Membayar zakat adalah salah satu rukun Islam dan merupakan kewajipan pada setiap umat Islam yang memenuhi segala syarat wajib ditetapkan.
![jangan terlambat, semak sini cara bayar zakat fitrah secara online [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Mar/27/bayar-zakat-pendapatan.jpg)
Selain boleh dibuat secara manual di kaunter pungutan zakat, pembayaran zakat juga boleh dibuat secara atas talian.
Advertisement
Mula diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, kaedah pembayaran zakat secara atas talian ini memudahkan ramai khususnya mereka yang mempunyai kekangan masa dalam melakukan kewajipan atau suruhan agama ini.
Berikut adalah pautan untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online mengikut negeri dengan menggunakan perbankan Internet serta aplikasi telefon mudah alih.
Kedah: Zakat Kedah | Asnafcare | Zakat On Touch
Pulau Pinang: Zakat Penang | SnapNPay
Perak: eZakat MAIAMP | SnapNPay
Selangor: Zakat Selangor | GoPayZ | MyEG
Negeri Sembilan: Zakat NS | SnapNPay | JomPay
Melaka: Zakat Melaka
Pahang: Zakat Pahang
Kelantan: e-MAIK
Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay
Sabah: MUIS | MyEG | SnapNPay | JomPay
Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan: PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG
Selain melalui portal di atas, beberapa bank turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah dengan menggunkan perbankan Internet, seperti Maybank dan CIMB.
Sumber: MYSumber