Baru-baru ini kita dikejutkan dengan dua kes kanak-kanak yang berusia 11 bulan dan 2 tahun, bengkak dan bernanah di bahagian mata dan juga mulut selepas digigit semut Charlie.
Menurut Harian Metro, insiden itu berlaku di rumah mereka yang terletak di Pekan, Pahang.
Muhammad Iffat Iskandar Mohd Babudin, 11 bulan, dipercayai digigit semut charlie ketika dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat.
Manakala, jirannya Adriella Angel Stenley, dua tahun sembilan bulan? yang tinggal? di tingkat 6 turut digigit semut charlie pada malam yang sama.
[caption id='attachment_25253' align='aligncenter' width='521']
Gambar kanak-kanak itu mencuri perhatian netizen selepas ia viral di media sosial[/caption]
Tahukah anda, gigitan semut charlie ini lebih berbisa dari ular tedung?? Berikut merupakan info tentang semut charlie yang anda perlu tahu.
1. Turut dikenali sebagai rove beetle
2. Serangga kecil yang bersaiz kurang dari 1 cm, dengan warna berbelang hitam-jingga
3. Banyak di temui di kawasan berumput dan sawah padi
4. Ia tidak menggigit tetapi merembeskan sejenis cecair berbisa yang lebih poten dari bisa ular tedung.
5. Sekiranya kulit terdedah kepada cecair ini, ia akan menyebabkan radang kulit serius yang dinamakan sebagai Paederus dermatitis.
6. Kulit tidak akan menunjukkan sebarang perubahan sehingga 12-36 jam kemudian
7. Kulit akan menjadi kemerahan, melepuh, gatal dan mungkin mengambil tempoh beberapa minggu untuk pulih.
Kaedah pencegahan
Setakat ini tiada kaedah pencegahan khusus yang di cadangkan.
1. Masyarakat setempat yang tinggal di kawasan berisiko di nasihatkan untuk menutup pintu dan tingkap terutamanya pada waktu malam. Ini adalah kerana serangga ini di ketahui tertarik dengan cahaya lampu pada waktu malam.
2. Selain itu, kajian juga telah membuktikan penduduk yang tinggal di aras yang lebih tinggi lebih berisiko kerana serangga ini akan terbang ke aras yang lebih tinggi apabila habitat asalnya di ganggu.
3. Elakkan memicit, memukul atau menggosok serangga ini apabila ia hinggap ke permukaan kulit.
4. Sekiranya kulit terdedah dengan serangga ini, basuh permukaan kulit dengan air bersih dan sabun.
5. Dapatkan rawatan segera, anda juga mungkin memerlukan antibiotik dalam bentuk krim sapuan kerana risiko jangkitan bakteria.
Sekiranya kawasan kediaman anda di serang serangga ini, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Majlis Daerah/ Perbandaran untuk tindakan kawalan pencegahan.
Kredit: Harian Metro & Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia