Ada tak jiran yang jenis suka buat bising? Tak kira masa, sentiasa je buat persekitaran anda jadi bingit dan tak tenang. Serius susah bila dapat jiran tetangga yang jenis tak ada semangat kejiranan ni.
Kalau ditegur nanti, melinting. Isunya kecil je tapi boleh sampai gaduh besar.
Menerusi satu kenyataan PDRM di Facebook, jika anda punya jiran sering mengganggu ketenteraman awam, bolehlah buat laporan di balai polis berdekatan kawasan perumahan untuk tindakan pihak berkuasa. Sesiapa yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Jangan pula anda ambil tindakan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bunyi bising. Nanti anda pula didakwa atas kesalahan jenayah.
Baca ni.
Amalan kejiranan yang baik pastinya akan menjadikan masyarakat hidup bersatu dan harmoni. Jadi, sama-sama lah menghormati dan menjaga hati jiran-jiran kita.
Sumber: Facebook PDRM
Jangan takut untuk membuat laporan polis, identiti anda tidak akan didedahkan.
Bunyi bising dari kedai berhampiran pun boleh dilaporkan untuk tindakan lanjut.
Pergi saja ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Amalan kejiranan yang baik pastinya akan menjadikan masyarakat hidup bersatu dan harmoni. Jadi, sama-sama lah menghormati dan menjaga hati jiran-jiran kita.
Sumber: Facebook PDRM