Beberapa kawasan di Cyberjaya telah dilanda hujan ribut serta angin kencang hari ini, 16 Januari 2023.
Advertisement
Menerusi perkongsian video di Twitter, beberapa kawasan di Cyberjaya seperti di CBD Perdana 2 dan Tamarind Square dilanda ribut, hingga ada kereta yang dihempap pokok.
CBD Perdana 2, Cyberjaya. pic.twitter.com/O2HTXoqq6T
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) January 16, 2023
![ada pokok hempap kereta, cyberjaya dilanda hujan ribut [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Jan/16/fmlponcauaalp2.jpg)
Me and baby the cat watching some action outside .. becarefull everyone in cyberjaya and surrounding area ☔️🌨️🌪️⛈️ ~ @Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/8S4aQC1lcS
— Ayden gazali (@ayden_gazali) January 16, 2023
Ribut yang berterusan selama beberapa minit pada petang 16 Januari ini turut melanda beberapa kawasan di Putrajaya dan juga Puchong.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengeluarkan amaran cuaca signifikan dijangka berlaku di timur Semenanjung pada 19 hingga 23 Januari 2023, yang mana ia berpotensi menyebabkan ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang.
![ada pokok hempap kereta, cyberjaya dilanda hujan ribut [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Jan/16/screenshot-2023-01-16-at-5-35-40-pm.png)
Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku.
Sumber: Twitter