Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

The Rock Belum Mati, Jangan Percaya Dan Sebar Berita Palsu!

the rock belum mati, jangan percaya dan sebar berita palsu!

Berita palsu berkaitan kematian selebriti bukanlah satu perkara yang baru. Motif penyeberan berita pun kadang-kadang tak pasti kenapa.

Advertisement

Terbaru, pelakon Hollywood, Dwayne Douglas Johnson atau lebih terkenal sebagai The Rock turut mengalami nasib sama apabila berita kematainnya telah tersebar.

Ini bukanlah kali pertama actor tersebut terkena akan berita tersebut malah sudah tiga kali berita kematiannya tersebar.

Berita itu mula tersebar selepas satu proksi menyatakan portal antarabangsa BBC menampilkan satu berita mengejut menyatakan pelakon berusia 47 tahun itu meninggal dunia selepas gagal melakukan aksi lagak ngeri. Bagaimanapun, pautan itu telah membawa pengguna ke laman web palsu.

Walaubagaimanapun, bintang utama filem Jumanji itu terus aktif mengemaskini laman Instagram dan twitternya.

 

Sumber; Astro Awani

Advertisement