Tahukah anda terdapat penutupan sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir, Melaka selama enam jam pada setiap hari Sabtu, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam?

Sebagai langkah percubaan untuk ‘Zon Bebas Kenderaan’, inisiatif itu telahpun mula dilakukan Sabtu lalu (19 Ogos) dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.
Advertisement
Bagaimanapun kerajaan negeri akan terus membuat kajian terperinci, khususnya berkaitan aliran trafik di laluan sekitar kawasan berkenaan.
Berdasarkan tinjauan semasa percubaan itu dibuat baru-baru ini, kebanyakkan peniaga dan penguasa kecil dan sederhana di kawasan berkenaan menyambut baik langkah tersebut yang dilihat memberi manfaat kepada mereka.

Penutupan jalan berkenaan dilihat memberi ruang kepada peniaga untuk berniaga di kaki jalan atau diluar premis mereka sekaligus meningkatkan pendapatan.
Untuk info, kerajaan negeri Melaka sedang melaksanakan ‘Zon Bebas Kenderaan’ secara percubaan setiap Sabtu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam, melibatkan penutupan jalan kira-kira 2.3 kilometer. Antara jalan terlibat adalah Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Gereja, Lorong Gereja, Jalan Laksamana serta sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob dan Jalan Merdeka.
Pada yang belum tahu, sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan"
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) August 20, 2023
Penutupan jalan sejauh kira-kira 2.3 kilometer bermula 6 petang hingga 12 tengah malam itu… pic.twitter.com/qIevBaoGR6
Sumber: Astro AWANI / Twitter