Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Cara Atasi Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang Dengan 8 Kaedah Ini

Ada di kalangan kita yang kerap mengalami telinga berdesing atau merasai kesakitan yang amat perit setiap kali menaiki kapal terbang. Menurut Dr. Ahmad Nordin, hidung bersambung dengan telinga melalui salur kecil dipanggil Eustachian. Dengan mengunyah, menguap atau menelan sesuatu dapat menyelaraskan tekanan dalam tiub dengan tekanan udara persekitaran. Jika tekanan tersebut tidak sama, seseorang akan kurang pendengaran atau telinga berdesing dan kadangkala sakit. Cara untuk atasi sakit telinga ketika menaiki kapal terbang: 1. Jangan tidur semasa kapal terbang berlepas atau mendarat. Difahamkan, ketika itu berlakunya perbezaan tekanan paling ketara. 2. Kunyah atau telan sesuatu semasa penerbangan, contoh gula-gula atau chewing gum. 3. Menguap juga dapat membantu mengurangkan tekanan. 4. Minum banyak air, sebaiknya air mineral kerana ia menggalakkan anda menelan dan menghidratkan. Udara di dalam kabin adalah kering, maka ia mengeringkan cecair hidung dan menyumbatkan tiub Eustachian. 5. Sebaiknya tunda penerbangan anda jika anda selsema.
6. Gunakan teknik ?vasalva?, ianya seakan-akan meneran. Anda perlu menutup hidung dan mulut dan hembuskan nafas dengan kuat. Jangan meniup terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan gegendang telinga & tiub Eustachian. Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Kaedah yang digunakan untuk kanak-kanak lebih kurang sama dengan yang di atas. Kaedah tambahan adalah seperti yang di bawah: 1. Sekiranya mereka enggan, mengunyah atau menghisap sesuatu, berikan mereka susu badan, menyusu botol atau menghisap puting getah (pacifier). 2. Kanak-kanak yang lebih besar boleh diberikan gula-gula. Pastikan kuantiti yang diberikan tidak terlalu banyak kerana kanak-kanak akan menjadi terlampau aktif sekiranya kandungan gula di dalam badan adalah tinggi. 3. Mereka juga boleh mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol setengah jam sebelum berlepas sekiranya mereka mengalami selsema dan seebaik-baiknya dapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor yang bertauliah.   Sumber: mmgazette.com

Advertisement

Advertisement