Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Cara - Cara Membantu Mereka Yang Dalam Kemurungan

1   Sumber Upworthy. Tahukah anda, mereka yang mengidap penyakit kanser sebenarnya jiwanya tertekan? Kita perlu fahami mereka dan memberi sokongan moral. Tetapi dalam memberi sokongan ada caranya. Mungkin pada kita ayat tertentu sedapkan hati mereka tetapi sebenarnya tidak. Malah menambah tekanan kepada seseorang itu. Ini bukan buat mereka yang mengidap penyakit kanser tetapi mereka yang sebenarnya dalam keadaan tertekan dan terus mengalami kemurungan yang teruk. [caption id='attachment_3745' align='alignnone' width='750']Feeling blue Feeling blue[/caption] Contoh-contoh ayat yang jangan anda ucap ialah,
  • Ramai orang yang lebih daripada anda
  • Saya sudah bosan mendengar perkara sebegini
  • Keluar daripada semua ini
  • Awak telah mengheret saya dalam masalah awak
  • Apa kata anda keluar, lihat matahari. Awak akan ok
  • Bolehkah kita berhenti untuk rasa kasihan sahaja?
Tekanan dan kemurungan sebenarnya suatu perkara yang teruk dan bukan mudah untuk dikawal. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada seseorang itu malah orang sekeliling. Ada cara untuk kita kawal mereka yang mengalami kemurungan mahupun tekanan. Sekurang-kurangnya kita membantu mereka dan juga membantu kita supaya kita sendiri tidak tertekan dengan keadaan mereka. Anda pasti sayang akan sahabat anda bukan? Ataupun sesiapa sahaja dikalangan anda yang mengalami masalah sebegini. Jadi mari kita bantu mereka.
This is not how you talk to someone suffering from depression. (via Hope for Depression Research Foundation) Posted by Upworthy on Monday, February 8, 2016  
  1. Dengar
Sentiasa menjadi pendengar yang setia. Mereka akan susah untuk bercerita apabila melihat orang sekeliling mereka seperti tidak mengambil berat terhadap mereka. Jadi anda yang mungkin rapat dengan mereka, cuba menjadi pendengar yang setia. Bantu dengan apa cara sekali pun supaya dapat melegakan mereka.
  1. Jumpa pakar
Kalau keadaan mereka teruk, pujuk mereka untuk mendapatkan nasihat daripada orang yang profesional. Tetapi anda jangan lupa teman mereka.
  1. Jangan terlalu menunjuk
Walau bagaimana pun jangan terlalu menunjukkan anda mahu membantu. Kadang-kadang mereka tidak perasan sebenarnya mereka dalam kemurungan. Jadi, anda perlu pandai berkata-kata.
  1. Bantuan luar
Cuba anda cari kenalan atau apa sahaja yang berkait rapat dengan mereka yang dalam kemurungan ini. Mungkin dari situ, dapat membantu anda untuk mengetahui apa sebab utama mereka dalam kemurungan.
  1. Bantu cari pakar
Jika anda memberi cadangan kepada mereka untuk berjumpa doktor atau pakar, bantu mereka.Jangan hanya memberi cadangan sebaliknya bantu mereka untuk mencari tempat pakar dan sebagainya.
  1. Senaman
Anda ajak mereka bersenam. Sebenarnya senaman salah satu perkara yang boleh hilangkan tekanan.
  1. Hubungi mereka
Rajinkan hubungi mereka. Mereka tidak akan rasa keseorangan. Mereka tahu masih ada yang sayangkan mereka.

Advertisement

Advertisement