Sejak konflik yang memuncak meletus di bumi Gaza, ramai orang di seluruh dunia telah membuat protes terhadap tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.
![kumpulan kanak-kanak buat himpunan untuk palestin di roblox raih pujian dunia [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Oct/25/himpunan-palestin.jpg)
Aktivisme bagaimanapun tidak terhad kepada dunia sebenar, malah pengguna Roblox juga telah memprotes dalam alam maya permainan itu.
Advertisement
Satu hantaran Tweet yang disiarkan pada Selasa oleh pengguna X @sushislurpee menjadi tular, menunjukkan protes pro-Palestin dalam Roblox.
is it this one😭 pic.twitter.com/7yGQvA26Qo
— Sushi ✩°。 ⋆⸜ 🎧✮ (@sushislurpee) October 24, 2023
Kira-kira seratus avatar Roblox berarak dengan bendera Palestin, dan kemudian berkumpul dalam permainan berkenaan, dengan papan tanda bertulis "Solidarity Untukmu Palestine".
![kumpulan kanak-kanak buat himpunan untuk palestin di roblox raih pujian dunia [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Oct/25/screenshot-2023-10-25-at-8-18-45-am.png)
Turut kelihatan juga beberapa avatar memegang bendera Malaysia dalam perhimpunan maya yang dianjurkan itu.
![kumpulan kanak-kanak buat himpunan untuk palestin di roblox raih pujian dunia [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Oct/25/screenshot-2023-10-25-at-8-18-16-am.png)
![kumpulan kanak-kanak buat himpunan untuk palestin di roblox raih pujian dunia [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Oct/25/screenshot-2023-10-25-at-8-19-04-am.png)
Perkara itu telah mencuri perhatian ramai warganet di seluruh dunia yang rata-rata memuji tindakan berkenaan.
@devotedly.yours Kids in Malaysia are protesting on Roblox for a free Palestine 🥹🤧#palestine ♬ original sound - kurd🇭🇺فلسطين🇯🇴✅🇯🇴🇯🇴
@danielleh82 #duet with @Kira Being #freepalestine #palestine #freepalestine🇵🇸❤️ #freepalestine🇵🇸 #gazanation #gazachildren #gazaslaughter #gaza #freedom #freedomofspeech ♬ original sound - Kira Being
@its_danzy SHARE THIS🇵🇸😱 #fyp #foryou #foryoupage #islam #islamic #muslim #muslimtiktok #muslimgirl #roblox #palestine #allah #quran #tiktokarab #viral #fy #arab #news #uk ♬ original sound - Wsh on rit ensemble
Untuk info, Roblox ialah dunia permainan di mana kebanyakkan pemain adalah kanak-kanak, mereka boleh mencipta permainan mereka sendiri dan berinteraksi antara satu sama lain. Sehingga Julai 2023, Roblox mempunyai kira-kira 66.1 juta pengguna aktif setiap hari, dengan sebahagian besarnya berumur di bawah 16 tahun.
Sumber: Twitter