
Seperti mana semua orang tahu, Dr Amalina sangat lantang menentang perkara-perkara salah tentang perubatan yang viral di media sosial.
Advertisement
Terbaru, Dr Amalina sekali lagi sekolahkan netizen yang menyatakan bahawa minum ais boleh menyebabkan urat dan rahim menjadi kembang.
Melalui bebenang di Twitter, beliau menyertakan sekali statement akan fakta tidak tepat yang dikeluarkan oleh netizen di media sosial.
Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni....rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni... parah. Oh my biology! pic.twitter.com/LBuE0otzUu
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 30, 2020
Tidak meninggalkan netizen terkontang-kanting, pelajar cemerlang SPM Malaysia 2004 itu menjelaskan apa yang akan terjadi kepada badan sekiranya minum ais.
Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constrict bukan kembang. pic.twitter.com/p1v6LwJy7y
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) July 1, 2020
Selain itu, beliau juga meninggalkan pesanan yang sangat penting kepada semua agar menjaga kesihatan melalui pemakanan.
Jadi, janganlah kita sebarkan perkara-perkara yang tak betul. Jika sesuatu bidang tu di luar pengetahuan kita, lebih baik bertanya kepada mereka yang pakar sebelum memperkatakan sesuatu.
Sumber: Twitter @DrAmalinaBakri