Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Di Malaysia, Lagi Ramai Lelaki Berbanding Wanita

Selama ni kita sangka yang perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Tapi, statistik baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan nisbah lelaki lebih ramai berbanding wanita. Menurut statistik yang dikeluarkan, nisbah jantina bagi lelaki ialah 16.7 juta dan wanita, 15.7 juta. Ini menjadikan nisbah lelaki adalah 107 orang lelaki nisbah bagi setiap 100 perempuan. Jumlah penduduk Malaysia juga meningkat 1.1 peratus berbanding tahun 2017 dan menjadikan jumlah rakyat Malaysia 32.4 juta orang bagi tahun 2018. Anggaran semasa ini berdasarkan 3 komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan penghijrahan. Untuk lebih terperinci boleh lah anda dapatkan maklumat di?dosm.gov.my Sumber:?Jabatan Statistik Negara

Advertisement

Advertisement