Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Cerita Sebenar Pelajar Dipaksa Potong Lidah Sendiri

1170118? Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Viva Merah Klang - Seorang ibu mendapat kejutan yang menyedihkan setelah menerima berita tentang anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli oleh pelajar - pelajar lain disekolah. Selepas didesak akhirnya Muhammad Alif Shukran Alias yang berusia lapan tahun itu?menceritakan kejadian sebenar. Kejadian berlaku kira - kira pukul 3.45 petang semasa dia ke tandas berseorang. Ketika hendak keluar dari tandas, dia ditahan oleh beberapa orang murid?yang memaksanya menggunting lidah sendiri. Adik Alif mengatakan yang dia terpaksa menurut arahan kerana takut ditumbuk. Alif yang menangis dan berlumuran darah kembali ke kelas manakala kesemua murid berkenaan melarikan diri. Alif mengatakan dia tidak dapat mengecam murid yang membulinya kerana mereka memakai topeng kertas, dia juga mendakwa sering dibuli termasuk ditumbuk oleh pelajar - pelajar lain. Sementara itu, pihak sekolah menghubungi ibu mangsa Siti Nurhuda Ibrahim, 29 untuk?memaklumkan bahawa anak lelakinya itu mengalami kecederaan pada lidah dan meminta ibunya segera ke sekolah sebelum anaknya dibawa ke Hospital?Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan. Ibu mangsa Siti Nurhuda Ibrahim berkata.
'Lidah anak saya putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.' 'Doktor mengesahkan ia tidak memberi kesan apa - apa kerana hanya sebahagian kecil yang terpotong tetapi bahagian tersebut dikatakan tidak akan tumbuh semula.'
Ibu mangsa juga mengatakan keadaan anaknya kini stabil dan dia tidak takut untuk kesekolah. Adik Alif hanya boleh makan makanan lembut dan minum menggunakan penyedut. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian dan murid yang terlibat. image 12806219_204553866589478_5343319805187444634_n sdf    

Advertisement

Advertisement