
Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon doa dari semua peminatnya kerana beliau dalam permulaan untuk membuka 10 cawangan kedai serbaneka.
Advertisement
Beliau yang terkenal dengan frasa ‘Allah sayang’ itu berkongsi perkara tersebut melalui laman instagramnya sendiri.
Menurut Ustaz Ebit, 10 elesMart dan DC sedang berada dalam fasa pengubahsuaian dan akan dibuka tidak lama lagi.
Beliau juga berkata pembukaan kedai serbaneka ini adalah niatnya untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan” Tulisanya dalam satu posting di Instagram.
Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga tindakan baik ini akan dikira sebagai amalan kebaikan dan ustaz terus dilimpahkan rezeki untuk terus membantu orang lain lagi.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew