Apa perasaan anda jika anda sedang menyanyi di bilik karaoke bersama rakan dan secara tiba-tiba penyanyi asal lagu berkenaan datang dan berada didepan mata anda ketika itu?
Advertisement
Itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita ini apabila beliau sedang menyanyikan karaoke lagu berjudul Thinking Out Loud dan secara tiba-tiba penyanyi asal lagu berkenaan, Ed Sheeran muncul dibilik karaoke tersebut.
![wanita terkejut didatangi ed sheeran masa karaoke lagu thinking out loud [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Mar/06/screenshot-2024-03-05-at-12-35-32-pm.png)
Menerusi Tiktok @nadskiw, kejadian dipercayai berlaku di Indonesia selepas wanita berkenaan bersama rakannya sedang berkaraoke dan kebetulan ketika itu mereka sedang menyanyikan salah satu daripada lagu popular Ed Sheeran.
Tidak semena-mena, Ed Sheeran dilihat muncul di bilik karaoke itu sambil diiringi pengawal peribadi, dilihat merakamkan momen indah itu menggunakan telefon bimbitnya.
![wanita terkejut didatangi ed sheeran masa karaoke lagu thinking out loud [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Mar/06/screenshot-2024-03-05-at-12-36-04-pm.png)
"Ketika saya sedang berkaraoke, tiba-tiba artis itu datang kepada saya," tulis wanita itu pada kapsyen.
@nadskiw bener2 kaget bgt😭😭😭 #edsheeran ♬ original sound - 🦋🤍✨
Video berkenaan menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet. Ada yang seakan tidak percaya dan ada yang berpendapat Ed Sheeran ini boleh berada di mana-mana lokasi.
Malah ketika di Malaysia, penyanyi itu turut dilihat berada di beberapa lokasi random seperti di kedai gunting rambut dan bermain badminton bersama pemain kebangsaan, Chan Peng Soon.
![ed sheeran main badminton dengan pemain kebangsaan, chan peng soon di kl [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Mar/06/screenshot-2024-02-27-at-5-48-11-pm.png)
Baca: Ed Sheeran Main Badminton Dengan Pemain Kebangsaan, Chan Peng Soon di KL [Video]
Sumber: Tiktok