kes penyeludupan dadah berlaku yang melibatkan orang asing.
Advertisement
Cara mereka bergerak dengan berpura-pura meminta tolong untuk membawa barang ataupun bagasi mereka melepasi security checkpoint atau pemeriksaan imigresen dengan alasan tak cukup tangan nak bawa barang ataupun bagasi tangan mereka dah melebihi had merupakan antara tektik yang digunakan untuk meraih simpati agar orang lain dapat membantu mereka menyeludup “barang”.
Satu thread tentang pengalaman ketika di airport yang dikongsikan di akaun Twitter MalaysiaViral mencuri perhatian ramai. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan peringatan buat semua.
BERHATI-HATI KETIKA ANDA DI KLIA 1 , KLIA 2 ATAU DI MANA-MANA AIRPORT. JADIKAN CERITA DAN PENGALAMAN YANG HAMPIR MENJADI SEJARAH HITAM INI SEBAGAI PERINGATAN
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
INI ADALAH THREAD pic.twitter.com/guQXhRXiSq
Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2 ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar2 sementara masuk ke balai pelepasan.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati2 daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa .
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira2 beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba2 seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen.
Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer!
Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer 'milo' tu. Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer 'milo' tu. Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen....igauan ngeri pun berlaku.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggung jawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau di tahan,
di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam2. Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian2 banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak, kalau tak tali gantung lah jawabnya.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Berhati2, jgn jadi seperti pelanduk yg sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena, Allah saja yg tahu silap2 tak pasal masuk lokap hanya krn sikap cuai! Jgn sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya!
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019
Ingat, jangan memandai2 tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit prasangka tu, ia kadang2 perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 13, 2019