Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Elemen Antirasuah Masuk Buku Teks!

Melentur buluh biar dari rebungnya. 

Selalu dengar kan peribahasa ni, maksudnya kalau nak bentuk jati diri seseorang tu kena bermula sejak kecil lagi.

Advertisement

Itu usaha yang dilakukan oleh SPRM yang mana elemen antirasuah akan diperkenalkan melalui subjek Bahasa Melayu Tahun 5 mulai tahun depan.

elemen antirasuah masuk buku teks!

Bagus langkah SPRM ni, sekurang-kurangnya dapat bantu murid sekolah kenal pasti tindakan yang betul dan salah  melibatkan jenayah rasuah.

Yela kadang-kadang aktiviti rasuah ni samar-samar, kita ingatkan hadiah je rupanya pihak satu lagi ada agenda tersembunyi. Bahaya tau!

elemen antirasuah masuk buku teks!

Pendedahan awal ni penting sebab kalau tengok budak-budak zaman sekarang ni, pengetahuan mereka lagi 'advance'.

Mana taknya, pelbagai maklumat boleh diakses dengan sekali 'klik' je melalui gajet masing-masing.

Harap-harap dengan adanya elemen antirasuah dalam subjek BM nanti, jenayah rasuah ni dapat dibendung dengan sebaiknya pada masa akan datang.

elemen antirasuah masuk buku teks!

Rasa-rasa nak bagi atau terima rasuah, ingatlah balik apa yang dah belajar kat sekolah.

Kalau tak ingat pun, sekurang-kurangnya fikir lah panjang-panjang, berkat ke duit rasuah tu untuk isi perut keluarga nanti?

Fikir-fikirkanlah..

Oleh: Izzati Amir

Advertisement