Kentang atau nama penuhnya ubi kentang ialah tanaman yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ia menjadi bahan masakan yang boleh dihidangkan pada bila-bila masa sama ada sebagai menu utama mahupun sebagai snek ringan.

Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.
Advertisement
.
Dan kami yakin ramai yang tak tahu info tentang kentang ini.

Menerusi Tweet dr_chaku, keadaan kentang yang telah bertukar warna mengandungi toksid semulajadi yang dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin atau chaconine dan ianya tidak selamat untuk dimakan.
Kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas mengandungi toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
— Kamarul Ariffin (@dr_chaku) September 13, 2019
Toksik ni berada pada jumlah tinggi pada kulit kentang yang hijau dan bertunas. pic.twitter.com/SUjSOQRqBD
.
Selain dari cirit-birit, anda juga berisiko untuk muntah-muntah dan sakit pada bahagian abdomen. Tahukah anda, membakar, merebus, dan menggoreng kentang ini tidak menghapuskan toksin ini.
Kentang bertoksin ini rasanya pahit, dan memakannya boleh sebabkan cirit-birit, muntah, dan sakit bahagian abdomen. Simptom ini akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
— Kamarul Ariffin (@dr_chaku) September 13, 2019
Membakar, merebus, dan menggoreng kentanv ini tidak menghapuskan toksin ini. pic.twitter.com/IPW2lsV9Dl
.
Jadi sebaiknya, sebelum membeli baik pilih kentang dengan kondisi yang baik terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.
— Kamarul Ariffin (@dr_chaku) September 13, 2019
Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:
◾ Permukaan licin
◾ Tidak berwarna hijau
◾ Tidak mempunyai tunas pic.twitter.com/qtRQyMVlEB
.
Terima kasih doktor Kamarul Ariffin di atas perkongsian ini. Diharap info ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.