Orang ramai kini boleh membuat sebarang aduan berkenaan jalan rosak menerusi aplikasi MYJalan.

Aplikasi yang disediakan Kementerian Kerja Raya itu merupakan satu platform aduan setempat bagi memudahkan aduan dibuat.
Advertisement

Menurut Menterinya, aplikasi itu sudah boleh digunakan sejak minggu lalu, digunakan untuk menyalurkan maklumat supaya kerosakan jalan raya dan kemudahan lain termasuk lampu jalan serta isyarat dapat dibaik pulih.

"Aplikasi MYJalan akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini, namun ia sudah boleh digunakan sejak minggu lalu lagi," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Aplikasi MYJalan merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat supaya kerosakan jalan raya dapat dibaik pulih.
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) August 22, 2023
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri @AlexNantaLinggi berkata, kempen MYJalan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Khamis ini.#KKR #MYJalan pic.twitter.com/GEyE3l4xMq
Pengguna boleh memuat turun aplikasi MYJalan KKR menerusi Google Play Store dan Apple App Store
Sumber: BH