Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Enam Lagi Jenama Produk Ikan Sardin Ditarik Balik Daripada Pasaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran. Difahamkan, keenam-enam jenama sardin tersebut disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy. Menurut Dr Noor Hisham, memandangkan sardin tersebut telah melalui proses memasak dan pengetin jadi risiko kepada pengguna adalah rendah. Tindakan tetap diambil sekiraya mendapati Di bawah seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.   Sumber: Astro Awani  

Advertisement

Advertisement